Written by AbangNara | October 8th, 2014

Hebatnya cinta. Kerana cinta, empayar Rom musnah. Kerana cinta, seorang lelaki yang kacak, macho dan tampan seperti Kamal Adli sanggup melutut untuk menagih cintanya kembali. Itulah kehebatan cinta. Bak kata pepatah, lautan api pun sanggup direnangi. Mungkin kalau si kekasih suruh terjun bangunan pun si lelaki sanggup lakukan kerana mabuk dilamun cinta. Memang ajaib penangan cinta ini.
intanLagi hebat apabila 6 tahun bercinta dan ditinggalkan begitu sahaja seperti yang dialami oleh Kamal Adli. Sedih Abang Nara membaca luahan kata-kata Kamal Adli di BiPop hujung minggu lalu. Mana tidaknya, Kamal Adli sanggup berlutut di hadapan Intan Ladyana. Sayangnya Intan Ladyana buat tak tahu sahaja. Memang pedih jiwa dibuatnya. Abang Nara rasa nak menangis membaca kata-kata Kamal Adli ini. Memang jelas terserlah keremukan hatinya.

Jiwa saya kosong. Saya terlalu kecewa dan sudah kering air mata! 6 tahun bercinta, susah senang bersama tetapi akhirnya saya dibuang begitu saja? Hingga hari ini saya masih tidak faham kenapa saya ditinggalkan? Apa salah dan dosa saya? Panggilan tidak dijawab, mesej tidak dibalas.

Saya cukup merana sejak ditinggalkan. Tak tahu nak cakap betapa hati saya terluka. Kenapa Intan buat saya seteruk ini? Secara jujur, saya dan Intan tidak bergaduh dan tidak berperang besar, hubungan kami berjalan seperti biasa. Tetapi saya pelik Intan secara tiba-tiba mengambil keputusan mengakhiri hubungan ini, sedangkan apa salah saya? Saya tidak boleh terima ditendang begitu saja.

Jika saya pernah kantoi menjalinkan hubungan dengan gadis lain dan buat perkara tidak senonoh itu lainlah! Ini tanpa saya tahu apa kesilapan, saya ditinggalkan. Saya mahu bersemuka, Intan tidak mahu berjumpa. Kenapa? Saya sudah lama memendam perasaan, saya tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan kerana masih mengharap hubungan kami masih boleh diselamatkan, namun nampaknya saya hanya bermimpi.

Sebenarnya saya sudah bersedia mahu melamar Intan. Hati saya sudah terbuka untuk berkahwin tahun ini. Saya masih ingat sebelum menjalani penggambaran drama di Taiping, Perak, kami berbuka puasa bersama, malah Intan berbuka puasa dengan keluarga kami. Sebelum pergi kami berjanji mahu sehidup semati. Kami berjanji tidak akan berpisah, tapi minggu depan lain pula jadinya. Saya dapat rasakan Intan sedikit sudah mula berubah.

Hanya seminggu saya inggalkan, hatinya jadi keras. Saya tidak tahu apa yang berlaku. Ketika di Taiping, saya sebenarnya tidak sabar mahu pulang ke Kuala Lumpur, hasrat saya mahu melamar Intan, tetapi nampaknya tidak sempat. Saya sedih sangat. Saya tidak tahu kenapa terlalu drastik Intan berubah hati? Saya tidak sesekali menyalahkannya, mungkin saya pernah buat silap, tetapi besar sangat ke silap saya sehingga hubungan 6 tahun dicampak ke tepi? Tiadakah rasa sayang pada perhubungan ini?

Saya pernah bertemu Intan di Anugerah Lawak Warna baru-baru ini. Apabila saya tahun Intan di sana, saya sangat teruja, maklumlah sudah lebih sebulan tidak bertemu. Saya pakai cantik-cantik, macam pertama kali nak keluar dating. Tapi saya kecewa, Intan melayan saya seperti baru pertama kali bertemu. Saya tebalkan muka, saya duduk dekat dengannya, tetapi tiada respon.

Apabila dia ke belakang pentas, saya mengikutnya. Saya rindu sangat padanya. Saya melutut padanya, tapi Intan buat saya seperti orang asing. Malu, hanya Tuhan saja yang tahu, tapi apakan daya. Saya terus tidak faham kenapa Intan melayan saya seperti musuhnya? Jika tidak inginkan saya sekalipun, jangan sampai bermusuh.

Selama 6 tahun bercinta, Intan bukan saja buat hati melekat, malah dia juga memaku hati saya. Bagaimana saya nak mencabut paku ini? Setiap hari saya berdoa agar kami terus bersama.

intan

Ok Abang Nara nak pergi cari tisu kejap. Sedih sangat masa taip nie. Semoga Kamal Adli tabah. Abang Nara faham perasaan anda. Putus cinta memang pedih. Memang boleh tak tidur malam seminggu dua. Sabarlah Kamal. Kalau ada jodoh, tak ke mana. Semoga Intan Ladyana terbuka hati selepas membaca luahan ini.

