Kanser & 5 Perkara Yang Kita Boleh Lakukan Untuk Mencegahnya

Hiburan

Kanser & 5 Perkara Yang Kita Boleh Lakukan Untuk Mencegahnya

Abang Nara cukup seriau apabila mendengar perkataan kanser. Takut sangat-sangat. Beberapa tahun yang lalu, makcik Abang Nara disahkan menghidap penyakit kanser payudara. Bila Abang Nara dapat tahu berita tersebut, memang gugur jantung dibuatnya. Tak dapat nak bayangkan penderitaan, kesakitan dan kecekalan yang perlu ada di dalam diri penyakit kanser untuk mengharungi kehidupan mereka.

tjb clinn daun belalai gajah

antara jenis-jenis kanser

Kanser ini ada macam-macam jenis. Kanser prostat, kanser paru-paru, kanser usus, kanser perut dan macam-macam lagi. Kanser juga menyerang tak kira jantina serta usia. Lelaki, perempuan, tua dan muda semuanya boleh mendapat kanser. Di Malaysia sahaja dijangkakan angka kes baru kanser akan meningkat sehingga 56,932 menjelang tahun 2025 sekiranya tiada langkah pencegahan dilakukan. Banyak kan? Itu belum kira angka kematian kerana kanser. Tahun 2008 sahaja 20,100 meninggal dunia kerana kanser dan telah meningkat kepada 21,700 pada tahun 2012. Setiap tahun angka ini semakin meningkat.

Advertisement
cancer

bulan Oktober adalah bulan kesedaran kanser payudara dengan pink reben sebagai simbolnya

Abang Nara tertanya-tanya juga apa yang boleh kita lakukan untuk memastikan angka pesakit kanser di Malaysia ini tidak terus meningkat. Takkanlah nak tunggu dah kena diagnosis kanser baru kelam kabut nak dapatkan rawatan. Sebenarnya, ada banyak perkara yang boleh kita lakukan. Meh sini Abang Nara kongsikan dengan anda semua 5 perkara sahaja:-

1. Sentiasa peka dengan simptom-simptom kanser

cancer

2. Buat pemeriksaan berkala

Wife Abang Nara setiap tahun mesti berleter sebab Abang Nara ini jenis malas nak pergi klinik. Menurut wife, sekurang-kurangnya setahun sekali kena buat pemeriksaan “full body check up”. Manalah tahu ada penyakit yang kita tak tahu. Kanser kalau dapat diketahui pada peringkat awal, sekurang-kurangnya masih sempat untuk dirawat.

3.Bersenam selalu

cancer

dukung anak pun boleh kira exercise jugak kan?

Bersenam membantu badan kita untuk menjadi lebih sihat, segar dan cergas. Bila secara luaran pun kita rasa sihat, sudah tentu bahagian dalaman seperti sistem immune turut mendapat kesannya. Badan yang bertenaga menghalang pembentukan sel-sel kanser. Tapi tak perlu lah bersenam sampai jadi sado. Yang penting kena bersenam selalu.

4. Berhenti hisap rokok

Kebanyakan lelaki Malaysia menghidapi kanser paru-paru kerana tabiat merokok mereka. Sekarang ini dah banyak klinik-klinik berhenti merokok, pertolongan daripada kerajaan dan juga teknologi untuk bantu berhenti merokok. Yang penting sama ada kita nak atau tak. Hari itu Abang Nara pernah try nak berhenti tapi masih gagal lagi. Kena kuatkan azam nie!!!

5. Jaga pemakanan

cancer

Sebagai seorang yang suka makan, Abang Nara akui ini agak sukar untuk dilakukan. Abang Nara memang suka junk food. Seronok mengunyah. Namun ia memang berbahaya kerana mengalakkan pertumbuhan sel-sel kanser. Kita kena makan makanan seimbang, banyakkan buah-buahan dan juga sayur-sayuran. Bak kata pepatah, “you are what you eat”.

Alang-alang dah bercakap tentang pemakanan dan kanser, teringat pula kisah makcik Abang Nara yang mempunyai kanser payudara tue. Menurutnya, salah satu makanan tambahan yang diambil adalah daun belalai gajah atau dalam bahasa omputihnya, Sabah Snake Grass. Katanya memang berkesan untuk merawat kanser dan juga penyakit-penyakit lain.

First time dengar Abang Nara memang agak skeptikal. Takkanlah hebat sangat daun belalai gajah ini sampai boleh membantu menghapuskan sel-sel kanser. Balik rumah Abang Nara terus buat kajian. Rupa-rupanya daun belalai gajah ini memang telah diiktiraf oleh Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani sebagai salah satu daripada 14 herba bernilai tinggi yang berpotensi merawat penyakit (bukan kanser sahaja). Hebat juga rupanya daun belalai gajah nie.

cancer

inilah rupanya daun belalai gajah yang femes tue

Daun belalai gajah ini memang boleh ditanam sendiri dan kemudiannya dipetik untuk dimakan/diminum. Namun proses itu agak leceh dan kalau tak dibuat dengan tepat, boleh hilang segala khasiatnya. Jadi ada ke cara yang lebih mudah? Jawapannya tak lain tak bukan ialah ClinN.

cancer

ClinN merupakan sebuah produk berasaskan daun belalai gajah milik syarikat Tenaga Jati Bumi Sdn Bhd yang merupakan sebuah syarikat bumiputera 100%. Syarikat ini telah dilantik sebagai syarikat peneraju oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia untuk membuat kajian saintifik terhadap keberkesanan Daun Belalai Gajah dalam membasmi sel kanser. Jadi memang ada kajian, memang ada formula, memang ada saintis dan hasil produknya iaitu ClinN memang 100% dikawal dan diselia. Bukan main hentam kromo buat packaging cantik-cantik je.

cancer

Abang Nara akan bercerita lebih lanjut tentang ClinN ini tak lama lagi. Siapa di sebalik syarikat ini, proses penyediaan ClinN dan macam-macam lagilah. Namun buat masa ini, Abang Nara tak mahu korang lepaskan promosi yang sedang ditawarkan. Minum SSG (Sabah Snake Grass/Belalai Gajah) kini hanya dijual pada harga RM100 (RM160 harga sebelum) sementara harga Teh SSG pada harga RM40 (RM60 harga sebelum). Kena cepat sebab promosi ini akan tamat bila-bila masa sahaja. Terus LIKE Facebook ClinN – Sabah Snake Grass Product sekarang juga untuk buat tempahan anda. Selamat mencuba!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...