Written by AbangNara | June 19th, 2012

Baru-baru ini Abang Nara sempat bertemu dengan seorang pelakon Malaysia yang sangat popular di Indonesia, Keith Foo. Kalau anda seorang peminat sinetron, sila tonton sinetron Cinta dan Anugerah yang kini sedang ditayangkan di Astro. Keith Foo yang berasal daripada Gemas, Negeri Sembilan turut berlakon di samping seorang lagi pelakon Malaysia, Ashraff Sinclair.

keith foo

Sepanjang pertemuan Abang Nara dengan Keith Foo, Abang Nara dapat rasakan betapa humblenya Keith Foo ini. Walaupun sudah 8 tahun menempa nama di Indonesia, Keith sangat merendah diri dan sangat-sangat mesra rakyat. Selain daripada Cinta dan Anugerah, Keith turut berlakon di dalam filem Mati Suri, Paku Kuntilanak serta banyak menjadi model di dalam iklan.

keith foo

Selepas 8 tahun mencari rezeki di Indonesia, Keith Foo memberitahu Abang Nara yang dia ingin pulang dan cuba memberi sesuatu kepada industri hiburan Malaysia. Abang Nara paling terharu apabila Keith memberitahu salah satu tujuan dia mahu pulang ialah kerana mahu meluangkan lebih banyak masa bersama ibu dan ayahnya yang semakin dimamah usia. Memang family man sungguh Keith Foo ini.

keith foo

Selesai berborak, Abang Nara dapat merasakan yang Keith ada pakej yang membolehkan dia bersinar di dalam industri lakonan Malaysia. Yang penting, Keith memberitahu Abang Nara yang dia mahu dikenali kerana bakat lakonannya dan bukan kerana kontroversi murahan. Abang Nara dah tengok beberapa sedutan video lakonan Keith dan sememangnya lakonan Keith sangat superb.

keith foo

Kalau anda sudah terpikat dengan kekacakan Keith Foo atau ingin mengenalinya dengan lebih lanjut, boleh follow Twitter Keith Foo. Kalau anda seorang produser yang ingin mencari muka baru di dalam drama atau filem anda, boleh hubungi managernya terus di +6282112661979. Lagi 4 keping gambar Keith Foo dengan membaca entri ini sepenuhnya.

keith fookeith fookeith fookeith foo

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

60 responses to Keith Foo, Pelakon Malaysia Yang Popular Di Indonesia

  1. Anonymous says:

    boleh ganti AA ni..

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 27 Thumb down 1
    • Atan says:

      SENIMAN kt indonesia tak kisah ke?

      Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 48 Thumb down 1
      • akulerr says:

        die nie agama ape??
        td tgk twitter die die bertatoo..
        tak tau betul ke tak..
        kalau salah harap maafkan :)

        Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0
        • hihi says:

          aku pernah tertengok kat youtube (trailer je lah) dia berlakon, 18sx weii. aku taktau plak dia orang Malaysia. aku lupa tajuk citer tu tapi dia macam buat citer pasal ariel peterporn ah

          Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
      • saje jer says:

        dia chindian…mak india ayah cina…

        Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 35 Thumb down 0
      • gay mencari movie gay utk dijadikn model 7 hari says:

        pernah tgk dia brlakon tp aq ingt dia nie org indon, rupe2 nyer org malaysia…x sangka pulak, blh ganti aaron n fahrin ahmad tetes

        zed zaidi sabar2…..aq tau kau berminat nk tweet2 manja kt twitter keith foo….seelepas kau nmpk keith foo yg gagah perkasa tuuu….peeewwwittt

        Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 16 Thumb down 0
      • kalau dia ni camne plak encik Zed Zaidi?

        dia kata, “saya haramkan mana2 pelakon yang berlakon di Indonesia. tak patriontik.”

        Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 17 Thumb down 1
      • Penerbit Filem says:

        gay mencari movie gay utk dijadikn model 7 hari..

        mungkin ini juga yg kamu cari.. tp ini tak blh la selama 7 hari kerana beliau punya job shooting di indonesia yg selalunya busy..

        Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 6
      • gay mencari movie gay utk dijadikn model 7 hari says:

        @penerbit filem…. hahaha….tmpt hero gay telah pun di isi oleh fahrin ahmad full tetes yg telah di booking selama 7 hari 7 mlm kerana my producer tertarik dgn tetes nyer…tp jika ader kekosongan akan di pertimbangkn kemudian, audition di kota jakarta yer….

        Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
      • Anonymous says:

        sibuk sgt tny agama org ape, zed zedi dh jd pegawai imegresen, si akulerr ni pegawai jais plak???

        Like or Dislike: Thumb up 7 Thumb down 0
      • muka cam kentut je,..
        aku jauh lagi hensem kan?

        Hot debate. What do you think? Thumb up 3 Thumb down 10
    • mizz says:

      Dia ni chinese ke? nampak macam melayu da kan?
      so, balik kampung la wahai KF, mana tau rezeki semakin melimpah kat sini.. bak kata orang (dalam bhs Indonesia), RESTU TUHAN BERGANTUNG PADA RESTUNYA ORANG TUA.. kalau ko sayangkan orangtua ko, bela dia dengan baik, hormatkan dia, nescaya Tuhan akan permudahkan segala urusan ko.. (aku tatau agama dia ni ape.. so aku guna perkataan TUHAN walaupun sebenarnya rasa macam janggal sebab da biasa guna perkataan ALLAH SWT)

      Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 18 Thumb down 2
    • Selitone says:

      Hujan emas di negeri orang…
      Hujan batu di negeri sendiri…

      Like or Dislike: Thumb up 7 Thumb down 0
    • minah ronggeng says:

      Skrg ni mmg trend pakai seluar macam tu ke?
      Kira oklah kan just tunjuk bulu kaki

      kalau artis pompuan tunjuk2 dada yang tersembul… pungkok melentik…
      bulu mata palsu… kuku merah, bibir kena sengat tebuan tanah…
      dagu luncup… pipi cucuk…

      Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 16 Thumb down 2
  2. Lebih hensem dari Fahrin Ahmad Full… kamu tidak layak wahai puppet!

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 1
  3. lopak says:

    first!

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 5
  4. miss s says:

    Handsome…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  5. embok ketum says:

    Baguslah kalau popular..

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  6. lila says:

    sebenarnya ramai pelakon malaysia yg hensem2…good luck…

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  7. q says:

    handsome nya dia. semoga terus berjaya. bukan senang menempa nama di Indonesia

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  8. Hamba Allah says:

    salah satu contoh…artis malaysia x perlu pertikaikan artis luar yg berjaya di negara kita,sebab artis kita pon ada yang berjaya di negara orang…klu dah x popular tu x boleh nak kata apa…….

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 18 Thumb down 0
  9. meiz ninie says:

    Allah s.w.t dah tetapkan rezeki kita masing2..so tak yah nak gadoh2…kalau dah rezeki di luar sana, grab jer…

    untuk ZZ, kena ambil iktibar nih!

    Hot debate. What do you think? Thumb up 9 Thumb down 1
  10. Kim Kadeshen M'sia says:

    mcm pendek je kaki dia..ke gambar ni yg buat dia nampak pendek??..

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  11. Glamer Gilerrr says:

    Handsome …. tp AA lg cute!! hehehehe

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  12. sajer jer says:

    dia chindian…confirm…ayah chinese mak india…

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  13. yobo says:

    dia ni bukan berlakon cerita lucah tu ke? I mean bukanlah lucah sangat, separa lucah..tapi yang ada orang indonesia bogel in bathtub tu, dia ada sekali?