P.S: Melamar di tengah orang ramai tetapi ditolak

[flowplayer id=”29784″]

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

83 responses to Kamal Adli Pernah Melutut Di Hadapan Intan Ladyana

  1. Anun says:

    Kesiannya..

    0

    0
    • miss ynwa says:

      die da mls tgu ko kamal , lambat sg t…umur dia da byk bhai
      gepren tinggal kn bopren secara tibe2 nie
      tk lain tk bukan sbb da dew bopren baru letew

      0

      0
    • Shhh says:

      So sweet..ni lah kali pertama aku tgk artis lelaki yang buang ego2 dia jauh2..tak malu nak bercerita ttg soal hati dan perasaan…mgkin kita nampak mcm nak muntah/ngada2….tpi hakikatnya aku juga pernah ditinggalkan..byak masa aku terbuang..walaupun aku yang memutuskan hubungan tersebut buat apa lagi aku menaruh harapan pada org yang tak pedulikan aku lagi..mgkin cite aku dn Kamal berbeza tpi aku tetap rasai pa yang dirasai oleh Kamal…tabahlah hati…

      0

      0
      • bengong says:

        ni bukan psl lelaki sanggup buang ego… ni lelaki yg tak tahu malu mcm bapuk je, Kalau bini ko yg ko nk merayu melutut bagai tu takpelah jugak.

        Setakat gelpren yg ko pn blom tahu jodoh ko ke tak, takde pekdah la ko nk separuh nyawa gila talak. Org dh taknak sudah la..cari lain jela.

        Samada kamal adli yg buat hal tp x sedar…ataupun Intan dah ada calon baru yg lg kaya, hebat, hensem..biasa la pompuan ni mmg tak guna ckit kalau dh jumpa org baru, ko becinta 10 tahun pn dia sanggup buang ko…hihihihi

        0

        0
      • ryu says:

        sweet pale hangguk ko…klu bini melutut x pe laa jugak ni awek je pun…bercinta 10-20 thn pun tp klu dh mmg xde jodoh terima je laa…jodoh tu bkn kat tgn kita kat tgn Allah..igt tu kamal…berusaha camne pun klu bkn jodoh kt mmg xdpt bersama…melutut dpn Allah lg bgs dari ko melutut dpn intan ni..meluah dpn Allah lg bgs dr meluah kat laman sosial..org y tak boleh terima hakikat itu adalah org y menolak takdir Allah dan kkdg seolah2 cam kt menyalahkan Allah ats ape y berlaku…nauzubillah…yakin lah pasti ade hikmah di sebalik..mungkin Allah nk beri sesuatu y lg baik..makin ari makin meluat pulak aku tgk si kamal ni..x abis2 nk canang cinta y tak kesampaian tu..cam laa die sorg je y penah putus cinta..

        0

        0
    • One Direction says:

      eeee…dah kenapa sampai nak kena melutut ????
      jangan sesekali paksa orang yang tak sudi, move on aje lah.

      0

      0
    • Anonymous says:

      Tak kesian pun aku kat mamat ni. Enam tahun tu lama. Bukan sekejap. Intan ni umur dah berapa. Mesti la orang dah desak-desak dia kahwin. Takkan nak tunggu dia paksa si Kamal ni minang plak. Dia cakap ada hasrat nak kahwin tu, simpan dalam ke, dah cakap kt family? Atau pun da clash ni baru ada hasrat tu? Heh. Tu laaa. Lama sangat. Ingat semua perempuan cam Almy Nadia ke sanggup tunggu punya lama, sanggup terima balik lelaki yang dah kena tinggal baru nak kahwin? Ape la kau ni Kamal. ish.

      0

      0
    • alahai kamal adli says:

      haaa..tu lah lelaki. bila pmpuan tunggu ko ko buat dunno je xtau nk hargai. ko igt dia ape nk tnggu ko smpai berapa tahun lg? wasting time u know! bila dia dah move on baru ko ckp nk melamar? terlambat dah beb. dah tawar hati! tu la len kali xyah la nk bercinta lama2 sangat. tp ko bawak ke hulur ke hilir. perempuan xperlukan ayat i love u. tapi ayat aku terima nikahnya. paham? so renung2kan la. next time kalau jumpa awek lain y berkenan. jgn lama2 lg sesi mengenal hati budi tu. niat kahwin kerana allah. insha allah….xde la merana

      0

      0
    • Joyah Bandar says:

      Kebanyakan wanita akan memilih suami yang tetap pendirian, tidak main tarik tali, memiliki pendapatan tetap dan tidak gay. itu sahaja pendapat joyah.

