KUALA TERENGGANU: Badan penyiar yang baik bukan sekadar meningkatkan jumlah ’rating’ yang tinggi berasaskan nilai komersil semata-mata, namun di samping itu adalah tanggungjawab sosial dalam mencungkil pelbagai jenis bakat seni di segenap lapisan masyarakat yang mungkin boleh dikomersilkan dan memberi nilai ekonomi kepada seniman itu sendiri.
Menyedari kepesatan arus Industri Kreatif dan pembangunan seni budaya dalam pembangunan ekonomi negara yang mampan, Â Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengajak semua masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai bakat seni untuk tampil menyerlahkan bakat mereka menerusi Program Penerbitan TV yang diterbitkan bersama oleh kedua-dua agensi bertanggungjawab untuk menjelajah ke enam (6) zon di seluruh negara menerusi sesi uji bakat, rakaman dan siaran langsung sempena Karnival Bakat MyGempak 2012 yang dilaksanakan di sini pada hari ini.
Empat (4) program TV bagi siaran RTM akan dilaksanakan sempena penjelajahan di beberapa lokasi yang direncanakan itu adalah program ’My Ekspressi’, ’Lantai Cilik’, sitkom ’Sri Pantun’ dan ’Mimpi ke Bintang’ (Bakat TV). Program TV tersebut dilaksanakan secara uji bakat, rakaman hinggalah ke siaran langsung dari keenam-enam lokasi iaitu Kompleks JKKN Terengganu (taman Budaya Terengganu) di Kuala Ibai, Kuala Terengganu pada 1 hingga 6 Oktober, Zon Utara lokasinya ialah RTM Kedah, Alor Setar pada 8 hingga 13 Oktober, RTM Kuching, Sarawak pada 15 hingga 20 Oktober, Zon Selatan pada 5 November hingga 10 November di Kompleks JKKN Melaka (Taman Budaya Melaka), Ayer Keroh, Melaka, seterusnya pada 3 hingga 8 Disember di Kompleks JKKN Sabah (Taman Budaya Sabah), Jalan Penampang, Kota Kinabalu dan pada 10 Disember hingga 15 Disember di Kompleks Penyiaran RTM, Sungai Gadut, Seremban, Negeri Sembilan.
Selain berpeluang menonjolkan bakat dan kemahiran masing-masing; program Karnival Bakat MyGempak ini juga dapat menjadi medan pertemuan para penggiat seni lama dan baru juga mendekatkan rakyat dengan kedua-dua agensi kerajaan ini iaitu RTM dan JKKN serta sumbangan mereka dalam melahirkan insan kreatif dan berdaya saing. Tidak tertumpu kepada aspek penyiaran semata-mata, RTM dan JKKN memandang serius perkara ini menjayakan pencungkilan bakat seni ini secara agresif di kalangan generasi muda khususnya melalui program seni budaya, dalam konteks kerjasama ini – para pelajar sekolah yang berkecimpung melalui program Kelab Kesenian Sekolah, Kelab Tunas Budaya (Program Bimbingan Seni JKKN dan Kementerian Pelajaran Malaysia), para graduan lepasan ASWARA, ASK, IPTA/S dalam bidang seni, apatah lagi hasil latihan seni budaya berterusan yang dilaksanakan oleh JKKN. JKKN dan RTM berusaha menarik minat masyarakat kepada aktviti seni yang jarang diambil berat selain menyanyi.
Program pertandingan nyanyian dilihat sudah menjadi perkara biasa dan telah banyak pertandingan seumpama itu diadakan. Tetapi bakat seni seperti Seni Tari, Seni Mereka dan Mengolah Karya Tari, Seni Berbahasa (Sri Pantun) dan Seni Persembahan seperti Lawak Jenaka Spontan atau luar biasa, kemahiran yang unik lagi luar biasa apatah lagi kepantasan luar biasa jarang diketengahkan atau hampir tiada. Lantaran itu program seperti ’Lantai Cilik’ yang merupakan program tv yang pertama di Malaysia yang mengetengahkan Pertandingan Mencari Juara Tarian Tradisional dan Kontemporari di kalangan Kanak-kanak Sekolah Rendah berusia 12 tahun ke bawah (Berkumpulan) dilaksanakan bagi memberi peluang kepada para pelajar ini menyerlahkan bakat hasil gilapan yang telah mereka pelajari. Program ini bukan setakat untuk menonjolkan kebolehan mereka; bahkan meningkatkan keyakinan diri, semangat ‘esprit de corp’ (kerja berpasukan) tetapi daya saing secara sihat di kalangan mereka. Menurut Shazlan, dari Shazlan Dancers; yang menjadi Juri Tetap Jemputan untuk Uji Bakat ini – “Apa yang penting bagi pencarian ini adalah untuk mencari kumpulan tari yang bukan sahaja handal di lantai tari; bahkan mempunyai semangat berpasukan dalam satu kumpulan tari dengan baik dan berdisiplin.†Pendapat ini diakui serius oleh Puan Jumaninor yang merupakan tenaga pengajar berpengalaman JKKN dalam bidang tarian kanak-kanak – “Kita memerlukan kumpulan tari yang bukan sahaja kelihatan ‘comel’ di atas pentas tetapi berbakat besar dan berdisiplin kerana kumpulan tari yang disertai mereka memerlukan semangat setia kawan dan kerjasama yang tinggi untuk menari dalam satu persembahan secara berpasukan. Ini yang kita ambil berat selain penampilan dan bakat yang boleh diasuh dan digilap.
