Keith Foo Tidak Mahu Peminat Ombak Rindu Bandingkan Beliau Dengan Aaron Aziz

Hiburan

Keith Foo Tidak Mahu Peminat Ombak Rindu Bandingkan Beliau Dengan Aaron Aziz

Kalau semalam Uqasha Senrose menerima kritikan daripada netizen kerana bakal membawakan watak Izzah didalam teater Ombak Rindu. Hero dalam teater tersebut iaitu Keith Foo yang menerima watak sebagai Hariz berharap beliau tidak dibandingkan dengan pelakon asal iaitu Aaron Aziz.

Advertisement

Dengan memegang watak tersebut, sudah pasti ramai yang akan membuat perbandingan terhadap lakonan saya dan Aaron. Saya mungkin akan menjadikan filem Ombak Rindu itu sebagai garis panduan untuk watak tersebut namun melalui pendapat secara peribadi saya rasa lakonan kami tak akan sama.

Ini kerana cara penyampai dalam filem dan teater agak berlainan, tidak ada ruang  untuk melakukan kesilapan dalam teater kerana ia dilakonkan secara live. Saya akan memberikan yang terbaik untuk teater tersebut dan berharap mampu menjiwai watak Hariz dengan baik.

Mengetahui rata-rata peminat Ombak Rindu akan mengharapkan lakonan serta hasil yang terbaik sama seperti didalam filem ketika teater tersebut berlangsung, Keith mengambil keputusan untuk menghidupkan lagi wataknya dengan menghadiri kelas teataer.

Malah, beliau juga menolak beberapa tawaran lakonan lain untuk memberikan tumpuan sepenuhnya pada teater Ombak Rindu.

Kita semua tahu nama Hariz itu agak besar dan memberikan impak terhadap filem Ombak Rindu yang dilakonkan oleh Aaron Aziz sebelum ini. Saya pasti ramai yang meletakkan harapan tinggi terhadap lakonan saya dan ia agak memberikan tekanan buat saya.

Sebab itu saya mengambil inisiatif untuk masuk kelas teater dan juga tolak beberapa tawaran lakonan untuk berikan fokus sepenuhnya terhadap Hariz.

Teater Ombak Rindu bakal menemui penonton di Istana Budaya mulai 22 April hingga 1 Mei depan. Antara pelakon lain yang menjayakan teater berkenaan adalah Uqasha Senrose, Karl Shafek, Izzue Islam, Zarina Zainoordin, Zaidi Omar,Aris Lufias dan Ameer Forteen.

Sumber Berita : Astro Gempak



Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...