Written by Bella | May 6th, 2015

Pengumuman yang dibuat oleh Fahrin Ahmad semalam bahawa beliau akan bernikah pada hari Sabtu ini merupakan satu berita yang agak mengejutkan buat peminat industri hiburan tempatan. Mengakui bakal isterinya itu bukan daripada golongan selebriti, mereka juga tidak bercinta seperti pasangan yang lain.

Enggan menjadi bualan orang dan untuk mengelak daripada di fitnah, Fahrin dan bakal isterinya mempunyai hubungan percintaan yang agak mencabar kerana mereka jarang berjumpa.

Agak mencabar, tetapi kami bukan bercinta seperti pasangan lain. Sebaliknya kami jarang berjumpa. Saya rasa lebih baik cara itu.

Bercerita mengenai wanita yang bakal menjadi teman hidupnya, Fahrin menyifatkan beliau seorang yang bijak dan memahami dirinya.

Pada masa yang sama aktor utama dalam filem Pilot Cafe ini turut menafikan membuatkan pengumuman pernikahan tersebut semalam hanya kerana ingin menutup  gosip beliau sedang menjalin hubungan cinta bersama Izreen Azminda.

Fahrin sebenarnya sudah lama membuat persiapan untuk majlis perkahwinan beliau sejak akhir tahun lalu.

Selepas saya dan pasangan bersetuju untuk berkahwin, keluarga saya bertemu dengan keluarganya untuk membuat perbincangan lanjut. Dan pengumuman pernikahan ini langsung tiada kaitan mahu menutup gosip-gosip cinta yang timbul. Saya dan Izreen hanya kawan rapat, tidak lebih daripada itu.

Kami tahu ramai gadis-gadis diluar sana yang tidak boleh tidur lena mengenangkan aktor pujaan mereka ini bakal berkahwin tidak lama lagi. Hehe. Doakan yang terbaik buat Fahrin Ahmad dan bakal isterinya, semoga berbahagia sehingga ke anak cucu.

Sumber Berita: mStar Online

 

17 responses to Kami Bukan Bercinta Seperti Pasangan Lain – Fahrin Ahmad

  1. Leave a Comment says:

    Baguslah bukan dengan pelakon tu. Asyik posing muncung bibir and acah2 manja bila ambil gambar dengan lelaki

    0

    0
  2. anon says:

    Takpelah bercinta mcm mana sekalipun, kalau jodoh dah sampai kawin jelah. Oklah kalau jarang berjumpa, tak mcm dgn linda onn dulu sampai bercuti dgn keluarga bersama2. Lagipun linda tu tak lawa langsung. Fahrin ni hensem, hopefully bakal isteri pun lawa jugak…..congrats

    0

    0
  3. ace says:

    Patutlah fahrin byk beralasan kalau ajk berjumpa.. Hmmm tq syg ( ? ³?)?

    0

    0
  4. anis says:

    semoga berbahagia abg fahrin… smga majlis yg d rancg brjln lancar..

    0

    0
  5. Anonymous says:

    CONFIRM IZREEN. *wink

    0

    0
  6. medusa says:

    kalau dgn izreen..aku BOOOO!

    0

    0
    • Dolton Bibiyana Layola Al-Muslem says:

      dgn kismah johar la…ko ni kan dia dah kasitau siapa bakal isteri dia

      0

      0
  7. ct says:

    bagus la jarang jumpe..yg slalu jumpe dh boring..pilih yg baru..yg fresh..br best..jantan

    0

    0
  8. yahoo! says:

    Sejak fahrin joget dalam iklan Ali Cafe aku terus dah xminat.

    0

    0
  9. Hanun says:

    Aku dpt rasa isteri dia keje stewardess la.hrp betol la instinct aku ni.heheh

    0

    0
  10. Tipah says:

    I ols pun rasa wife dia stewardess MAS..ada anak sorg lelaki..anak fahrin kot sebenarnye..huhihuhiii..dah lama bermain di pkran tipah noqs

    0

    0
  11. halimunan says:

    Mmg stewardess pon.cantik orgnya dagu runcing.mj ank 1 bkn anak fahrin.ank dgn laki 1st.lelaki.

    0

    0
    • minah jambu sayang nenek says:

      bagos la janda anak satu kire ok jugak daripada ambek anak dara yg macm janda..lebih baik ambek janda betol2 ada jugak faedah Nye..lov u fahrinn..

      0

      0
  12. Kak Nab K POP says:

    Eh ingatkan Rita !!!
    Laaaaa

    0

    0
  13. Beautiful Norra says:

    e ehh, Fahrin Ahmad nie bukan ‘sesuatu’ ker….??? hurmmm baguslah klu dah bertaubat…tapi jgn buat ‘perkara lama’ dah lah yerk..?? apapun, tahniah….huhu

    0

    0