Kem Hijrah Remaja Dan Malam Penghayatan Maal Hijrah

Hiburan

Kem Hijrah Remaja Dan Malam Penghayatan Maal Hijrah

maal hijrah

Malam ini umat Islam di seluruh dunia bakal menyambut tahun baru. Bersempena dengan Maal Hijrah, perunding Motivasi Selfcure Resources, membawakan Kem Hijrah Remaja bersama kumpulan nasyid popular tanah air. Nowseeheart ke Kota Kinabalu, Sabah pada 8 dan 9 Disember ini bersempena sambutan Maal Hijrah, di Dewan Saadah, Wisma Muis Kota Kinabalu Sabah.

Advertisement

Kem hijrah ini akan turut sama dikendalikan oleh perunding motivasi berpengalaman serta dibantu oleh kumpulan Nowseeheart yang telah lebih 10 tahun melibatkan diri di dalam dunia motivasi dan pendidikan, khusus untuk remaja-remaja di Kota Kinabalu Sabah.

Pada 9 Disember 2010, jam 8 Malam pula akan diadakan Konsert Malam Penghayatan Maal Hijrah, dilokasi sama, menampilkan Nowseeheart, serta penampilan khas Hafiz Hamidun dan DJ Erwan dari radio IKIM FM.

Konsert ini begitu istimewa sekali kerana setelah 13 tahun berada di dalam dunia hiburan tanah air, ini merupakan konsert sulung Nowseeheart di Negeri Sabah. Hafiz Hamidun juga akan turut menjadi undangan khas konsert tersebut, dan beliau akan menghiburkan para pengunjung dengan lagu-lagu nasyid popular beliau, termasuk lagu baru untuk album terbaru yang belum pernah disiar serta dipersembahkan di mana-mana.

Harga untuk penyertaan Kem Hijrah Remaja cuma RM200.00 sahaja termasuk tiket percuma konsert, manakala tiket berharga RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak sekiranya para pengunjung ingin terus ke menyaksikan konsert tersebut. Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada nombor yang berikut: 019-8131389 (Abdul).

P.S: Kami di BeautifulNara mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah. Semoga kita mendapat lebih keberkatan di tahun 1432 hijrah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...