Written by AbangNara | January 30th, 2014

Respek Abang Nara dengan prinsip yang dipegang oleh Raja Azmi. Bagi Abang Nara ini adalah satu perkara yang harus dicontohi. Memanglah tanggungjawab seorang suami untuk memberi nafkah kepada isteri, namun kalau si isteri mempunyai pendapatan yang lebih, apa salahnya berkongsi dengan suami tercinta? Sekurang-kurangnya dapat meringankan beban masing-masing. Tak gitu?

raja azmi tanggung suami

Lagipun kita hidup di zaman moden yang penuh dengan pancaroba sekarang. Kalau nak harapkan duit si suami je, pasti tak cukup. Dalam perkahwinan kenalah bertolak ansur dan tolong menolong. Yang penting, kebahagiaan dapat dikecapi. Bak kata Raja Azmi kepada Mstar Online:-

Saya tidak kisah apa orang nak cakap. Yang penting saya bahagia dengan kehidupan sekarang. Kalau saya menanggung suami sekalipun itu adalah hak dan tanggungjawab saya sebagai isteri. Pada saya sekarang, duit bukan kepentingan lagi.

Dulu perkahwinan pertama saya orang berkata saya habiskan duit suami, sekarang pula orang kata saya menanggung suami. Kalau kita kisah orang nak cakap apa, kita tidak boleh hidup bahagia.

raja azmi tanggung suami

Hidup suami isteri sememangnya harus pekakkan telinga dan tidak terpengaruh dengan kata-kata orang luar. Kita lebih mengetahui apa yang terjadi. Abang Nara sokong Raja Azmi. Buat apa kita nak kisah cakap orang lain, ini kehidupan kita. Nanti kalau susah, bukan orang lain itu nak datang tolong pun. Yang penting kita suami isteri bahagia dengan kehidupan kita. Tak gitu? Apa pula pendapat anda?

P.S: Toyota Prius 2015 lebih baik

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

63 responses to Kalau Saya Tanggung Suami Sekalipun, Itu Adalah Hak Saya – Raja Azmi

  1. yang benar says:

    Setuju sangat..suka hati kita la nak tanggung sapa sekali pun.. sekarang ni dah byk house husband. Asalkan tak menyusahkan org lain n buatkan hati kita senang. Life is to short to be stressed n depressed.

    0

    0
    • Mr Kangkung says:

      Tiga golongan yang ALLAH tidak akan lihat (bermakna tiada bantuan daripada dikenakan azab) mereka pada hari kiamat: Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki dayus.” (Riwayat Ahmad dan Al-Nasaie)

      Dayus disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadis yang lain iaitu daripada Ammar bin Yasir berkata, dia mendengar daripada Rasulullah SAW berkata: “Tiga golongan yang tidak akan memasuki syurga sampai bila-bila iaitu si dayus, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak.” Lalu sahabat berkata: “Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu dayus?” Berkata Nabi: “Iaitu orang yang tidak mempedulikan siapa yang masuk bertemu dengan ahlinya (isteri dan anak-anaknya).” (Riwayat Al-Tabrani: Majma az-Zawaid, 4/327)

      Daripada hadis di atas, maksud lelaki dayus adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dengan siapa isteri dan anaknya bersama dan bertemu. Malah, ada yang membiarkan sahaja isteri dan anak perempuannya dipegang lelaki lain.

      Soalan yang sama daripada sahabat mengenai siapakah dayus? Lalu jawab Nabi SAW, maksudnya: “Apakah dayus itu wahai Rasulullah?” Jawab Nabi: “Iaitu seseorang (lelaki) yang membiarkan kejahatan (zina, membuka aurat, bergaul bebas) dilakukan oleh ahlinya (isteri dan keluarganya).” (Riwayat Al-Tabrani dan Al-Baihaqi).

      Tafsiran golongan ulama berkenaan istilah dayus adalah “Seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya).”

      Imam Al-‘Aini berkata: “Cemburu lawannya dayus.” Berkata pula Al-Nuhas, “Cemburu (iaitu lawan kepada dayus) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya daripada ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram.”