      0

      0
    • i am me says:

      Ade sebab la tu. Jujur dr pengalaman aku, dulu aku couple 6thn 6 bulan dgn lelaki yg sgt baik n setia. Banyak die bersabar dgn kerenah aku. Masa tu memang plan nak kahwin da lepas habis study n da kerja 2thn, da dpt kumpul duit. Tp disebabkan sikap aku yg byk kerenah n amek kesempatan atas kebaikan lelaki tu, lama2 dia give up n terus pap! Tinggalkan aku. Terus tiba2. Sakitnya Allah yg taw. Sekarang lelaki tu da kahwin pun n nak dapat baby x lama lg. Aku xpernah putus doa semoga dia bahagia sampai bila2 sebab aku taw dia layak utk dihargai

      Dan hikmahnya, dengan bf sekarang, aku lebih taw menghargai dan menghormati. Sebab belajar dr pengalaman.

      So, kepada kamal adli n semua yg membaca, hargai lah pasangan dan hormatilah pasangan. Bukan senang jumpa org yg sabar bertahun2 dengan kita :) tp apa2pun, jodoh rahsia Allah, n Allah tahu apa lebih baik untuk kita :)

      0

      0
  2. Anonymous says:

    kalau intan taknak, aku nak kat ko kamal oi.
    tapi aku tak selawa intan lah.
    ho

    0

    0
  3. kikilala says:

    melutut untuk sujud sembahyang lah kamal adli…

    0

    0
  4. minah benci lelaki ngader says:

    geli ahhh ngan laki sampai nak melutut2 ni….hebat sangatka minah tuuu…udah2lah…dah direjek, p jauh2….dah jadi jantan tuk direjek, baru terhegeh2 gitau satu dunia kununnya baru nak propose minah tuuu…acting ja lebeyyy…tapi tak pernah menang award punnn…udah2lah tu…pompuan belambak kat msia ni….ramai gi yang hebat n cantik dari minah tu…

    0

    0
  5. apabolehbuat says:

    jangan tunggu lama-lama
    nanti lama-lama
    dia dah tak nak pandang dahhh…
    aku suka sgt pasangan ni dan almy&fizz
    aku rasa dua2 pasangan ni masalah bermula dr si lelaki yg amik masa terlalu lama.. kesian tau intan.. 6taun tunggu kau adli…
    intan, .. tolongalh sekali lagi ya?

    0

    0
  6. Benda Betul says:

    Sedih baca. Tapi wahai Kamal Adli, you deserved it. Karma lepas kau tinggalkan syera ayob dulu disebabkan Intan Ladyana ni. Kau tinggalkan syera sebab Intan, so sekarang kau dapat balik. What goes around comes around. At last syera kahwin ada anak & bahagia pun.

    Sorry, tapi benda betul :)

    0

    0
    • Anun says:

      Ooo…yeke…dlu die ngn shera ayob ke??
      Nasib baik dia pilih zahiril..klau x, smpai skang mnggu si Kamal neh…

      0

      0
    • Marry Claire says:

      Tau xpe…dlu dia buang shera..buang terus cmtu..masa nk dptkan shera kemain smpi snggup tggu depan pintu rumah sewa shera dlu..now!! amekaww!!

      0

      0
    • Jiran Sebelah says:

      Syera ayob first love Kamal Adli masa dierang dua dekat kolej dulu. Tapi bila kamal dah jadi pelakon, terus tinggal syera sebab nak kat Intan ni. Karma la ni uolss!

      0

      0
  7. princess says:

    sedihnyer…nak wat mcmana, mungkin ad sesuatu yg tersimpan di hati die…ad jodoh x kemana…doa and wat solat hajat ye…mana tau allah makbulkan…=)

    0

    0
  8. Foster says:

    Their critical negative attitudes have caused them to
    miss much of the joy of married life. This suggests
    the siblings have a familiarity and comfort. With neither
    side a shrinking violet on the field, a good
    open attacking football game is in the offing.

    0

    0
  9. doktorcinta says:

    biar aku cakap sbb apa. kalau relationship entah angin entah ribut tiba tiba mintak putus itu diatas sbb pasangan yang dah taknak teruskan tu tak rasa apa apa, tak rasa sayang. CINTA itself boleh datang sekejap atau berkekalan. maybe intan ladyana ni nak demand lelaki lebih baik, dari segi wang, dari segi rupa, dari segi alim, atau dari segi perangai. sbb tu dia dgn kamal adli dah tak rasa apa dan nak tinggal mcm tu je.. kamal adli jangan lah jadi pendesak, jangan fikir awak je, biar la intan ladyana. bila dah keluar media mcm ni buat si intan yang jadi jahat tinggal camtu je, one day if intan ada lelaki lain masyarakat xboleh terima. dah witness situasi macamni. zaman macamni CINTA tak ke mana, apa yang kau ada tu yang membawa somewhere..

