Written by Bella | November 30th, 2016

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Julia Ziegler yang bakal bernikah dengan cinta hatinya, Johan yang merupakan seorang jurutera kimia pada 1 Januari tahun depan. Julia menganggap ia permulaan bagi satu kehidupan baharu  buat dirinya.

Julia hanya akan mengadakan majlis pernikahan sederhana di rumah keluarga beliau di Kampung Baru. Majlis resepsi perkahwinannya turut diadakan pada hari yang sama dengan konsep “garden wedding”.

Saya pilih tarikh 1 Januari itu sebab hari Ahad, permulaan tahun baru dan permulaan hidup saya yang baru sebagai isteri. Majlis saya nanti akan diadakan secara sederhana iaitu di rumah saya sahaja di Kampung Baru.

Siang nikah malam resepsi. Konsep garden wedding. Majlis saya sehari itu sahaja termasuk dengan majlis pihak lelaki.

Yang penting bagi saya adalah kehadiran keluarga, saudara mara, rakan-rakan dan masa yang berkualiti bersama mereka. Saya mahukan kenangan bersama mereka di hari persandingan saya.

Menurut Julia, Johan adalah bakal suami adalah jodoh yang terbaik buat dirinya. Mereka sama-sama mempunyai sifat yang sempoi dan serasi bersama.

Sumber Berita : Media Hiburan

[jetpack-related-posts]

10 responses to Julia Ziegler Nikah Jurutera 1 Januari Tahun Depan

  1. MalasLayan says:

    yolah

    2

    1
  2. cik pah says:

    ingatkan ako mustapha tadi

    1

    1
  3. mak kuntum says:

    Fuyoooooooo..abang engineer kimia kening cekelat..

    6

    0
  4. jurgen klopp says:

    ok.

    0

    1
  5. Anonymous says:

    Bagus laaa. Harap lps kau menikah dgn habang hinjinier ,, kebijaksanaan habang tersebut terpalit sikit ke engkau. So,, kurang laaa sikit retis2 bimbo se-mesia. Okokok?? U godit ??

    5

    2
  6. Anymore... says:

    Oh JuruTera…Engineer
    terrrrbaca
    JuruTerbang…PiLot
    salah org lah…

    4

    0
  7. semoga berkekalan says:

    Tahniah Julia all the best…sama cantik sama padan tak perlu big wedding & dress yg perasan pun dah perfect..

    8

    0
    • Anonymous says:

      setuju.
      tak perlu kot big wedding & dress feeling2 bagai tuh
      buat ikut kemampuan aje sudah
      janji akad nikah yang penting
      btw tahniah lah ye n semoga mendapat perkahwinan yang sakinah mawaddah warohmah aamin yra….

      5

      0
  8. MAK JEMAH says:

    Lepas ni nak pakai bikini dah ade org tanggung dosa….. fuhhhh lega kan julia

    9

    0

Leave a Comment

Optional