      Disebut dalam kitab Faidhul Qadir, maksudnya: “Seolah-olah takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki) apabila dia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan ahli keluarganya dia tidak mengubahnya.”

      Al-Munawi mencatatkan kata-kata Imam Ibn Qayyim berkenaan dayus: “Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat atau kecemburuan (terhadap ahli keluarga), dan barang siapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga jauh daripada kejahatan dan perkara keji. Tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota (terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali.” (Faidhul Qadir, Al-Munawi, 3/430)

      Dayus adalah dosa besar

      Ulama Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus ini dalam bab dosa besar, sehingga disebutkan dalam satu athar, maksudnya: “ALLAH telah melaknat lelaki dayus (laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu daripada isterinya dan diharamkan bergaul dengannya).”

      Walaupun ia bukanlah satu fatwa yang dipakai secara meluas, tetapi ia cukup untuk menunjukkan betapa tegasnya sebahagian ulama dalam hal kedayusan lelaki. Petikan ini pula menunjukkan lebih dahsyatnya takrif golongan ulama mengenai erti dayus dan istilah yang hampir dengannya, maksudnya: “Al-Qawwad (istilah yang disamakan dengan dayus) di sisi umum ulama adalah ’orang tengah’ kepada zina.”

      Imam al-Zahabi berkata, maksudnya: “Dayus, iaitu lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh ahlinya dan dia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu (atau ingin bertindak), dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat.” (Al-kabair, 1/45)

      Cemburu dituntut Islam

      Ada isteri yang menyalahkan suami kerana terlalu cemburu. Sebenarnya, kita perlu fahami bahawa ia adalah tuntutan Islam dan menunjukkan suami yang bertanggungjawab.

      Bergembiralah si suami yang memperoleh isteri solehah. Ini kerana, tanpa sebarang campur tangan dan nasihat daripada sang suami, isteri sudah pandai menjaga aurat, maruah dan dirinya.

      Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Daripada tanda kebahagiaan anak Adam adalah memperoleh wanita solehah (isteri dan anak).” (Riwayat Ahmad, no 1445, 1/168)

      Jika seorang bapa mengetahui perbuatan ‘ringan-ringan’ anak perempuan atau lelaki mereka dan membiarkannya, maka dia adalah dayus. Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah ‘ringan-ringan’ atau terlanjur sebelum kahwin dan tanpa taubat yang sebenar-benarnya, sudah pastilah rumah tangga mereka akan goyah.

      Kemungkinan besar apabila telah berumah tangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan perbuatan ‘ringan-ringan’ dengan orang lain. Hanya dengan bertaubat nasuha dapat menghalang aktiviti mungkar itu daripada melepasi alam rumah tangga mereka.

      Jika hal ini dibiarkan, ia akan merebak pula kepada anak mereka, seterusnya kepada zuriat mereka. Awas! Dalam hal ini, semua suami dan bapa perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka daripada dianggap sebagai dayus. Jagalah zuriat anda. Suami juga patut sekali sekala menyemak telefon bimbit dan beg isteri untuk memastikan tiada yang diragui.

      Mungkin ada isteri yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua. Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka, demi menjaga maruah dan kehormatan isteri serta anaknya.

      Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa pada zaman Nabi Muhammad SAW, maksudnya: “Berkata Ubadah bin Somit RA: Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteri ku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedang ku, maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa’ad tadi, lalu Nabi memberi jawapan: “Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa’ad?

      Demi ALLAH, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah ALLAH lebih cemburu daripada ku, kerana kecemburuan ALLAH itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

      Lihat betapa ALLAH SWT dan rasul-NYA menginginkan golongan suami dan ayah mempunyai sifat pelindung kepada ahli keluarga daripada melakukan sebarang perkara keji dan mungkar.
      Lelaki menjadi dayus apabila:

      1. Membiarkan kecantikan aurat dan bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain selama mereka bekerja atau di luar rumah.

      2. Membiarkan isterinya pulang lewat, serta tidak diketahui bersama siapa, serta apa yang dibuatnya ketika dia bekerja.

      3. Membiarkan aurat isteri dan anak perempuan dewasanya terdedah (terselak kain) ketika menaiki apa jua kenderaan.

      4. Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan lelaki yang bukan mahramnya.