    0

    0
  10. aaira aydin says:

    6 tahun bro..umur makin meningkat bro..lagi2 perempuan..org lelaki x kisah la kot nak kawin lambat2…intan x layan baru kata nk lamar bagai..pftt…

    0

    0
  11. Jannah says:

    tgh sedap makan roti pisang..tiba2x baca surat artis kamal adli..
    jangan kata abg nara menangis amik tisu..
    saya secara tiba2x sambil makan roti pisang tu sambil tu menangis teresak2x..
    tragisnya..
    saya faham perasaan kamal adli sebab pernah mengalaminya :”( .
    semoga abg kamal kuat dari segi emosi terutamanya agar tidak terganggu dgn perkara2 lain .

    0

    0
    • Anonymous says:

      Hahaha..rasa lawak baca surat cinta Kamal Adli, lagi lawak baca tangisan abg Nara, lagi sadis baca jenaka lawak pisang Jannah…huhu

      0

      0
  12. aku says:

    Apa punya jantan… Tak malu… Orng dah x nk.. Biaq.. Jgn keciwa kerana manusia… Kalu ko menangis sbb ko dah berdosa brcinta berpegang tangan dgn bkn muhrim.. Ok la jugak.. Ini.. Frush sbb pompuan.. Hoi… Bnyak pompuan kat luar sana,.. Dia tu x bagus la sbb tu Allah tak bg ko kwin dgn dia

    0

    0
  13. syah says:

    kaahakahakah..tu lah…bercinta lama2 buat apa…lg byk sangat buat maksiat sebelom kawen….elok la kena tinggal awal2…dari kena tinggal lepas kawen…

    gua pn pnah rasa kna tinggal gini…satu je jawapan dia..pompuan tu dah ada orang lain…get a life la kamal…terima hakikat jadi loser…

    0

    0
  14. Positif says:

    Jiwa kosong? Ganti je lah jiwa itu dengan jiwa baru, jiwa itu kita suburkan dengan cinta Allah dulu, lepas itu baru yang lain. InsyaAllah lah, kalau kita yakin Allah beri jodoh, kita tahu bahawa dia bukan jodoh kita, mungkin jodoh kita 10x ganda lebih baik daripada dia. Allah tahu apa yang terbaik buat kita. Kita mungkin nak sesuatu tapi tak dapat, sebab Allah tahu benda yang kita nak itu tak sesuai atau tak bagus untuk kita. Bangkit jangan jatuh. Jodoh kita Allah dah tulis dah. 1000 tahun bercinta pun kalau Allah kata dia bukan jodoh kita tetap bukan milik kita. Positif thinking! Allah ada.

    0

    0
  15. Anonymous says:

    apelah jadi laki ni…. sentimentil sangat….dah perempuan tu tak nak sudah lerrrr, cari sahaje yang laen….bukannye kmrin kamal ni juge, pernah rapat dengan pelakon dari seberang
    ..tapi perempuan tu sekarang dah kahwin dengan orang laen

    0

    0
  16. hah says:

    aku faham perasaan ko kamal …. k bye

    0

    0
  17. mypinklove says:

    Bertabahlah adli…xmengapalah kalau dicuba pujuk ttpi Intan dah xnak…maknanya dia bukanlah jodoh kamu. Pasti ada hikmahnya.jgn diratapi. Inshaallah Allah akan gantikan sesuatu yang lebih baik.

    0

    0
  18. poyossss says:

    tu lah lama sgt bercinta.. cepat-cepat lahh kawen.. tapi kalau ade jodoh tak kemana…

    0

    0
  19. Krios says:

    i know that feel bro. sabar je lah. awal2 perpisahan ni memang perit sikit. bizi kan diri, produktifkan diri, it’ll help and it’ll work. kurangkan masa bersendirian, bnykan spend masa dgn family dan kawan-kawan. dan paling penting, berdoalah, mintak pada Tuhan, kalau dia itu betul jodoh kau, permudahkanlah, kalau tak mohon diberi kekuatan untuk move on.

    hidup ni singkat je, jangan sia2kan dengan sesuatu yg dah pergi tapi mungkin tak akan kembali.

    0

    0
  20. Anonymous says:

    Mungkin sbb intan tunggu ko lama sgt kot….6 tahun tu mmg lama utk pompuan tunggu bro….aku pun 3tahun je..by the way..xyah lah teruk sgt smpai cmtu..ko ada tuhan..jgn smpai cmtu..mcm bertuhankan menusia pulak.. X berbaloi pun…….tiap2 yg berlaku ada hikmah dan mmg yg maha Esa telah tetapkan yg terbaik utk hambaNya

    0

    0
  21. doremi says:

    Mse stadi kt s.alam dlu sorg housemate ak ni patah hati mcm kamal adli ni la..kelas x pegi..emo manjang..bkurung ja lam bilik..serabai..dlm 5 6 bln pastu kantoi berkasih sayang sama spisi plak..tkejut beruk kami 3 org ni..x pcaya pempuan katenye..mcm2 dunia…hrp ko tabah bro kamal..cr ja awek lain..xdpt intan, berlian zamrud ada kt luaqq nuh…4+2+2samadengan 8 nara

    0

    0
  22. dina says:

    6 years lah Kamal…u gave her a long time to wait and a long time for her to fish elsewhere. Found a bigger catch and off she goes lah.
    Dah lah tu… buruk lah lelaki perangai camni…be matured, solat and get your life straighten out. Ramai lagi gadis yang available…move on please.

