Written by AbangNara | March 11th, 2010

anak kembar ziana zain

Waduhhhhhhhh ~~~ Sedihnya kami baca cerita pengalaman Kak Ziana Zain melahirkan anak kembarnya yang cute mute tue. Rupa-rupanya Kak Ziana kita bertarung dengan nyawa semasa proses pemberanakan tue. Almaklumlah, bukan senang nak lahirkan kembar. Kalau nak lahirkan anak yang sorang pun dah sakit tahap maksima, inikan pulak anak kembar.

Dengar ceritanya, doktor bagitau yang Kak Ziana ada 50% peluang untuk terus hidup selepas melahirkan anak tue. Tambah mengerikan disebabkan tekanan darah rendah, pihak hospital terpaksa bagi 10 beg darah untuk cukupkan darah dalam badan Kak Ziana. Memang seram kan?

Alhamdulillah dengan izin Allah, Kak Ziana masih bernyawa seperti  yang kita lihat sekarang. Masa melahirkan si kembar, Kak Ziana terasa dunia ini gelap gelita. Masa itulah dia berdoa agar Allah memanjangkan umurnya agar dapat dia jaga anak kembarnya nie. Syukur pada Allah yang mendengar permintaan Kak Ziana.

Untuk pengetahuan peminat Kak Ziana, si kembar yang comel ini adalah anak terakhir buat Kak Ziana. Lepas nie dah tak ada dah. Dah cukup stok dah. Mungkin nak tumpukan perhatian kepada kerja-kerja Kak Ziana kot. Eh sebelum terlupa, kalau korang tak tengok lagi gambar anak kembar Ziana Zain, leh baca kat sini ye.

39 responses to Kak Ziana Hampir Pergi Tak Kembali Semasa Melahirkan Anak Kembarnya

  1. akulaa says:

    itulah pengorbanan seorang ibu..respek giler ngan ibu2 di dunia ni..mak .. saya syg mak.!!!!..huhu..btw..kak ziana tetap cantik dan nampak sihat..Alhamdullillah..

    0
    0
    • Rija|udDin uL-haQ says:

      Allah maha pemurah dan penyayang…Allah nak kita semua kembali taat kepada Allah, jadi hamba yang sentiasa melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang..
      .
      subhanallah….
      .
      apa pun kk zz…tahniah…cumel2 anak kk tue..

      0
      0
    • glue says:

      aku pun dilahirkan sebagai sebagai anak kembar…apa yang aku tau…lepas mak aku melahirkan aku dengan kakak kmbar, mak aku hilang banyak darah..kena tahan kat hospital lebih lama dari aku anak…sekarang mak aku dah takde..dah pergi buat selama-lamanya tinggalkan aku…

      0
      0
      • al-fatihah buat mak glue..

        0
        0
        • futuremagistrate says:

          Oh yeah?…aku mati2 ingt kak ziana wat pembedahan nak lahirkan anak dia…org zaman skang bukan dah guna epidural ker?…hmmm….selalunyer, kalo ader risiko, awal2 lagi pihak spital dah bgtau…tp naper nak diteruskan gak?…mmg ibu mithali betul lar kak ziana nie…tahniah kak ziana…

          0
          0
        • Rija|udDin uL-haQ says:

          takziah buat glue….terkejut aku baca crita ko…sedih..

          0
          0
        • Sengal says:

          Pergi tak kembali konon !! gitu la dunia artis .. takde sikit pun manfaat … yang dok popularkan diorang pasal apo beb??

          Diorang ni time sakit baru ingat Tuhan, time sihat buat maksiat balik..Bertudung pun tak mahu..

          Sudah lah ..meraban je baca gossip ntah ape ape ni..