      5. Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangan yang bukan mahramnya di rumah. Kononnya, ibu bapa mereka sporting dan memahami.

      6. Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang menjolok mata di luar rumah.

      7. Membiarkan anak perempuan menyertai akademi hiburan yang boleh mempamerkan kecantikan mereka kepada jutaan manusia bukan mahram.

      8. Membiarkan isteri atau anaknya menjadi pelakon dan membiarkan mereka berpelukan dengan lelaki lain. Kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon, nafsu seorang lelaki itu akan hilang? Tidak sekali-sekali!

      9. Membiarkan isteri bekerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

      RAsulullah SAW bersabda “Sesiapa yang mati dibunuh kerana mempertahan kan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid.” (Riwayat Ahmad)

      0

      0
      • milah sirus says:

        kalau macam tu ..hampir semua lelaki yg sy kenal adalah lelaki dayus..

        0

        0
        • bCaiman says:

          Baru tau ke? Memang hampir semua LELAKI Melayu dayus.
          Disuruh tambah ilmu agama, tak nak. Dikata dayus, reti pulak melenting.

          Bila melenting2 nampak beno dayusnya kihkihkih
          Kan lebih elok cool dan diam2 buat peningkatan amal gitu.
          Paling kurang pun, belajar ilmu seni bela diri , jadi dapat melindungi wanita yang lemah ni.

          0

          0
        • aku la.. says:

          kalo isteri tu redha atas duit yg diberi kt suaminya, xjd salah.. lg bgs.. cume lelaki pn jgn la amik kesempatan…

          0

          0
        • Anonymous says:

          rata2 ayah2 kepada perempuan2 yg mengomen kat sini semua dayus, membiarkan anak mereka melakukan zina lidah, zina mata dan zina hati… kuikui.. anak2 lelaki dayus rupanye.. ahahaha

          0

          0
      • Kak Mala says:

        Peh! Senang senang je label kan lelaki dayus…! Kak Mala rasa kalau nak ikutkan sangat statement2 di atas ni…99.9% lelaki Malaysia ni ‘dayus’ one time or another in their life! Silakan ‘Dislike’ okey??

        0

        0
      • Oja says:

        Apa masalah kau ni?Kalau kau tu alim sangat,kenapa kau disini?Tak payahlah nak melebih2 sangat!Kau bukan malaikat tengok diri sendiri tu dulu sebelum nak cakap orang dayus dan derdosa!

        0

        0
    • K.A.A says:

      btol… lagi2 time zaman semua harga naik ni…

      0

      0
      • public says:

        Public yang cakap ke atau wartawan yang sibuk bercakap? Bodoh wartawan Malaysia ni suka gunakan orang awam untuk lakukan paper/majalah diorang. Takde telur!

        0

        0
        • Lembu Gemok says:

          aku bukan suka raja azmi ni, tp kalau dah sampai bab dalam kain rumahtangga dia nak kacau, over laa wartawan ni…biar laa dia nk buat apa dgn suami dia…hal rumahtangga jagna dok sibuk..dr dia dok happy2 (walaupon tanggung suami), silap haribulan bergadoh bagai disebabkan mulut orang yang kecoh hal rumahtangga…tolong laa..nak sibuk pon takyah sampai boleh meruntuhkan rumahtangga orang…aib suami gak…respect sikit..bangang!!!!

          0

          0
    • Olga says:

      KALAU SI RAJA AZMI NI TANGGUNG LAKI DIA 100% TENTU BERCERAI NANTI,SEBAB MASALAH WANG

      0

      0
      • der says:

        hamboi kau..olga..sedap jari ko je nak menaip mcm tu? kalo diorg tak cerai mcm mane? ko plk yg bercerai..baru ko tau langit tu tinggi ke rendah…

        0

        0
      • Segerombolan Perompak says:

        Ko ni, org doa yg baik2.. Bukan mtk diorang bercerai. Apo ni~ Bio le dia menanggung suami dia, dia mampo,. Ko hado? Mcm x dok je~

        0

        0
      • fifi faraj says:

        Olga …hutang bila nak bayar? dah mulut longkang hutang tak nak bayar….org yg tak bayar hutang ni adalah mahluk yg di l;ahknat Allah.