    0

    0
  23. Anonymous says:

    Buat apala dok cerita bagai. Pi la rumah mak bapak dia meminang terus. Ni dok hasrat ja. Tak dak usaha pun

    Action speaks louder than words

    0

    0
  24. Anonymous says:

    Jangan tunggu lama lama. Nanti lama lama dia diambil orang. Memang patut Intan buat macam tu. Kamal Adli cakap tak serupa bikin. Macam kes Fizz Fairuz juga la. Bila pompuan dah betul2 jatuh cinta , setia dan menuggu lamaran, si lelaki buat main2. Tak serius. Kejap nak kejap tunggu. Mana boleh tunggu lama- lama. Nikah cepat2 kan senang. Tak payah buat besar2an macam Fizo. Itu riak namanya. Buat yang wajib dulu … nikah je. Majlis2 ni kalau mampu buat. Kalau membebankan. Tak payah. Buat macam Diana Amir. Nikah je . Tiada majlis resepsi, tak ada duit hantaran. Bahgia je kawin.

    0

    0
  25. Alohhh…kalau ada jodoh tak ke mana, kalau takde bercinta la 100 tahun pon, tetap akan berpisah…ye dak.

    0

    0
  26. greenday says:

    biar org nak cakap ape kamal , janji ko setia .. x curang .. skrg2nya ada usaha kat situ .. xmcm … errr aku … ok bye

    0

    0
  27. nana says:

    fikirkanlah yang positif, ada perempuan lain lagi baik dari dia

    0

    0
  28. TUKOL BESI says:

    kamal, gunalah tukol besi untuk mencabut paku ituuu…

    kamal, maybe korang lama sangat kot. 6 tahun tu. umur intan pun dah berapa dah. lama sangat tunggu engkau nak pinang dia. Kalau betul kau ikhlas dengan dia, nikah la. tak perlu grand sangat kamal. Besederhana lebih baik.

    0

    0
  29. Aida says:

    Yang tak mengalami tak akan faham..Sakit yang paling pahit..ialah bila orang yang kita sayang..pergi meninggalkan kita tanpa sebab…dan pergi meninggalkan kita macam musoh..sedangkan kita sayang dan cinta giler pada dirinya…kalau pergi dengan penjelasan kita boleh terima walaupun pahit..ni putus bagai halilintar…yang menyambar dengan api…cubalah bayangkan..tapi selalu kalau cinta masih tebal..kekhilafan pasangan …kita akan terima dengan kemaafan..lainlah kalau dah ada pelehan lain…

    0

    0
    • julie says:

      ye setuju. been there. kena tinggal tanpa pesan. sakitnya Allah je yang tahu. merana. depressed. rasa terhina. rasa marah. semua ada. jgn la kita perlekehkan cite org lain. apa apa pun anggap la tu pengalaman hidup.

      to kamal, kalau intan dah mmg ada org lain then move on la. kalau belum cuba pikat hati dia balik slowly. setinggi tinggi ego dan sekeras keras hati manusia akan lembut juga, sebabnya kita hanya manusia biasa. so takde yang lebih dan kurang, setiap orang ada perasaan yang sama.

      doa banyak banyak. percayalah I doa banyak gileeee, ada yang mmg Allah makbulkan. terkejut dan tak sangka Allah makbulkan. tapi this takes time la. give her space dulu.

      kalau tak jadi juga, move forward. there’s more to life. work on yourself. keep your maruah intact at the same time. everything has limits. all the best.

      0

      0
  30. Anonymous says:

    Ak pon wat mcm intan…
    Ak xkuat nk jd mcm almy
    Tunggu punya tunggu mcm2 alasan bagi
    Bila org msuk minang ak trima je wpon xknl
    Bila ak kawen dgn org len bahagia…die mcm sasau
    Kuar citer sebijik mcm ni bg ak nmpk buruk
    Padan muka… 10 taun ak tgu. Buat ak mcm thegeh2 sgt
    Bila dh fedup mmg ht tu keras mcm batu
    Jgn slhkan aku…

    0

    0
  31. badang says:

    kau org dia orang pernah main ke x…rasa nya pernah..xkan dh tua tu ada selaput dara lagi kan…

    0

    0
  32. Audrey says:

    Good job, Intan!

    To Kamal Adli, if you want her, give her some times. You can get her back, but you must calm down. Things just happened. Muhasabah diri dulu. Dia dah tunggu lama sangat. Dia fed up.

