Abang Nara masih ingat detik pertama kali Abang Nara membaca novel Lagenda Budak Setan. Menitis air mata ini menyelami penderitaan yang dialami oleh Kasyah. Memang sedih sangat-sangat. Hidup Kasyah seolah-olah tidak mengenal erti bahagia.
Sambungan kepada novel Lagenda Budak Setan ialah Katerina (Saga 3). Yang ini pun berjujuran juga air mata Abang Nara dibuatnya. Jadi apabila Abang Nara dapat jemputan untuk press preview Lagenda Budak Setan – Katerina baru-baru ini, Abang Nara rasa ragu-ragu nak pergi. Malu nak menangis dalam wayang.
Namun Abang Nara gagahkan juga diri kerana tidak mahu terlepas lakonan hebat Farid Kamil, Maya Karin dan Bront Palarae di dalam filem ini. Abang Nara memang dari dulu suka dengan lakonan Maya Karin. Masa Ombak Rindu dulu pun terkeluar setitis dua air mata melihat penderitaan yang dialami oleh Izzah lakonan Maya Karin.
Lagenda Budak Setan – Katerina kali ini mengisahkan percintaan yang kembali berputik di antara Kasyah dan Katerina. Mampukah percintaan mereka bertahan dengan begitu banyak sekali dugaan yang mendatang? Dugaan paling hebat sudah tentu Hisyam, lakonan Bront Palarae yang merupakan bekas kekasih Katerina.
Sedikit sinopsis Lagenda Budak Setan – Katerina untuk anda semua:-
Selepas kematian Ayu, Kasyah meneruskan kehidupan bersama anaknya Athirah. Walaupun telah kecewa, Katherina bertemu dengan Kasyah kembali dan mereka banyak meluangkan masa bersama. Percintaan mereka semakin mekar namun mereka terpaksa menempuhi pelbagai halangan daripada pihak ketiga. Dapatkah mereka terus bersama? Atau cinta mereka akan terhalang buat kali kedua?
Dan dengan muka tak malunya, Abang Nara mengakui yang air mata jantan Abang Nara jatuh jua melihat filem ini. Memang sedih sangat-sangat. Kehebatan lakonan Farid Kamil membuatkan Abang Nara turut terasa penderitaan yang dialaminya. Scene paling meninggalkan kesan pada Abang Nara ialah babak Kasyah dengan anaknya, Athirah di hospital Athirah. Memang meruntun jiwa.
Abang Nara juga turut rasa nak lempang Bront Palarae ketika press conference kerana bengang tahap gaban dengan wataknya sebagai Hisyam. Psiko gila-gila punya. Memang tahap meroyan mahukan cinta Katerina. Menjadi betul lakonan jahatnya. Respek!!!
Namun perkara yang paling penting bagi Abang Nara ialah filem Lagenda Budak Setan – Katerina kali ini betul-betul mengikut jalan cerita seperti di dalam novel. Peminat novel Ahadiat Akashah pasti tersenyum girang. Ahadiat Akashah sendiri pun sangat puas hati dengan adaptasi kali ini. Hampir 100% tepat.
Pengarah filem ini, Sharad Sharan berjaya memberikan sinematografi yang membuatkan Abang Nara kagum. Terlopong juga mulut Abang Nara melihat kecantikan babak-babak romantik yang diambil di Bhutan. Terasa nak bawak wife pergi honeymoon kat sana pulak. Memang indah sungguh.
Secara jujur, Abang Nara bagi 4.2 bintang daripada 5 untuk filem Lagenda Budak Setan – Katerina ini. Jalan cerita yang simple, sinematography yang cantik, lakonan yang mantap dan paling penting, keseluruhan cerita ini memang menikam jiwa. One of the best love movie yang Abang Nara pernah tonton.
Lagenda Budak Setan – Katerina akan mula ditayangkan di pawagam bermula 29 November ini. Kalau anda sukakan Ombak Rindu, inilah filem untuk anda. Kalau anda mat/minah jiwang , ini juga filem untuk anda. Kosongkan kalendar anda untuk menjadi mereka yang terawal mengikuti kisah percintaan Kasyah dan Katerina.