Keluarga Restui Hubungan Saya Dan Sufian Tapi Kami Selesa Menjadi Sahabat – Elfira Loy

Hiburan

Keluarga Restui Hubungan Saya Dan Sufian Tapi Kami Selesa Menjadi Sahabat – Elfira Loy

Hubungan mesra Elfira Loy dan penyanyi, Sufian Suhaimi bukanlah perkara baru lagi. Ramai yang menaruh harapan bahawa mereka benar-benar bercinta. Malah, Elfira juga lebih terbuka untuk berbicara mengenai Sufian berbanding dengan mana-mana lelaki yang mendekati dirinya sebelum ini. Menjelaskan mengapa beliau bersikap sedemikian, Elfira memberitahu cara “gentleman” Sufian membuka pintu hatinya untuk berkawan dengan lelaki tersebut.

Advertisement

Bukan saja takut tetapi saya kurang yakin. Situasi persahabatan saya dengan Sufian pula berbeza kerana keluarga kami memberi restu. Malah adik – beradik saya sendiri baik dengan Sufian. Sufian sendiri datang dengan cara baik untuk bertemu dengan ibu dan ayah.

Melihat situasi itu, ibu sendiri berasa positif dengan sikapnya dan membenarkan kami berkawan. Pada saya, kalau ibu dan ayah memberi restu membuatkan saya ada keyakinan dengan hubungan kami.

Buat masa ini, Elfira lebih selesa untuk melabelkan hubungan mereka sebagai sahabat dan tidak membabitkan soal cinta. Elfira tidak mahu mengakui mereka sedang bercinta kerana ia akan membuatkan mereka tertekan.

Sumber Berita : Utusan Mingguan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...