    0

    0
  33. rianda says:

    alah. lelaki bila dah kene mcm ni la baru keluar statement gelabah “saya baru bercadang nk meminang dia”. padahal statement cover kene blame bila org kata bia intan tggu lama sgt. ex aku dulu pon cani gak. 6tahun aku duk tggu2, siap kene marah pulak bila tanya2 bila nk meminang..bila aku blah,tetibe gelabah kata nk ajak kawen. ceh.tapi yg paling penting kamal adli, serve u right sbb tinggal sheera ayob dulu. what goes around comes around. hahhahahaha. kalau aku jd sheera mmg aku gelak sakan ni.amekkaw!

    0

    0
  34. Entah le says:

    kadang kesian plk aku tengok kamal ni…tu le..dlu bercinta lama sgt..bila dh melepas baru nk menyesal…kamal ni masih sayang sgt kat intan…maklum la bercinta 6 tahun n bukanya 6 hari…hri tu tgok kamal kt melodi alahaiii sedih n kesian la plk…mgkn ad hikmah d sebalik kejadian..

    0

    0
  35. tudung pink says:

    too much too little too late

    0

    0
  36. Remy says:

    I feel u bro Kamal. Bukan sengaja lelaki nk biar perempuan nk tggu lame2 pun. Ade yg nk biar stabil dulu. Kahwin bukan mende senang. Tanggungjawab besar buat sorg lelaki. Jadi ketua keluarga. Mungkin ade yg amik mase yg lame nk ready, tapi bile dh ready, kene tinggal pulak. Mungkin ade lg yg lebih baik kat luar tue Kamal. I feel u bro. Maybe dier dh ade lelaki lain. Sebab aku pun kene mcm nie. Banyak berdoa kepada Allah s.w.t.

    0

    0
    • takyah nak feel2 sgt says:

      ni la laki. bila pasal kawen je. kumainlah. kene timbang tara kesediaan bagai. dan2 la pulak citer pasal tanggungjawab. dah taw tak ready tak payah la nak bercinta bagai dengan anak dara orang. dahhh bila bercinta jejantan ni kumain lah bagi harapan bergunung. ajak bermaksiat pegang-pegang tu takde pulak nak pikir masak2. bila ajak kawen… nak pikir masak2 la pulaakkkk.. korang dah bagi harap dah layan mcm bini. pompuan ajak kawen je terus stress nak pikir dulu, dah tu, ko ingat pompuan ni nak tunggu ko smp andartu ker? tak tentu lg bila dah andartu ko nak kawen. silap2 time tu ko cakap after pikir masak2 i rasa u bukan jodoh i!pergghhhh… masa tu. dah kertu. laki lain pon dah taknak.

      0

      0
      • Remy says:

        Adeh. Yg reply nie mcm biase jer bg pegang2 tangan? Taip mmg senang beb. Tapi kalau main terjah jer kawen tapi x sedia pape mcm tempat tinggal, duit, perabot bagai x guna jugak. Skrg kawen bukan murah beb. Bace ler ape yg kamal luah tue. Dier ade niat nk kawen kan? Bukan niat nk memainkan Intan tue pun. Hape punye pemikiran la kau nie. Bukan semua jantan yg kau jumpe tue same mcm ape yg ko taip tue.

        0

        0
        • lola says:

          remy,aku bukan nk cakap ape la.tp pengalaman aku yg dah tunggu jantan masuk minang dekat 7 tahun nih,aku rasa laki cenggini yg macam takut komitmen kwin,patut kena cepuk dahi sampai bocor. aku paham la de laki jenis nak kasi semua stabil baru kawin. tapi maslahnye,korang laki kena timbang sal perempuan jugak. brapa tahun nak suh tunggu. dalam sehari pun macam2 boleh jadi kot,ni kan bertahun2. skang aku nak tanya,ko percaya x pada rezeki Allah? ko sedar x yg kwin tu pn sbnr nya tlg perluas rezeki kita. jangan tgu ada istana mewah baru fikir nak stat berkeluarga. kalau melambak laki cam ko ni..habis lah perempuan cam aku ni melangut tgu. sekian.

          0

          0
  37. ryana says:

    6tahun bcinta..susah senang,pahit manis bersama. tup2 putus dtgh jln,sabar lah smua ni dugaan,klu kta bcinta slma 50thn pun klu ALLAH ciptakan dia bukan utk kita..ttp jg kta tak dpt bersama,lahir sja kdunia ni Allah dah tentukan jln hdup kta… org lain mmg lah snang nak ckp,tapi prsaan sakit tu hnya dia je yg tahu,ptus bcinta ni mmg tiada ubatnya..hnya kta sndri yg mampu mgubat hati kta.. mungkin Allah dah sdiakan jdoh terbik buat kalam adli… klu bukan intan,mungkin ada lagi yg lebih terrrbaik buat kamal.. sabar lah,doa lah pada yg maha bkuasa,klu ada jdoh tak kmana.. klu Allah dah tntukan jdoh dgn intan,pasti akan bersatu jua.. smua tu dah dtakdirkan.. kita merancang Allah yang tentukan segalanya..