Berlainan pula dengan program tv ‘MyEkspressi’ yang mempunyai pendekatan berbeza. Program yang berkonsep realiti tv ini akan mencari pereka tari atau koreografer muda yang berkebolehan menari secara solo tarian tradisional dan kontemporari bahkan yang lebih mencabar peserta diberi tugasan secara spontan untuk mengolah gerak tari kepada sekumpulan artis tari tarian yang ‘authentic’ kepada kontemporari sebelum mereka bersedia untuk rakaman. Menurut penerbit rancangan ini Cik Rashidah Ali; “Sumbang saran yang kami laksanakan hampir sebulan dengan JKKN menemui idea yang bernas apabila akhirnya kami sama-sama bersetuju untuk mencari pereka tari atau koreografer. Meskipun sedar bidang ini sesuatu yang agak baru, namun kami berusaha memberikan yang terbaik kerana kami menyedari jika kita tidak mulakan sekarang, tiada siapa pun yang akan memulakannya. Apatah lagi YBhg. Dato’ Norliza Rofli Ketua Pengarah JKKN dan YBhg. Dato’ Norhyati Ismail bersetuju untuk kami sama-sama memulakan program ini meskipun kita tahu cabaran mencari pereka tari ini agak sukar.â€
Menurut YBhg. Dato’ Norliza Rofli, “JKKN menyeru kepada semua penggiat seni tari yang berkebolehan mereka, mengolah gerak tari dari tradisional ke kontemporari untuk turut serta dalam program yang boleh dianggap sebagai perintis kepada dunia reka tari negara. Meskipun JKKN mengadakan program seumpama MyEkspressi ini iaitu Inspitari yang dilaksanakan setiap tahun untuk menambah vokabulari tari, namun pendekatan ini amat berbeza kerana Inspitari adalah rententan program mengolah karya kreasi baru bukan dalam bentuk pertandingan tetapi lebih kepada aspek manifestasi dan disertai oleh Kumpulan Kesenian JKKN seluruh negara sahaja. Namun dengan adanya MyEkspressi ini; para penggiat tari yang bergerak sendiri; apatah lagi yang mengusahakan tari sebagai pendapatan secara tetap atau tidak serta kumpulan-kumpulan tari yang dinaungi oleh Pihak Berkuasa Tempatan, Organisasi, Pertubuhan malahan agensi kerajaan untuk turut serta dalam program realiti tv yang pertama seumpamanya di Malaysia ini.†jelas beliau lagi.
Manakala program ’Mimpi ke Bintang’ pula adalah hasil penjenamaan semula program Bakat TV yang dipelopori RTM sejak tahun 70an dan diadakan kembali pada tahun lepas bertujuan mencari bakat dalam pelbagai kategori; lawak jenaka, akrobatik, silap mata, bermain alat muzik yang unik, kebolehan kreatif mencipta sesuatu, kepantasan luar biasa, kebolehan luar biasa anggota tubuh / minda, formasi kreatif, kebolehan meniru bunyi / suara, keberanian luar biasa dan lain-lain yang sesuai untuk tontonan umum. Pertandingan dibuat secara langsung dengan format ujibakat ala ‘60 sec to fame’ . Peserta terbaik akan mewakili zon ke peringkat Nasional.
Menurut penerbitnya En Azman Hashim; ujibakat dibuat secara siaran langsung. Jika peserta gagal membuat persembahan yang menyakinkan juri peserta terus tersingkir. Program ini membuka ruang berkarya yang lebih luas sebagai pilihan dengan kebenaran menggunakan media baharu dalam persembahan, membawa bahan atau membuat klip video promosi sendiri.†Jelasnya. Selain daripada itu juga, 50 peserta terpilih di tahap satu diberikan 60 saat setiap seorang untuk membuat persembahan dan hanya 10 orang yang membuat persembahan terbaik untuk mara ke peringkat seterusnya. Setiap enam (6) lokasi penjelajahan akan diadakan Siaran Langsung pada jam 8.00 malam mengikut tarikh berikut;- Kompleks JKKN Terengganu (Taman Budaya Terengganu) di Kuala Ibai, Kuala Terengganu pada 6 Oktober, Zon Utara lokasinya ialah RTM Kedah, Alor Setar pada 13 Oktober, RTM Kuching, Sarawak pada 20 Oktober, Zon Selatan pada 10 November di Kompleks JKKN Melaka (Taman Budaya Melaka), Ayer Keroh, Melaka, seterusnya pada 8 Disember di Kompleks JKKN Sabah (Taman Budaya Sabah), Jalan Penampang, Kota Kinabalu dan pada 15 Disember di Kompleks Penyiaran RTM, Sungai Gadut, Seremban, Negeri Sembilan. Para penonton digalakkan untuk datang beramai-ramai bagi memeriahkan dan memberikan sokongan kepada setiap peserta.