        0

        0
  2. ahkak says:

    betul tu…manusia zaman skrg ni mmg x suka tgk org lain senang…ada je nk carik salah dn silap org…x pernah yg kita buat tu betul..jadik pekakkn je lah telinga dn teruskn hidup sbb kita hidup pun bukan utk puaskan hati org lain…

    0

    0
  3. dianza says:

    kan bagus kalau isteri tolong meringankan beban suami….

    0

    0
  4. Biskut says:

    aku ngn laki aku pun gini juga. kdg2 gaji aku lebih dr dia n kdg2 sebaliknya. susah senang hadapi bersama. zaman skrg tak blh nk hrpkan si suami je yg bg nafkah.

    0

    0
  5. pekakkan je telinga tu..kalau family kau tak makan bukan diaorg pun yg nak tlg..nama pun perkahwinan segalanya dikongsi bersama..semoga berbahagia.jadikan pengalaman yg dulu utk menjadi insan yg terbaikkk.

    0

    0
  6. garnier sakura says:

    betul statement raja azmi tu….

    0

    0
    • nonet says:

      statemnt..hak dan tanggungjawab isteri menanggung suami tu salah. Tapi sebaaliknya.faham zaman dah berubah….suami isteri kena sama2 berkongsi.
      Kalau ihklas dan tak meengungkit kemudian hari..alhamdullilah.jangan sampai semua pengorbanan jadi tak berguna walau sesen termasuk pahala yg nak dibawa ke akhirat. Tanggungjawab menangung keluarga tetap di bawah bahu lelaki. Walau nabi berkahwin dengan orang kaya khadijah, nabilah yanb menguruskan perniagaan khadijah lepas berkahwin sehingga hntung berlipat ganda….tolonglah pompuan..kalaunsayang lelaki nak bior ke jannah sama2 bagi la ruang dan peluang kepada lelaki untuk jalankan laksanakan tanggungjawabya..esok tuhan tanya takan nak jawab bini hamba sayang hamba ya Allah.hamba biar dia yang cari rezeki…aku tak moh sentuh bab tanggungjawab anak lelaki ke ibu bapa..banyak bini sentap nanti.

      0

      0
  7. manusia biasa says:

    memanglah tak salah tapi jangan sampai terkeluar dari fitrah sebenarnya..lagi afdal kalau suami yang mencari rezeki daripada isteri untuk mengelakan fitnah.. sebab suami yang membayar fitrah untuk isteri bukan sebaliknya..peace yoo

    0

    0
  8. peanut says:

    siapa yg ckp camtu? bak sini, sy tolong lempangkan bagi pihak raja azmi…

    0

    0
  9. nuha says:

    hi manusia biasa…
    saya rasa raja azmi tau kot semua tu. hal rumahtangga dia bahagia ke tak atau apa saja dugaan mereka..biarkan mereka. tak payah nak tolong fikir. fikir ttg diri sendiri & family sendiri. im sure dlm kehidupan kita mesti byk benda yg kurang…bagi perbetul dulu. sekian.

    0

    0
  10. Penghuni Alam says:

    setuju ngan statement si raja azmi…duit bukan kepentingannya lg dlm usia dia yg skg dah lengkap segalanya…cuma dia nak kasih sayang dr seorg suami…semoga kekal hingga ke jannah n semoga dibukakan hidayah utk terus berhijab selepas ini…amin

    0

    0
  11. kak piah says:

    dlm islam…tanggungjwb beri nafkah pd isteri dan anak2 adalah atas bahu suami…tp kalau isteri nk bantu ringankn beban suami boleh aje…biar laa sama2 menyumbang…tp klau hanya isteri shj pikull tanggungjwb cari nafkah…mcm tk best plak…takut nanti suami kne ikut cakap isteri jek…dan klau ada silap sket abeh diungkit isteri…lama2 takut tak tahan iman plak rapuh…bergaduh sakan…haa fikir laa sendiri beb…

