Written by Bella | August 31st, 2015

Umum mengetahui bahawa aktres Jue Aziz kini sudah berhijrah dan tampil dengan imej bertudung yang membuatkan beliau kelihatan lebih manis dan jelita.

Bakal muncul dalam filem Kapsul yang bakal ditayangkan tidak lama lagi, Jue bagaimanapun mengakui merasa malu apabila melihat kembali babak beliau telah dirogol oleh tentera Jepun didalam filem itu.

Skrip filem ini sudah agak lama di tangan, namun ia senyap begitu saja hingga pada tahun 2013, produksi menawarkan kembali watak Fatimah. Sudah tentu saya tidak mahu melepaskannya kerana saya sudah jatuh cinta sejak pertama kali membaca skripnya dulu.

Walaupun babak membabitkan Fatimah tidak banyak, tetapi ia meninggalkan kesan yang cukup mendalam terutama apabila dirogol oleh tentera Jepun. Sebenarnya saya malu untuk melihat kembali babak itu kerana ketika penggambaran, saya masih belum bertudung.

Jue pada masa yang sama menjelaskan keputusan beliau untuk berhijab lahir ikhlas daripada hatinya sendiri tanpa desakan mana-mana pihak. Pintu hati Jue terbuka untuk menutup aurat apabila beliau bermimpi tentang arwah ayahnya.

Kami faham perasaan Jue Aziz yang memang malu apabila babak sebegitu di pertontonkan selepas beliau kini sudah membuka lembaran baru dalam hidupnya. Tapi kami harap tiada pihak yang mencetuskan kontroversi kerana seperti kata beliau ia di lakonkan ketika beliau belum bertudung lagi.

Sumber Berita:  Berita Harian

[jetpack-related-posts]

12 responses to Jue Aziz Malu Tonton Semula Babak Beliau Dirogol

  1. minah jambu says:

    jangan la gitu jue..

    0

    0
  2. melati says:

    malu malu kucing…tapi payment amik…menggong..

    0

    0
    • mel says:

      Dia dah berlakon tahun 2013, of course la payment dah amik. Sapa yg bengong sekarang?

      0

      0
    • damai says:

      ini dia acting time dulu, baru skg masuk panggung wayang. so nak buat mcm mana, dah cukup bersyukur dia berhihrah pada kebaikaan, sape bengong skg

      0

      0
  3. Alhamdulillah says:

    Alhamdulillah di atas kesedaran itu. May Allah bless you. Aamiin.

    0

    0
  4. Kakimuvee says:

    Takleh suruh LPF potong babak tu ke? Mesti boleh kan :)

    0

    0
  5. mojo says:

    Ingatkan malu jadi artis.acahcah malu nengok kena rogol.dah sedap malu plak.

    0

    0
  6. minah jambu says:

    benda dh terjadi ape yg nk di malukn cool la ..

    0

    0
  7. Anonymous says:

    Dis malu pasal iman. Org yang betulbetul beriman/berhijrah pasti malu dengan dosa lampau. Sedangkan sahabat Rasulullah lagi malu, menyesal & menangis kalau terkenang dosa mereka, padahal mereka sudah dijanjikan syurga. Alhamdulillah. Semoga istiqamah jue <3

    0

    0
  8. mojo says:

    Pakai tudung gantung j.berhijrah…artis.

    0

    0