Sementara itu, para peminat bolehlah mengunjungi Pentas Rakyat yang diadakan pada tarikh dan lokasi di atas mulai jam 5.00 petang untuk menemui artis popular seperti Ramlah Ram, Roy Kapilla dan Dikir Barat Arjunasukma pada 6 Oktober di Kompleks JKKN Terengganu, Ifa Raziah, Ani Mayuni dan Che’Mat Rajalawak pada 13 Oktober 2012 di RTM Kedah. Manakala di RTM Kuching, Sarawak peminat boleh bertemu dengan Jimmy Palikat, Dayang Nurfaizah, Ramli Sarip dan kumpulan kesenian tempatan. Beberapa lagi artis popular akan turut berada di setiap lokasi seterusnya.
Manakala program ‘Sri Pantun’ pula adalah program rakaman Sitkom TV yang telah pun bersiaran setiap Selasa, jam 9.00 malam di TV2. SRI PANTUN berkonsep gabungan komedi situasi dan puisi Melayu yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas sebagai medium yang berkesan untuk mencungkil humor ketika masyarakat majmuk di Malaysia berinteraksi di antara satu sama lain dalam kehidupan harian yang harmoni dan sejahtera. Dilakonkan oleh Abon, Noorkhiriah, Raja Azura dan Sathiya, program ini akan dirakamkan di hadapan penonton di ke semua enam lokasi tadi pada tarikh berikut – Kompleks JKKN Terengganu (Taman Budaya Terengganu) di Kuala Ibai, Kuala Terengganu pada 2 Oktober, Zon Utara lokasinya ialah RTM Kedah, Alor Setar pada 9 Oktober, RTM Kuching, Sarawak pada 16 Oktober, Zon Selatan pada 6 November di Kompleks JKKN Melaka (Taman Budaya Melaka), Ayer Keroh, Melaka, seterusnya pada 4 Disember di Kompleks JKKN Sabah (Taman Budaya Sabah), Jalan Penampang, Kota Kinabalu dan pada 11 Disember di Kompleks Penyiaran RTM, Sungai Gadut, Seremban, Negeri Sembilan. Para penonton digalakkan untuk datang beramai-ramai bagi memeriahkan rakaman dan ada segmen interaktif antara penonton. Penerbit rancangan ini, Sarena Mohd Salleh berkata †Setiap lokasi akan menampilakn ’gimmick’ istimewa di mana pelakon tambahan tempatan yang boleh berlakon dan berpantun secara spontan akan dipilih dan boleh beraksi bersama pelakon utama semasa rakaman. Apatah lagi apabila JKKN turut menyediakan tokoh-tokoh pemantun tempatan yang akan berpantun secara spontan dengan para pelakon utama dengan dialek tempatan. Ini sudah pasti dapat menimbulkan suasana lucu dikalangan pelakon dan penonton.â€
â€Minda berpantun memerlukan pemantun bukan sahaja bersedia secara spontan bahkan merangkaikan ikatan kata yang indah yang mebentuk pantun sebagai mesej puisi Melayu lama yang kekal diingati hingga sekarang ulasnya lagi. Ini secara tidak langsung menggalakkan generasi muda kini untuk kembali meminati seni berbahasa dalam ungkapan pantun yang telah mula dijadikan modul bimbingan seni yang dilaksanakan oleh JKKN sejak 2010. Sekalipun bertunjang komersial, keaslian dan disiplin dalam pantun masih dikekalkan. Improvisasi yang diketengahkan bertujuan menghasilkan persembahan yang lebih menarik, relevan dan seiring dengan tuntutan peredaran zaman.†Tambah YBhg. Dato’ Norliza Rofli lagi.
JKKN sentiasa peka mencari inisiatif untuk memberi nilai tambah, pembaharuan ke arah transformasi dan menjadi pemangkin kepada perkembangan seni budaya tanahair dalam mengiktiraf karyawan seni budaya tempatan dengan menyediakan landasan untuk mereka mempersembahkan hasil karya bermutu untuk dikongsi dan dihayati bersama hasil program terbitan bersama RTM dan JKKN ini.
Para peminat boleh mengikuti Siri Jelajah ini menerusi laman sosial facebook ’fanpage’ MyGempak 2012 setiap hari. Borang penyertaan boleh didapati secara ’walk-in’ di lokasi dengan membawa sekali kad pengenalan(mykad/mykid) serta gambar berukuran 4R semasa datang ke Uji Bakat.