          =====================

          download movie dan lagu kat sini : http://sengal.ning.com

          =======================

          0
          0
  2. fifie says:

    ish3…sedeynye….smga kak zz tabah

    0
    0
    • Rija|udDin uL-haQ says:

      tangisan kegembiraan….dunia jadi gelap?mcm org nak pitam tue ke…bahaya,leh pengsang n putus nyawa kalau Allah swt dah tetapkan ajal…

      0
      0
      • fifie says:

        marilah kte sume berbakti pd ibu kte slagi hayat mreka msh ade…sesungguhnya pergorbanan mrka sgt besar kpd kte..

        0
        0
  3. dila says:

    lahirkn ank kmbar ni bkn snang tau….mak kte ckp skt 2 kali..ble dh kuar sorg legala..tp skt yg kdua plak utk kuarkan baby yg kdua..btw i love u mom!!!

    0
    0
  4. manjalara says:

    kak ziana sbb itu la surga dibawah tapak kaki ibu, mengandung dan melahirkan.
    bygkan ibu yg melahirkan anak yg ramai, betapa beratnya ibu merasa kesakitan tu dan membesarkan anak2 dgn penuh kasih sayang.
    bak kata pepatah seorang ibu boleh menjaga anak yg ramai , anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu.

    ibu….kau lah permata hatiku, pengorbanan ku hanya lah utkmu

    0
    0
  5. Blood_Orchid says:

    Jd,gossip yg kuar kat paper cakap ade salah sorang artis yg baru melahirkan anak hampir maut (ke koma ek.aku pun dah tak berapa ingat) semasa proses bersalin tu kak ziana lah ek ?. alhamdulillah semuanya selamat .

    0
    0
  6. F I T says:

    besar pahalanya jadi seorang ibu yang melahirkan anak..dosa pun banyak yang gugur..BTW congratulation kak Ziana sebab selamat melahirkan baby-baby yang comey. dan selamat hari Wanita :)

    Tips Buat Freshie Nuffnanger! Jom Muhasabah Survey Nuffnang Korang!

    0
    0
  7. ViZard8 says:

    alhamdulillah..mmg besao pahala ibu, bertarung nyawa demi melahirkan nyawa yg lain TTP pergi jahanam la ibu2 yg membuang anak mereka di luar sana..

    0
    0
  8. eiyda says:

    Alhamdulillah…selamat..
    bersalin mmg menyeramkan ek..huhu

    0
    0
  9. LadyBlack00 says:

    aq ade gak adik beradik kembar…
    mak aq citer, time melahirkan yg kembarlah yg paling mudah…
    hrrmmm…ntahlah…lain org lain pengalamannya..

    skrg ni adik2 kembar aq (2 2 ompuan-kembar seiras)
    dorg dh kawen, dh ade anak sepasang dah…

    0
    0
  10. ibu sihat says:

    seronok melahirkan anak…aku pas dapat anak kedua..laki aku kate ” dah…dah…pasni jgn beranak lg..” laki aku kesian tgk aku tahan sakit…mmg sakit nk keluarkan satu lagi nyawa tapi indah tau jadi ibu…dan kepada semua yang nak beranak tapi tak mau bela anak..bagi kt aku…jangan buang…kalau nk buang jugak…cuba ingat time sakit n time pale baby lalu keluar…kalau degil jugak..meh aku pelempang skali.

    0
    0
    • fifie says:

      wakakaka klako la ibu sihat nih….hihi

      0
      0
      • Rija|udDin uL-haQ says:

        nih bukan isu kelakar pp…isu moral….ade otak tapi takde akal….anak dibuang camtu je..sian dia,elok2 sentiasa mendoakan syafaat, tapi tukar jadi laknat…

        0
        0
  11. princessbutterfly says:

    bila dgr cerita psal pengalaman org bersalin ni… terasa takut lah pulak…
    xnak r kahwin lau camtu…. x pun ambik anak angkat je nanti…

    0
    0
    • Rija|udDin uL-haQ says:

      ko nih apela princess…kahwin tue nikmat

      melahirkan anak tue nikmat

      menjadi ibu kepda anak kndung nikmat

      membesarkan anak juga nikmat

      bila dah mati, doa anak kandung yang soleh pula satu rahmat..

      kalau mak ko berfikiran cam ko,mesti ko tak lahir kan….