    0

    0
  38. dia says:

    jgn di paksa kalau org dah tak sudi… mula2 mmg menyakitkan, tp percayalah itu bkn jodoh kita. bila dah ada pengganti baru, segala sakit semua tuu hilang. doa bebanyak semoga di temukan dengan jodoh yg baek2… aamiin

    0

    0
  39. Hamba Allah says:

    saya prnh bercinta, menunggu 10 tahun lamanya…ditinggalkan begitu saja, terjumpa gambar si dia bersanding di FB, segala persoalan kenapa mengapa yg saya msg pada dia, tak berjawab, call pun tak berjawab….
    ya..sampai hari ni ‘kadang-kadang’ persoalan KENAPA itu menerjah dan saya tak ada jawapan..
    Si dia yang kini bahagia bersama isteri dan 2 cahaya mata
    4 tahun sudah berlalu
    saya yakin Allah Maha Mengetahui dan ketentuanNya yang terbaik
    Untuk Kamal dan sekalian sahabat, bila kita belajar redha pada ketentuan Allah, kita akan lebih damai….
    Allah dah persiapkan yang terbaik untuk kita semua.., semua akan baik pada waktunya.
    SABAR

    0

    0
  40. dadat says:

    bro. 6 tahun tu cukup lama pompuan nak tunggu kau melamarlah. i mean she’s getting older. dia dah berubah hati baru kau nak melamar. too late bro. kalau dia dah ada guts to leave u, it’s best for u to move on with ur own life. either dia dah nekad hati dah tertutup or dah ada pengganti. move on bro

    0

    0
  41. Anonymous says:

    lu setia sgt apehal ? lain kali pasang la lg 1 .. xde la steres sgt mcm ni .. hua hua huahaha ! .. xpe lepas lu pulih nanti , gua yakin . gua pasti .. lu pasti jadi playboy malaya … hm

    0

    0
  42. cik meow says:

    Adalah lebih baik mengadu pada Allah, dari duk mengadu domba dalam paper. Tak respect pun lelaki macam ni. Sume orang sedih kalau patah hati, itu fitrah manusia, tapi tak perlu la nak bagitau satu dunia. Ni menunjukkan yang si lelaki tak mampu kawal emosi, apatah lagi nak kawal keluarga (if he get married).

    Kalau betul nakkan makwe tu, buat solat hajat tiap-tiap hari. Allah akan mendengar setiap rintihan. Tu lebih better.

    0

    0
  43. menoname says:

    hmmm…seminggu sebelom intan dikatakan mulai berubah tu, intan ada berbuka puasa bersama kaluarga ”kami” – adakah ”kami” itu merujuk kepada keluarga Kamal? Kalau ye, apa kah ada sesuatu yg terjadi di dlm pertemuan itu yg kamal sendiri tidak sedar sepanjang intan berada berbukan puasa bersama keluarga kamal.

    maklum kadang2 nie antara sebab bila seseorang tu tiba2 berubah secara drastik atau susah sgt nak buka mulut nie adalah berkemungkinan bersangkutan dgn ”famili”. Iyalah, MUNGKIN kalau nak intan bersuara kat kamal belom tentu kamal nak terima apa yg intan ckp apatah lagi untuk percaya apa yg intan ingin kongsikan lebih2 lagi berkaitan dgn ”famili/keluarga”. Paling tak pun kita ckp ”mereka bukannya serious, bergurau jer tu. perdulikan lah apa yg diaorg ckp. buat bodoh jer.” so dari lebih sakit hati di kemudian hari, biarlah intan berkeras dgn keputusannya.

    ini hanya pandangan saya dan belom tentu ada betulnya, hanya MUNGKIN sahaja, saper tahu lah kan…wallahualam…

    0

    0
  44. Anonymous says:

    aku rasa an,,maybe intan ni kena guna2 kot. maybe ada org jelez. arap2 x mcm tu

    0

    0
  45. Anonymous says:

    aku bcinta 9 thn dgn laki aku…pjj lg..clash sambung clash sambung byk kali..tp kalo jodoh x kemana…sabar laa kamal..klo dia xnk tu ko rileks je…kang cr pengganti mcm rebound plak…

    p/s:btw bkn ke mase dlu shera praktikal kat tv3 dlu pon dia curang gak dgn kamal…g dating dgn ally iskandar..tp cite lama..dh bahagia skrg dgn zahiril..

    0

    0
  46. Pity Kamal says:

    Patah hati memang lain macam penangan. Kita tak jangka apa kita buat untuk dapatkan semula orang yang kita sayang. Kamal, you had you chance and maybe ini orang kata jodoh tak ada. Insyaallah kalau memang Intan for you, no matter what love will unite. If not, tak dapat lupakan jugak, doa banyak2 pada Allah semoga hati Intan terbuka untuk you dan doa untuk permudahkan jalan untuk lupakan cinta kalau tak ada johoh. Perit memang perit. Sangat. Sabar sabar dan sabar. Ingat Allah.