    0

    0
  12. nil says:

    Mana-mana pun tak sokong. Perlu diingat jika suami berkeupayaan, dia wajib menanggung semuanya. Jangan silap apabila membuat kesimpulan. Duit isteri adalah hak isteri tetapi jika isteri ikhlas dan redha itu juga adalah hak isteri. Perkataan “tanggung suami” itu sudah lain bunyinya, jangan sampai menjatuhkan martabat si suami dgn perkataan begitu sekali pun suami tidak kisah. Jika bunyinya “menanggung keluarga” itu juga boleh mendatangkan rasa tidak sedap, kerana bila membacanya seolah-olah si isterilah yang menanggung semuanya seorang diri. Kerana itu berhati-hatilah bila keluarkan sesuatu kenyataan. Memang tidak salah, setidak-tidaknya berkatalah…”kak mi hanya meringankan perbelanjaan suami kak mi,…bukan 100% tanggung dia”..
    kerana org-org kita akan berfikir negatif. Harap terima teguran dgn hati yg ikhlas.

    0

    0
  13. kentot busuk says:

    tak guna kawin lelaki ensem kalau semua kita nak kena.tanggung. baik tak yah kawin memyusahkan hidup aje. awat jantan sekarang ni pemalas sangat. mula-mula oklah. lama kelamaan org jemu jugak.

    0

    0
  14. ambipur says:

    Kawen kali kedua pun patut wajibkan kursus kawen ni…tua dah lupa kot pasal tanggungjawab.

    0

    0
  15. McFlurry says:

    dey, itu kiliuarga punya cerita piribadi juga. kasi diam suda la.. tada malu mau gali.

    0

    0
  16. CikTom Pulau Pandan Jauh Ke Tengah says:

    Fitrah akhir zaman.. memang begitulah.. Kedudukan wanita lagi tinggi dari lelaki, pangkat, kekayaan, hidup menanggung keluarga.. Subhanallah… Peliharalah kami Ya Allah

    0

    0
  17. Usin lempoyang says:

    Lantak dialah nak tanggung sapa pon!!! duit dia… dia ada hutang dengan korang ke yg sibuk2 sgt tu???????? tak payah layan ler ckp2 org Raja Azmi ooiiiii… dorg tu jeles sbb tak dpt laki muda n ensem!!! buat itu salah… buat ini salah… org melayu ni kaya dgn sikap PHD!

    0

    0
  18. mel says:

    saya punya gaji jauh lebih tinggi dari suami, dari segi pendidikan saya pun sama bezanya. Suami kerja kerajaan, gaji tak seberapa. Tapi saya dah pilih dia jadi pasangan hidup. Segala perbelanjaan saya yang tanggung. percutian, sekolah, kereta, petrol etc. Satu yang dia sediakan adalah RUMAH dan RESTU. tanpa restu saya tak boleh jugak nak bekerja kan. Dia terima kekurangan saya begitu jugak sebaliknya. Alhamdulillah..masih bahagia sampai sekarang. Kalau takut ada masalah kemudian hari jangan kahwin kalau tak sekufu. Habis cerita.

    0

    0
  19. kakishopping says:

    janji kena hentak sedap…lantakla org nak kate ape kan..kih3

    0

    0
  20. Mak OK Jerrr says:

    Umur macam ni perlukan teman.. itu jer… If money can buy it, just buy it…

    0

    0
  21. mimi says:

    Alhamdulilah..semoga jd isteri solehah

    0

    0
  22. dee says:

    sbb ni la sy tidak berkawin semula.. takut kena tanggung suami… sebelum kawin mereka dah tanya, awak kerja apa.. rumah sewa ke, rumah sendiri.. pakai kereta apa? sendirian lebih baik… kebanyakkan duda, kehendak mereka, kawin dgn kita, cuci kaki

    0

    0
  23. minah jambu merah biru says:

    ape salah Nye kalau bini tanggong laki ??????? ok pe ! tapi laki jangan pulak ambek kesmpatannnnnn mentang2 bini tanggong laki nk goyang kaki aje pat rumah macm siak ! laki kena keluar keja cari duit nafkah untok bini n kasi bini senang….asek2 biniiii aje nk tanggong laki n laki giyang kaki pat rumah tknk keja mampos lah bini ! itu pon kalau bini maseh larat lagi nk tanggong laki kalau bini tu dh tk larat amacm ? kasi cerai bini gitu ! jangan ambek kesempatan atas bini ok…mentang2 bini tu terlalu saying kn laki n laki pulak jangan melampau lampau eh !!!

