Kalau Tidak Nampak, Sila Pakai Kanta – Rozita Che Wan

Hiburan

Kalau Tidak Nampak, Sila Pakai Kanta – Rozita Che Wan

Agak kelakar juga sebenarnya Che Ta ini. Ayat-ayat yang dikeluarkan memang membuatkan Abang Nara tersengih seperti kerang busuk. Dihimpit kontroversi gambar seolah-olah bercium dengan suaminya, Zain Saidin di Paris baru-baru ini, Rozita Che Wan tampil membuat penjelasan dan menafikan yang mereka berdua bercium. Secara jujur, pada pandangan mata Abang Nara yang agak kabur ini, sekali pandang memang nampak macam mereka berdua sedang bercium.

che ta dan zain bercium

Advertisement

Berkata kepada Kosmo, Che Ta memaklumkan yang gambar tersebut hanyalah dirinya memandang suami pada jarak dekat. Terang pelakon ini:-

Saya tahu apabila terdapat banyak kritikan mengatakan saya dan Zain bercium. Orang buta kalau lihat gambar itu pun tahu saya tidak bercium. Sebaliknya, kami hanya ambil gambar pandang suami saya dengan jarak yang cukup dekat. Kalau tidak nampak, sila pakai kanta.

che ta

Apabila hampir kesemua gambar yang dikongsi olehnya mendapat kritikan dan kutukan daripad peminat, pasti ada yang menyangka Che Ta akan serik untuk memuat naik lagi gambar dirinya selepas ini. Namun Che Ta menjelaskan yang dia akan terus berkongsi gambar. Kata Che Ta lagi:-

Tidak, sebab itu akaun saya dan hak saya untuk memuat naik sebarang gambar sekalipun. Jika tidak suka mereka ada pilihan untuk tidak mengikut saya di Instagram. Saya sendiri tidak faham kerana kami tidak bercium pun orang boleh bikin kontroversi seperti ini.

Walaupun saya letak gambar biasa atau gambar saya seorang diri, orang yang jenis suka mengata tetap akan mengata. Mulut orang saya tidak boleh tutup. Mereka terlebih prihatin dan tidak ada kerja rasanya. Biarlah orang mahu bercakap apa sekalipun, saya tidak kisah dan emosi tidak terjejas. Saya tetap akan menjadi diri saya sendiri.

che ta

Betul kata Che Ta itu. Kadang-kadang orang kongsi gambar kucing pun kena kutuk juga. Jadi kalau nak pedulikan kata-kata orang lain, memang apa-apa jenis gambar pun tak boleh kongsi. Diharap Che Ta terus berkongsi gambar-gambar dirinya untuk tatapan para peminat. Yang penting, sebelum muat naik, periksa dulu gambar tersebut takut-takut terlebih “over” dan tidak sesuai untuk tatapan umum. Tak gitu?

P.S: GST bantu turunkan harga kereta?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...