Sempoi. Respek Abang Nara dengan Datuk Seri Vida yang begitu tenang menghadapi kritikan-kritikan yang dilemparkan kepadanya. Walaupun Fizo Omar mendakwa tweet yang ditulis tidak ditujukan kepada pengasas Pamoga itu, namun rata-rata para pengikut Gegar Vaganza menganggap pelakon itu tidak wajar menulis sedemikian. Iyerlah, Datuk Seri Vida habiskan juta-juta ringgit selaku penaja. Sekali sekala nak interframe apa salahnya kan?
Secara jujur, pada mulanya Abang Nara pun agak annoying apabila melihat keletah Datuk Seri Vida. Namun lama kelamaan rasa seronok pula. Kelakar pun kelakar. Orang kata, Datuk Seri Vida memang penyeri Gegar Vagana dengan aksi-aksi spontannya. Berkenaan tweet Fizo Omar, Datuk Seri Vida berkata:-
Pada malam Ahad lalu selepas berakhirnya konsert Gegar Vaganza, seorang rakan telah menunjukkan kepada saya entri tersebut ketika majlis sidang media.
Tetapi saya kata kepada rakan tersebut, mungkin ia bukan untuk saya. Tetapi, kalau benar pun ia ditujukan untuk saya, saya tidak kisah. Lagipun saya sudah lali dengan kritikan. Saya telan semuanya.
Nawaitu saya cuma satu…Saya hanya ingin berniaga dan mempromosikan produk saya. Saya dan produk tidak dapat dipisahkan.
Biar apa pun orang kata tentang saya, itu adalah diri saya. Jika orang faham tentang perniagaan, dia akan faham juga tentang strategi orang berniaga.
Saya sudah lama berniaga. Alhamdulillah produk saya laris selepas saya ubah cara promosi. Sambutan terhadap produk Pamoga dan Qu Puteh juga luar biasa.
Jika mahu berjaya, kita peru sentiasa tampil dengan kelainan dan berani membuat perubahan. Saya bersyukur kerana akhirnya produk saya diterima dan tagline “Qu Puteh, Qu Puteh..Barulah Puteh†juga turut meniti dibibir masyarakat. Alhamdulillah…mujur ada Pamoga
Kalau baca kisah hidup Datuk Seri Vida, memang macam-macam rintangan dan halangan yang perlu dilalui beliau sebelum sampai ke tahap ini. Rindu juga nak melihat kelibat beliau selepas tamatnya Gegar Vaganza 2. Namun tak perlu risau, kerana kalau tak silap Abang Nara, AJL30 turut sama ditaja oleh Pamoga. Sama-sama kita nantikan.