    0

    0
  24. sleep tight says:

    duit bnyk pon wat pe klo malam2 sunyi sepi kan?haha

    0

    0
  25. Kangkung says:

    Memang betul, tak kisah kalau isteri belanjakan duit sendiri untuk suami, rumah,anak2 etc. Tapi bukan ke tanggungjawab suami bagi nafkah pada isteri dan anak2nya jugak? Mmg trend sekarang mmg ramai tahap pendidikan suami atau gaji dia kurang dari isteri. Isteri nak tak nak mmg kena keluarkan duit sendiri untuk kongsi atau kurangkan beban suami. Macam dah tak best pulak. Tak kisah la isteri tu redha ke paksa redha ke. Nnti bergaduh pulak psl tak mampu beli sus/napkin anak/barang2 dapur. Kebanyakan lelaki sekarang pulak ramai malas/mengharap isteri contribute something. Lagi2 kalau kalau yg nak kawin, lelaki cari bakal isteri yang stabil kewangan dan kerjaya. Sebabnya, nnti dah kawin tak menyusahkan suami ataupun boleh tanggung apa2 kalau suami tak mampu. Dunia zaman sekarang… ..

    0

    0
  26. KangKong says:

    Memang betul, tak kisah kalau isteri belanjakan duit sendiri untuk suami, rumah,anak2 etc. Tapi bukan ke tanggungjawab suami bagi nafkah pada isteri dan anak2nya jugak? Mmg trend sekarang mmg ramai tahap pendidikan suami atau gaji dia kurang dari isteri. Isteri nak tak nak mmg kena keluarkan duit sendiri untuk kongsi atau kurangkan beban suami. Macam dah tak best pulak. Tak kisah la isteri tu redha ke paksa redha ke. Nnti bergaduh pulak psl tak mampu beli sus/napkin anak/barang2 dapur. Kebanyakan lelaki sekarang pulak ramai malas/mengharap isteri contribute something. Lagi2 kalau kalau yg nak kawin, lelaki cari bakal isteri yang stabil kewangan dan kerjaya. Sebabnya, nnti dah kawin tak menyusahkan suami ataupun boleh tanggung apa2 kalau suami tak mampu. Dunia zaman sekarang… ..

    0

    0
  27. zaza says:

    rasanya kalaw sama2 berkongsi pendapatan xsalah, tp ini dh tahap si isteri tanggung semuanya mcm si isteri tu suami. malunya dpt laki cmnie

    0

    0
  28. Bodoh takdapt di ajar! says:

    biarlah dia.. aku pun bini yang tanggung.. aku jaga anak batang aku je..

    0

    0
  29. muja says:

    kalau reda tak pe tapi jangan sampai menganggap tugas mencari nafkah itu tugas isteri pulak

    0

    0
  30. anon says:

    Ala….ape yg nak di kecoh sangat. Cer tanya ex husband dia Jalani, bukan ke bini baru dia jugak yg menanggung dia. Bini dia si zaleha tu kan business woman. Bila Jalani makan harta isteri takde pulak wartawan sibok. Tapi bila giliran si Raja Azmi, pandai pulak wat kecoh. Nampak sngt mcm wartawan2 ni pilih kaseh. Kalau yg tak suka tu, ade je bende yg di korek. Agaknya kaum2 wartawan ni bakal menjadi ahli neraka. Biarlah dia dengan kehidupan dia. Tak habis2 dia org ni cari kesalahan org. Bukannya Raja Azmi ni mintak duit wartawan pun….

