Kemasukan Semula Seorang Pelajar AF2014 Bukan Menggunakan AFMASUK Tetapi AFSERAP

Hiburan

Kemasukan Semula Seorang Pelajar AF2014 Bukan Menggunakan AFMASUK Tetapi AFSERAP

Kemasukan semula salah seorang daripada 7 pelajar Akademi Fantasia yang telah tersingkir kali ini tidak akan menggunakan mekanism AFMASUK seperti yang sering digunakan dalam AF sebelum ini. Kali ini pemilihan pelajar yang bertuah akan menggunakan AFSERAP, di mana tenaga pengajar dan pihak fakulti yang akan membuat keputusan. Ini satu langkah yang amat bagus kerana pastinya pihak tenaga pengajar lebih mengetahui pelajar mana yang lebih berbakat.
afserap af2014Berita baik ini telah diumumkan oleh Datuk Hattan, pengetua AF2014 menerusi rancangan MELETOP semalam. Kata Datuk Hattan:-

Kita tidak akan ada AF masuk tetapi sebaliknya AF serap… AF serap ini dibuat atas permintaan ramai dan akan dipilih sendiri oleh tenaga pengajar dan pihak fakulti.

Dari segi pemilihan, kami harus harus bersikap seadil-adilnya dan ini bukanlah mudah bagi kami kerna kesemua pelajar adalah hebat-hebat belaka

Advertisement

hattan

Daripada pemerhatian Abang Nara, Datuk Hattan paling kecewa apabila Adel tersingkir. Bagi Datuk Hattan, Adel mempunyai potensi untuk pergi lebih jauh namun sayangnya undian tidak mencukupi. Adakah Adel akan menjadi tenaga pengajar untuk diserapkan semula? Sama-samalah kita nantikan pengumumannya pada konsert separuh akhir AF2014 Ahad ini. Tak sabar menanti. Sumber Murai.
avilia

P.S: Yeehaaa~~ Jualan habis-habisan di www.familynara.com sebagai tanda penghargaan buat anda semua. Dengan harga RM16.25, anda boleh mendapatkan tudung Avilia yang pastinya akan menyerlahkan lagi kejelitaan dan membuatkan anda tampil menawan. Nak beli dengan pantas silalah Whatsapp terus ke 011-3338-7668. Dijamin layanan kelas pertama.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...