      0
      0
  12. kaykaygal says:

    eh kenapa tangan kanan k ziana macam ada melecur? plus kenapa make up dia sgt heavy, nampak mcm gelap sket? anything happened to her?

    0
    0
  13. Zaza Muhammad says:

    HAH!! so kpd kaum2 lelaki tlglah appreciate isteri atau bakal isteri korang sbb mereka bakal dan sanggup bertarung nyawa sbb nk lahirkan zuriat anda… kitaorg xmintak dimanjakan tp penghargaan yg ikhlas yg diharapkan…
    nk btulkan sket, klu berpain2 darah kena msk tu bknnye kes tekanan darah rendah beb, tu kurang darah, tahap HB atau hemoglobin lam darah kurang. sbb mase akak msk ward O&G ari tu, ade akak tu tekanan darah normal tp kena msk darah sbb kurang darah… beze tuh…

    0
    0
  14. yula says:

    mak bapak bole jg anak ramai
    tp anak bila dah besar kawen lupa makbapa
    aku mnta jngan la buat perangai anak xsedar diri.
    hubby aku nak cari duit bnyak2 takut nnti tua anak xmau jg

    0
    0
  15. sarra says:

    comel sungguh anak ziana zain…….mintak maaf ziana ingatkan ituhari hari kene air panas cedera biasa je tapi bila tengok gambar aduhhh teruk jugak melecur tu….semoga cepat sembuh

    0
    0
  16. supi says:

    x teringin nak tobat ke kalo dah jd mcm tu…

    0
    0
  17. ju says:

    syukur selamat tapi lg elok dia insaf cepat2 tutup aurat n dekatkan diri pada Allah huhu…tak perlula nak seksiseksa lagi…..

    0
    0
  18. day says:

    btol2…kalu da ampir2 btmu ajal, nape xd ape2 inisiatif nk b’ubah ek.. x smpai seru lg ke kalu da jd cmtu.. but, by the way, anak akak memang cute…semoga sihat dan bahagia

    0
    0
  19. Just me says:

    Harap saudara Nara berhemah sedikit apabila mengulas isu2 begini, elakkan penggunaan kata yg agak tidak enak didgr seperti ‘pemberanakan’, ‘masih bernyawa’ etc. Gunalah perkataan yg sedap didgr dan sejuk ati bila membacanya sbb pd sy ini adalah cerita pengalaman seorang ibu yang bertarung nyawa demi melahirkan bayinya ke dunia, dan bukannya gossip murahan jadi eloklah di ulas dgn bahasa yang agak sedap didgr.

    0
    0
  20. anakku says:

    apepun…
    itulah pengorbanan seorang yg bernama IBU..!!
    LOVE U MUM..!!

    KASIH IBU

    0
    0
  21. jane says:

    kurangkan mekap tu….heavy sangat …

    0
    0
  22. woohoo says:

    dah tu pakaila tudung, jangan menyanyi lagi, yang haram tetap haram….

    0
    0
  23. Fauziana says:

    elok lah tu….Allah bagi hidayah..setiap apa yang jadi teantu ada hikmahnya…Pilih lah jalan yang diredai sementara belum terlambat……

    0
    0
  24. bobi says:

    tu tnde tuhan suh tobat..tk sdor lg ke??

    0
    0
  25. wanrohanawanmohamed says:

    tahniah kak ziana dapat anak kembar. Allhamdulillah kak ziana selamat melahirkan baby kembar tu. Saya jugak punya pengalaman bersalin yang penuh dengan komplikasi semasa melahirkan anak sulung hujung tahun 2008. Dua minggu di tahan di wad. Selepas bersalin secara pembedahan kecemasas,saya di masukkan ke wad ICU kerana kehilangan banyak darah. 17 beg darah dimasukkan dalam badan saya. Peluang hidup ketika itu 50 50.

    0
    0