    0

    0
  31. observer says:

    Mel…4.32…. Mel, it should be the other way round… You sepatutnya yg beli rumah and husband sediakan bende2 lain. Kalau jadi ape2 hal tak lama, dia tak boleh halau you dari rumah tu sb you yg bayar. Kene ingat bukan semua perkawinan kekal sampai bila2. Ni bukan niat nak ajar tapi ade sorang kawan mcm ni. Lepas beberapa tahun berkawin, laki dia halau je dia keluar dari rumah bila dia dah ade org lain. Pd hal perbelanjaan lain yg kawan saya keluarkan tu lagi banyak drp bayaran rumah tiap2 bulan. Sekadar mengingatkan je…

    0

    0
  32. fifi faraj says:

    Kepada org 2 yg prasangka buruk, aku tahu Eddie ni siapa ,nak tahu cite sebenarnya Eddie tak pernah usik duit Raja Azmi agak2 lah Eddie ni walaupun Raja Azmi dia nak bagi dia macam2 dia tolak sebab dia oun berkerja, yg saya tahu Eddie ni sanggup tinggal kan majlis 2 Raja Azmi semata2 mahu ketempat kerja iaitu bermain Muzik di Klang Lama Clib2 drg kebanyakan nya cina dan tak ambil peduli hal org lain, itu lah hakikat nya….kepada Olga hutang tu bayar lah jgn sedap jer mengata org ,,diri sendiri berhutang pastu tak nak bayar..

    0

    0
  33. fifi faraj says:

    lagi 1 Eddie ni duda kematian isteri, …jadi salah kah dia berkahwin dgn isteri yg lebih kaya dari dia? berdosa kah dia?lagi satu Mr Kangkung Ustaz kangkung kot citer panjang lebar pasal dayus2 ader terbukti Eddie ni pakai duit Raja Azmi? tunjuk kan saksi $ org yg nampak Eddie pakai duit Raja Azmi? Quran juzud berapa yg mengatakan dayus kalau kita kawin gan perempuan yg lebih kaya dari lelaki???? masih ramai mahlik Tuhan yg berfikiran sempit?

    0

    0
  34. fifi faraj says:

    kepada Mr Kangkung tu sedap jer awak tulis pasal aurat2 dan pasal sabda Rassullah,,awak periksa DNA awak gan Bapak awak sama tak? saya jamin mesti tak sama? pengalaman org2 yg buruk sangka ni selalu nya anak Yatim yg tak tahu asal usul nya ? mungkin Mr Kangkong ni anak kutip kot?

    0

    0
  35. Q says:

    Mr Kangkung ni macam sial betul!Dah banyak aku baca komen2 kau yg nak “berceramah” tak bertempat ni!Kalau kau tu bagus sangat,kenapa kau asyik di ruangan gosip ni?Pi mampuslah hipokrit!

    0

    0
  36. anon says:

    Salah ke lelaki kawini perempuan yg lebih kaya?? Bukan ke rasulullah dulu kawin khadijah yg lebih kaya. Seingat aku dulu nabi kita ni bekerja dgn khadijah kan sebelum dia kawin. So kalau dah tak suka kat Raja Azmi tu takyah cari kesalahan dia. Aku pun bukan peminat dia tapi sebagai manusia biasa, kita takyah lah nak benci kat sape2 yg kita tak even kenal pun. Bukan si Raja Azmi ni amik laki korang pun, yg sakit hati sngt kat dia. Wat dosa kering jer. …lts her money. She can do whatever she wants with it… So guys, just mind your own business.

    0

    0
  37. Kaka kaa says:

    hooray hooray hoorayy ~

    0

    0
  38. kaka kaa says:

    hoorayyy~

    0

    0
  39. fifi faraj says:

    Olga 2×5 gan Watie ,gaya mau tapi buat2 lupa.

    0

    0
  40. […] Kalau Saya Tanggung Suami Sekalipun, Itu Adalah Hak Saya – Raja Azmi (60) […]

    0

    0
  41. […] Kalau Saya Tanggung Suami Sekalipun, Itu Adalah Hak Saya – Raja Azmi (62) […]

    0

    0