Written by Bella | June 5th, 2017

Lama juga suami kepada Rozita Che Wan iaitu Zain Saidin tidak berlakon di dalam mana-mana drama mahupun telemovie. Ramai yang tertanya, adakah beliau mempunyai masalah ataupun merajuk?

Zain menerusi portal mStar Online menjelaskan beliau bukannya merajuk tetapi ingin memberikan fokus kepada perniagaan beliau yang jauh lebih lumayan pendapatannya. Zain akui bayaran yang diberikan kepadanya sebagai pelakon tidak setimpal.

Jujurnya berlakon hanya boleh kaya sementara tetapi dengan perniagaan pulangannya berlipat kali ganda cuma kita perlu berusaha keras. Saya bukannya merajuk atau bersikap ‘demand’ namun itulah realiti industri hiburan dan saya perlu lakukan perkara lain dan tidak hanya fokus kepada lakonan sahaja.

Kadang-kadang saya dipanggil memberikan ceramah selama dua jam bayarannya sama dengan hasil lakonan selama seminggu. Jadi anda nilaikan sendiri.

Walaubagaimanapun, Zain sebenarnya masih ingin berlakon dan terbuka untuk menerima sebarang tawaran sekiranya bayaran yang diberikan berbaloi.

Banyak pelakon baru yang muncul dan persaingan didalam dunia lakonan ketika ini agak hangat. Kadang-kadang sukar untuk pelakon yang sudah lama berada didalam industri untuk cari makan. Apa-apa pun, langkah Zain untuk menceburi bidang perniagaan adalah yang terbaik untuk mencari rezeki yang lebih berbaloi.

Sumber Berita : mStar Online

15 responses to Jujurnya Berlakon Hanya Boleh Kaya Sementara – Zain Saidin

  1. melati says:

    Memang lah tak kaya kalo Berlakon mcm Fattah (Kayu)….tgk Pelakon sebelom ni Awei , Erra Fazira & seangkatan dgn nya @ Terdekat Shamsul Yusof ..kaya jew semua..!!! Lain lew ko Zain Saidin ikut Telunjuk Bini…Bini ckp Berdiri ko berdiri …hahahahahaaha…Statement yg memalukan diri sendiri Zain Saidin..!! Pompuan yg Kaya2 ni kalo dia nk Buang Petik jari jew Contoh ( Dato V )…kikiki..pikir sendiri lew Zain Saidin . betul lah kater Pepatah Dr Keluarga Miskin bila ader Duit skit Lupa Daratan…wakakaakakakakaaaa

    4

    5
    • wekkkkkkk says:

      Awie, Erra…byk blkon filem..mmg kaya..lagi myanyi buat $ gak.
      Shamsul Yusof…jgn cite le “Melati”…anak sapa dia ni.
      ZS ni blakonpun mana ada bakat sgt dn popolr, popolr sbb Oh My Eng..tu je. Lagi2 skrg dh ada bisness, jgn lh kata “blakon x leh kaya”., sbanrnya blakon pun boleh kaya jika x pilih memilih..dn bykkn buat sedekh, msti rezeki byk msuk.
      Apa2 pun “akupun boleh kaya” nak berniaga,ika bapak aku jual ladang kelapa sawit ada 20 ekar dn pokok masih muda , dn sawah 20 ekar, tanah yg buat padi subur…tapi bapak x kasi. Katanya cari duit sendiri, jgn sskali jual tanah.
      wekkkkkkk.

      4

      0
      • Anonymous says:

        memang betul apa dia cakap. duit harus dilaburkan. mcm dato vida dan aliff..mereka jana duit bukan dari jualan kosmetik semata-mata tpi investment dan pelbagai portfolio. korang kena tahu mcm mana duit tu bergerak. dato aliff syukri ada terangkn ni semua dlm dia punya video dulu..

        6

        0
        • Jemah says:

          betul2.. kalau tidak si fattah amin x jual buku laaa bang oiiiii. lain la ko level2 shah ruk khan di bolywood. industri filem mereka besar. kalu setakat berlakon jdi cikgu..berapa sngt la.

