Kakak Norman Hakim Dakwa Orang Melayu Fikir Negatif Dan Cemburu

Hiburan

Kakak Norman Hakim Dakwa Orang Melayu Fikir Negatif Dan Cemburu

Orang cakap, majlis sudah siap, tetapi pahat masih berbunyi.

Majlis resepsi Norman Hakim dan Memey Suhaiza yang digembar-gemburkan bernilai RM 12 juta oleh pihak Rafflesia 28 September lepas menimbulkan kontroversi terbaru apabila kakak Norman Hakim yang bernama Norish Zaid telah mengeluarkan kenyataan tentang majlis tersebut, khususnya kepada chef terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan di ruangan komen portal berita MyNewsHub.

Advertisement

“Personally I felt a number of Chef Wan’s statements were a little bit too much. (Secara peribadi, saya merasakan beberapa komen Chef Wan sebagai agak keterlaluan). Especially ‘menyifatkan gaun yang dipakai Memey seolah-olah baru keluar dari mesin basuh & Setakat Berlian and pearls berjuta tu non of the pengantin can take the jewellery pun. Entah2 mlm ni jugak kena telanjang lepas tu Rafelessia ambil la balik simpan.’ IS ACTUALLY TOO MUCH”.

Sebenarnya kami agak pening dengan kesalahan tatabahasa Inggeris di komen tersebut, dan tertanya-tanya mengapa beliau tidak menggunakan bahasa Melayu saja.

Menurut Norish, mereka dan pasangan tersebut dilayan dengan baik oleh pihak penaja dan Rafflesia dari awal lagi memaklumkan bahawa majlis berkenaan sememangnya bertujuan untuk mempromosikan industri mutiara negara dan perkahwinan itu ke seluruh dunia.

They were actually served very well by Rafflesis’s group etc throughout the whole wedding preparation – In a Royal Suite for a couple of days & nights, no such thing as ‘diorang kena telanhjang terus, laa…!!!’….Rafflessia’s crews were all NICE PEOPLE specially selected to be the main SPONSORS…all the suits were taken care of perfectly well by the crews + the specially hired guards.

“I (as a concerned sister & as critical minded as chef wan—or may be more) had observed & analysed it myself…& we (family) were also made known earlier that the 12million is not actually for them, (kan dah buat completely dah 3 hari 3 malam di Tenggaroh) but for the WHOLE CEREMONY which is actually aimed to promote Malaysian Pearl Industry & Wedding to the whole wide world”

Seterusnya, menurut beliau:

“Norman & Sweet Memey r selected as their embassy after a number of job done & good record performed to this company long b4 this —tak salah kan? To help promote Malaysia? (see— MALAYs ..stop NEGATIVITY & jealousy-correct ur mind set, please!!!…(..or u r one of them after u’ve gone so far?” ujarnya mempersoalkan pihak yang mempertikaikan majlis tersebut.

“Correction-lagu tu, bukan lagu gereja….ahli choir tu, majority anak2 melayu kita dari satu club choir—- lagu2 tu, memang begitu syahdu; sedap (takkan nak nyanyi rock atau dangdut)….munkin Chef Wan nak lagu nasyid kot? atau tak pernah dengar Choir , kot? Dia hanya ingat choir hanya di gereja?.”

Pihak BeautifulNara ingin menampilkan satu artikel yang ditulis oleh pembaca kami (yang juga telah menulis kepada kami untuk memberitahu tentang kenyataan kakak Norman) yang menekankan beberapa poin yang gagal dilihat oleh kakak Norman Hakim berkenaan isu ini. Sila baca entri ini sepenuhnya untuk membaca tulisan tersebut.

  1. Isu yang ditimbulkan oleh Chef Wan dan orang ramai ialah nilai perbelanjaan majlis yang diuar-uarkan langsung  tidak menepati hasilnya. Kos perbelanjaan untuk majlis dilihat langsung tidak bernilai RM 12 juta, oleh sebab itu tidak dapat menandingi majlis perkahwinan mahal yang penah dilaksanakan sebelum ini oleh Dato’ Siti Nuhaliza misalnya yang majlisnya disiarkan secara langsung di TV3 dan majlis perkahwinan Mawi yang disiarkan di ASTRO. Apatah lagi majlis perkahwinan tersebut dicanangkan senagai ‘wedding of the year‘ oleh pihak penaja sendiri sejak awal sedangkan hasilnya belum kelihatan dan nilai yang tinggi itu sebenarnya bukan kos hangus untuk majlis. Bukankah lebih manis kalau gelaran ‘wedding of the year‘ diberikan oleh orang ramai? Ia seperti masuk bakul angkat sendiri bila penaja sendiri yang memberi gelaran tersebut.
  2. Chef Wan menggunakan ‘hyperbole‘ untuk menyampaikan satu maksudnya iaitu sut, gaun dan kasut tersebut hanya ‘dipinjamkan’, bukan diberi kepada pasangan yang ‘ditaja’ untuk mengatakan yang ianya satu ‘perbelanjaan’.
  3. Kenyataan untuk mempromosikan industri mutiara agak aneh kerana mutiara Rafflesia bukan diternak di Malaysia, sebaliknya dari negara China. Mungkin maksud beliau tajaan majlis resepsi tersebut untuk mempromosi industri mutiara China? Yang dijemput hanya 200 orang yang terdiri dari selebriti dan wakil-wakil media tempatan jadi kami tidak pasti dimanakah logik untuk mengatakan ianya untuk mempromosi mutiara Rafflesia ‘ke mata dunia’. Dan jika benar mahu promosi perkahwinan Malaysia ke mata dunia, bukankah lebih baik jika ianya menampilkan tema perkahwinan tradisional masyarakat Malaysia? Kami fikir adalah lebih baik Rafflesia memperbaiki laman web rasmi mereka yang ‘menyedihkan’ itu sekiranya mereka mahu dikenali di peringkat antarabangsa.
  4. Chef Wan tidak mengeluarkan kenyataan negatif tentang koir, malah beliau sendiri meminta pihak media untuk tidak mengkritik tentang persembahan koir.
  5. Isu-isu yang wujud di kalangan orang ramai juga ialah penampilan pengantin di majlis resepsi yang tidak seperti pengantin yang beragama Islam (gaun pendek yang mendedahkan). Ini bukan soal cemburu kerana ada majlis yang ditaja seperti majlis Mawi tetapi tidak menimbulkan isu yang sama.
  6. Satu lagi isu yang timbul dari suara orang ramai ialah menyatakan ianya majlis resepsi perkahwinan sedangkan dekorasi, sehingga ke kek telah direka untuk mempromosi Rafflesia. Norman dan Memey hanya seperti model yang menggayakan sut, gaun dan kasut yang dipinjamkan itu.
  7. Gaun Vera Wang yang digembar-gemburkan tidak seekslusif yang dijangkakan kerana ianya bukan gaun yang ditempah khas mengikut bentuk badan Memey seperti yang pernah dilakukan oleh Marion Caunter untuk majlis perkahwinannya sebelum ini. Gaun Vera Wang tersebut hanya dibeli dari butik Vera di Hong Kong, jadi orang tidak pasti jika ia ada beza dengan gaun Vera yang boleh dibeli dari eBay yang ada bernilai serendah RM 1,500 dan lebih cantik dari gaun yang dipakai Memey.
  8. ‘Embassy’ bermaksud ‘kedutaan’, kalau duta ialah ‘ambassador’.

Pada pendapat kami, kakak Norman sepatutnya tidak melenting apabila membaca kritikan Chef Wan, sebaliknya mengambil iktibar kerana pendapat beliau adalah amat rasional.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...