Abang Nara tak pernah jumpa Fazura tetapi selepas membaca kata-kata pujian daripada ApisHilton ini terasa nak pergi berjumpa untuk mengesahkan kata-kata pujian dia ini.
Seriously sebagai peminat Fazura, saya ingin memuji sikap Fazura yang sangat peramah dgn peminat yang hadir pada hari tu. Walaupun penat datang dari KL belum hilang dan seterusya ke Johor Bahru untuk majlis pelancaran di sana pula, Fazura kelihatan sangat bertenaga dan tidak jemu jemu melayan peminat yang hadir memberi sokongan. Sikap Fazura yang sangat profesional ini harus dicontohi oleh artis-artis lain di malaysia. Jarang nak jumpa artis macam Fazura yang berbakat dalam lakonan. Fazura juga sering membalas tweet-tweet peminat yg dihantar kepada beliau. Serius Fazura sangat comel hari tu dengan memakai baju merah dan skirt panjang berwarna hitam.
Kalau ada sesiapa yang ada pengalaman pahit dan manis ketika berjumpa artis, apa kata kongsikan dengan Abang Nara di ruangan komen. Mana tahu ada kisah-kisah yang menarik untuk dibaca bersama. Lagi gambar Fazura dengan membaca entri ini sepenuhnya.