    0

    0
  47. Sekapal karam says:

    Ak bercinta 10 tahun mmg mcm tu je kena buang, agak2 lah kan kalau kita buat salah pun da lama bercinta xpayahla nak buang terus. Tapi fk balik da la tak ada jodoh kawin pon boleh cerai..rilek sudah..ni mula2 je ni rs mcm tu.

    0

    0
  48. lala says:

    lambat sangat. padan muke kau.

    0

    0
  49. CINTA says:

    Putus cinta memang menyakitkan tapi moga Kamal ingat……
    1) Hanya antara mereka berdua yg tahu punca sebenar & siapa salah, siapa benar.
    2) Cinta tak semestinya memiliki. Apa kita mahu tak semestinya jadi milik kita.
    3) Hati setiap kita dipegang oleh Allah maka doa pada Allah agar dilembutkan hati sidia menerima kita. Merayu pada Allah bukan merayu pada manusia.
    4) Jodoh ditangan tuhan.Tidak tahu panjang mana jodoh w/pun telah dimiliki.
    5) Sesuatu yg kita suka dan rasa baik utk kita, belum tentu sebenarnya terbaik utk kita.Hanya Allah yg tahu mana yang baik utk kita.
    6) Banyakkan berdoa tapi jangan hanya minta apa yang kita suka dan mahu. Doalah agar Allah berikan sesuatu itu JIKA SESUATU ITU BAIK utk diri kita. Kerana Insyallah Allah akan makbulkan setiap doa org yg meminta samada perkara yg diminta itu baik @ tidak. Kalau kita minta apa yg kita nak…Allah tunaikan…tapi ia mungkin bukan yang baik utk kita sbb masa doa kita hanya minta apa yg kita nak…maka akan timbul masalah dimasa hadapan walaupun kita berjaya memilikinya.
    7) Ubat paling mujarab ialah dekatkan diri pada Allah dengan seikhlasnya. Jiwa pasti tenang dan tidak rasa kosong.

    0

    0
  50. anon says:

    Bercinta 5,6 tahun tu lama sngt. Sepatutnya 2,3 tahun dahlah, then kawin je. Org perempuan nak kawin cepat, tak nak tunggu2 takut jadi anak dara tua. Ha….kalau dah putus tu, move on jelah. Takyah nak melutut2, wat jatuh standard je. Bunga bkn sekuntum…Frankly lntan tu bknnya lawa sngt pun. Nampak mcm amoi salesgirl je. Berlambak lagi yg lebih muda & cantek dari dia ni.

    0

    0
  51. lala says:

    be strong,kamal! dlm hal ni xtau sapa salah sapa betul..mungkin intan dh penat tunggu kamal, mungkin kamal ada buat salah yg dia sendiri x sedar..
    kalau intan dh xnak, meh pinang i. seribu kali i nak..auwww!

    0

    0
  52. Anonymous says:

    Abang Kamal Adli, 6 tahun berkawan, tak pulak ambil kesempatan nk melulut.
    Sekarang orang dah tinggal baru nak heboh2. Lelaki macam ni x yah la bagi peluang.
    Ambil kesempatan je… Good Luck Intan, minta di temukan dengan jodah yang abadi.

    0

    0
  53. siti says:

    Tiada cinta yang kekal melainkan cinta Allah kepada hambanya. Itu pasti. Kepada Kamal Adli, please. Kalau orang dah tak nak, just move on. Tak perlu nak melutut bagai pada orang yang tak sudi. Not asking you to get a revenge, but being happy is the sweetest revenge of all. Let her be. Let you be. Go on with your life. As a man, I believe there must be a lot of things you want to achieve. Go for that. Don’t waste any of your time anymore. Plus going to the medias telling how sorrowful you are after being dump is a big NO NO. Have some dignity please.

    0

    0
  54. […] Kamal Adli Mengaku Pernah Melutut Depan Intan Ladyana Demi Cinta […]

    0

    0
  55. […] Kamal Adli Mengaku Pernah Melutut Depan Intan Ladyana Demi Cinta […]

    0

    0
  56. […] anda membaca luahan hati Kamal Adli yang Abang Nara kongsikan minggu lalu, pasti sedikit sebanyak anda akan menyalahkan Intan Ladyana […]

    0

    0
  57. Mr Bee says:

    Salam,

    W/pun berita lama gua nak komen juga. Gua rasa ada 2 sebab. Sebab pertama mungkin kerana dia xnak kahwin lagi buat masa ni, maklumlah artis, nanti xleh cari makan. Keduanya mungkin sbb dia x suka Manchester United. Gua rasa Intan penyokong Chelsea!

    0

    0