Kelazatan Korean Burgers Daripada Bulgogi Brothers

Hiburan

Kelazatan Korean Burgers Daripada Bulgogi Brothers

Abang Nara ialah salah seorang daripada peminat makanan Korea. Iyerlah, dulu pun belajar kat Korea jadi bila balik Malaysia nie, rindu pulak nak makan kimchi chige, sundubu, dan ramyeon. Nasib baiklah kat Malaysia ini restoran makanan Korea sudah semakin banyak. Salah satu restoran Korea kegemaran Abang Nara ialah Bulgogi Brothers.

bulgogi brothers

Advertisement

Abang Nara dan wife kalau pergi makan Bulgogi Brothers pasti akan order kimchi chige dan juga BBQ. Sedap menjilat jari. Jadi apabila mendapat jemputan untuk mencuba menu terbaru iaitu Korean Burgers daripada Bulgogi Brothers, memang terus Abang Nara bersetuju. Semasa memandu ke Bulgogi Brothers Paradigm Mall, Abang Nara cuba meneka jenis burger yang akan dihidangkan. Dalam hati Abang Nara berkata “mesti ada burger kimchi” nie.

bulgogi brothers

Sambil menunggu burger siap dimasak, Abang Nara dan para blogger lain menikmati “side dish” yang disediakan terlebih dahulu sambil mendengar penerangan daripada Mr. Raymond, yang merupakan Marketing Director Bulgogi Brothers. Menariknya Bulgogi Brothers adalah restoran Korea pertama yang menampilkan burger di dalam menu mereka. Ada 4 jenis burger kesemuanya dan kesemuanya menggunakan ramuan asli yang sering didapati dalam makanan Korea seperti kimchi, jeruk kobis, gojuchang (pes cili Korea), sayuran segar, telur goreng gooey dan semestinya, bulgogi (daging lembu yang diBBQ). Dengar pun dah kecur air liur dibuatnya. Kami juga dimaklumkan yang setiap Korean Burgers dihidangkan dengan sos dan juga ‘home made sweet potato chips’.

bulgogi brothers

Dan apabila Korean Burgers Bulgogi Brothers yang pertama iaitu Bibimbap Burger membuat kemunculan, memang hampir-hampir meleleh air liur ini dibuatnya. Diinspirasikan daripada makanan popular Korea iaitu Bibimpap, burger Bibimpap ini dipenuhi dengan telur goreng, lobak merah, dan paling penting, patty daging lembu yang dibuat khas hanya di Bulgogi Brothers. Memang tak nampak macam Bibimbap, tetapi rasanya memang sebijik. Kalau anda suka Bibimbap, anda pasti suka dengan kelazatan Bibimbap Burger ini.

bulgogi brothers

Yang ini adalah favourite Abang Nara. Kimchi Burger yang penuh dengan kimchi, makanan tradisional orang Korea. Nampak macam pedas kan? Jangan risau kerana Abang Nara yang jenis tak tahan pedas pun boleh makan. Tak adalah pedas mana pun. Ini kerana rasa pedas kimchi itu telah dineutralkan dengan lapisan cendawan, sayuran segar dan juga daging patty daging lembu Bulgogi Brothers. Apabila Abang Nara memakan Kimchi Burger ini, kesemua kenangan ketika belajar di Korea menerjah minda. Sedap sangat-sangat kimchi yang digunakan. Abang Nara yakin peminat kimchi pasti akan suka burger ini.

bulgogi brothers

Spicy Gwangyang Burger nama diberi, yang ini memang pedas sekali. Abang Nara tak mampu nak makan banyak burger ketiga daripada Bulgogi Brothers ini. Namun dalam kepedasan Spicy Kwangyang Burger ini, ada rasa manisnya. 2 daripada 4 blogger yang hadir telah memilih burger ini sebagai burger kegemaran mereka. Korang kalau suka pedas pun confirm akan suka burger nie. Patty daging lembunya telah direndam ke dalam sos BBQ pedas dan apabila dilengkapi dengan bawang, cendawan, dan cheese Amerika, rasanya memang padu!! Pastikan anda penuhkan cawan dengan air terlebih dahulu sebelum memakan burger ini. Hehehe.

bulgogi brothers

Abang Nara suka Unyang Burger yang merupakan burger terakhir dalam menu Korean Burgers Bulgogi Brothers kerana ada kentang rangup yang dikisar halus di atasnya. Memang jadi pelengkap rasa. Dan kalau anda penggemar daging, ini adalah burger paling sesuai untuk anda kerana dagingnya yang tebal. Walaupun sudah kekenyangan kerana memakan 3 burger sebelum ini, Abang Nara masih mampu menghabiskan Unyang Burger ini sebab rasanya yang unik. Gabungan rasa keju Amerika, bawang, kentang rangup dan dagingnya memang perfect.

bulgogi brothers

Begitulah kelazatan, keenakan dan keunikan rasa 4 Korean Burgers daripada Bulgogi Brothers ini. Harganya pun tak mahal sangat iaitu bermula daripada RM22.90 sehingga RM28.90. Akan mula berada di dalam menu pada 16 Jun ini (hari ini), korang boleh cuba rasainya sendiri kesedapannya di Bulgogi Brothers yang kini memiliki 4 cawangan iaitu di Paradigm Mall, e@Curve, Pavilion KL dan juga Midvalley. Abang Nara berani jamin yang sekali anda cuba, pasti nak rasa lagi. Bila anda di sana, jangan lupa sebut nama “BeautifulNara” untuk mendapatkan diskaun sebanyak 10% (hanya untuk pesanan Korean Burgers sahaja). Tawaran istimewa ini sah sehingga 30 Jun je, jadi kenalah cepat-cepat pergi.
bulgogi brothers

Kalau ada sebarang pertanyaan atau mahukan informasi lanjut, boleh terus ajukan sebarang soalan di Facebook Bulgogi Brothers Malaysia dan di www.bulgogibros.com.my. Abang Nara hujung minggu ini pun nak ajak wife cuba salah satu daripada Korean Burgers ini di Bulgogi Brothers. Kalau terjumpa nanti jangan segan nak tegur. Jumpa di sana!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...