    Like or Dislike: Thumb up 8 Thumb down 0
  14. sajer jer says:

    dia chindian…confirm…ayah chinese mak indian…sbb tu hensem hehehe…

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  15. Anonymous says:

    hencem la die ni. nak peluk die bole x? hehe

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 3
  16. KAWAN SEKOLAH says:

    NME PENUH DIE FOO CHUAN CHIN.CHIDIAN, MAK INDIA AYAH CINA.

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  17. KAWAN SEKOLAH says:

    NAME PENUH DIE FOO CHUAN CHIN,DLU SEKOLAH RENDAH KAT STAR GEMAS,SEKOLAH MENENGAH KAT SMG.MIX INDIA CINA,MAK INDIA AYAH CINA.

    Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0
  18. lola lolipop says:

    aku org gemas n9 gak.. tp npe aku xkenal die? heee…

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  19. loving says:

    bg sya la…klu nk mnampak bakat s’sorg….jgn pandang pada agama la…s’siapa pun da bakat bh…..KF mmg b’bakat dlm dunia seni.
    ZZ 2 je yg cemburu bla artis dr luar popular kt m’sia….p knapa artir m’sia popular d negara org…..

    Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 0
  20. sarah_nina says:

    bukan senang artis malaysia nak tembus pasaran indonesia ni.. so kiranya.. dia ni oklah ya.. almaklumlah.. semangat patriotik orang2 indonesia ni sangat kuat.

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  21. yuyun says:

    fashion seluar pon dah mcm endon dah… :p haha

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 2
  22. Anonymous says:

    dia ni yg berlakon ngan dewi persik dalan citer hantu 18sx tu ke? sorry kalau salah orang.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  23. sweet32 says:

    muke hensome, bdn sasa… tibe2 seluar singkat! alamk… abis semuaaaa!!!! hahahaha…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  24. clasmate elyas foo says:

    keith foo ni abg kpd classmate saya ke, elyas foo? sbb clasmate sy tu pn org n.9. saya tanya jeee. :D

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  25. dean says:

    Keith pernah jadi model iklan bersama Danny X-Factor & pelakon Mat Despatch “Ayie” utk telefon Nokia (model x ingat tapi yg first sekali built in radio) tahun 2001/2002.

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  26. sapa ni ? x kenal pon

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  27. nyah dangdut says:

    ganteng bangat ini org…

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 1
  28. Anonymous says:

    keith foo? la aku taktau pon dia malaysian. eh btw yang miller pelakon mesia dok kat indon tu adik sabrina ali ea?

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  29. sara says:

    Gambar dia yg number 4 to handsome . Aww melting . Haha

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 3
  30. Doul says:

    budak kampung aku….dia ni satu kelas dgn adik aku…mak dia india ayahnya cina…dulu dia pernah jadi model sekejap kt M’sia…tapi tak boleh cari mkn..sebab dia rendah…so elok la dia berhijrah ke Indonesia…kt sana byk ruang utk cari makan…klau korang nak tahu ramai org M’sia kerja kat sana…kebanyakkannya dalam filem dan industri musik…

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  31. cisskek says:

    huhu..mmg die ade berlakon adegan 18sx gan dewi persik..ishhh.. nanti senang laa..dapat offer job kat mesia sbb die serba boleh..uhukss eeiiii…

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  32. marini says:

    dia ni cina ke melayu?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  33. Anonymous_S says:

    Baru perasan Keith Foo nih ade dalam MV Jika Cinta Dia – Geisha n Hati Yang Kau Sakiti – Rossa, xtau plak die ni orang Malaysia. Hihi

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  34. haekal says:

    Aku rasa Keith Foo berjaya kat Indonesia sebab dia ada rupa mcm org sana… He has that Chinese Indonesian look….Kalu pegi sana will find that ramai Cina2 kat sana ada iras2 spt beliau…. Anyway, bangga sbb ada rakyat Malaysia yg berjaya di sana…

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0