          2

          1
        • Donald Trumpet says:

          Bernas! Kalau nak selamat, pastikan kadar faedah pinjaman yang korang buat lebih rendah. Ini supaya hutang tu, x makan pulangan pelaburan. Pelaburan ni macam2 na. Saham, Unit Tust, hartanah, Stock Exhange, dll…terpulang pada kadar risiko yg mana korang pilih. Jangan main skim Pak Man Telo atau Piramid dah..tu semua xleh pakai. Melayu2 suka melabur dlm skim yg karut2.

          3

          0
      • Badrul Hisham says:

        xpayah nk sgt kelentong naaa. ziana zain, awie semua tu ingat xde investment kew. ingat lagi ziana zain waktu nk kawin dulu kawin aku kerja bank. dia cakap ziana zain beli mercedes cash dik non. aku tanya mcm mana? utk mencapai kebebasan kewangan, korang haruslh myimpan 10% dpd pendapatan. setiap tahun mesti gaji naik kan? jika gaji naik, tambahkn wang simpanan korang setiap bulan. jika dsimpan saja, duit korang tk cepat btambah..duit tauke balak pun akan habis lama kelamaan.

        1

        0
    • dato says:

      bidang lakonan ni singkat masanya. mcm juga dengan bidang modelling…short life cycle…bakat dan muka2 baru bersilih ganti. sbb tu byk retis2 pompuan x kisah rampas suami org. sebgai safety net…

      2

      0
    • minah jambu suka saahara yaakop says:

      kerja keras usaha tanga kejayaan…

      0

      0
  2. melati says:

    Dato Rosyam Nor… Berlakon hasil titik peloh sendiri dh ader Ladang sendiri….hihihi…lain lew ko Zain Saidin pelakon Bas Sekolah…memang lew kaya sementara , sekolah Cuti jew Takder Job..!! pastu Harap kan Bini…Contohi Dato Rosyam Berlakon & Hasil titik peloh sendiri…hmmmm

    4

    3
    • Anonymous says:

      mengarut sungguh. dato rosyam pun ada production house..main MLM. titik pelok jubur hang.

      4

      0
    • nice says:

      Muka mcm dia xsesuai sgt berlakon dalam Malaysia, dia kena pergi dekat Indonesia, baru muka stock2 dia nie laku, hahaha

      2

      0
  3. Anonymous says:

    che ta kira good investment kau la zain, ikut je baju boria yg che ta mau, nnt x pasal2 kena kick mcm datuk vida kick laki dia … ikut ckp bini ye

    5

    0
  4. nenek says:

    blakon sebagai batu loncatan aje. bila muda jadi heroin…besok tua2 jadi hantu.
    anyways..rindu ecah…geram mcm nk gigit tengok gelagat dia.

    2

    0
  5. Kak Salasiah says:

    bagus zain ada business kasut sendiri. bukan mcm retis lain..main MLM..lepas tu lingkup…cakap “bukan saya yg bertanggungjawab”. mula2 ko jugak yg promote. buat la business cara islam, halal dan ikut syarat. goodluck zain.

    10

    0
  6. nona says:

    Ha’ah zain.. elok ko beniaga je.. rasanya nak harap producer bagi bayaran mahal utk belakon mmg tak kan la kot..dah belakon mcm kayu..nak mahal camana? Aku suka komen sape ntah cakap muka dia ni laku kot klu kat indon ke..pilipin ke.. drama2 sinetron gitu.. klu kat malaysia ni aku x dpt bygkan la dia jadi hero..muka x macho.. jadi sinikal..muka macam budak.. memang tbayang dia jadi mr middleton je la.. hikhik..
    Selamat beniaga zain..semoga dimurahkan rezeki dan sangkal dakwaan awak kena tanggung dek bini..
    P/s: org panggil dia ceramah utk apa ya? Hmmm

    0

    0

Leave a Comment

Optional