Written by AbangNara | August 13th, 2015

Yeah!!!! Berita gembira untuk para pembaca BeautifulNara terutamanya yang gila tengok wayang. BeautifulNara dengan kerjasama Warner Bros. Pictures akan mengadakan sesi tayangan filem Hitman: Agent 47 untuk anda semua. Filem Hitman 47 ini bakal bakal ditayangkan di Malaysia pada 20 Ogos 2015 tetapi untuk pembaca BeautifulNara, kita akan menontonnya lebih awal iaitu pada 18 Ogos ini. Bolehlah bangga dengan kawan-kawan dapat tengok filem awesome ini lebih awal berbanding orang lain.

hitman agent 47

Hitman: Agent 47 dibintangi oleh Rupert Friend, Zachary Quinto dan Hannah Ware, filem aksi ini mengisahkan seorang pembunuh upahan yang bekerjasama dengan dengan seorang wanita untuk mencari ayahnya dan membongkar salasilah kehidupannya. Ala kalau korang pernah tengok filem Hitman sebelum ini, pasti korang boleh agaklah cerita nie camner. Yang penting best. Info tayangan untuk anda semua:-

Tarikh: 18 Ogos 2015
Tempat: GSC 1 Utama
Masa: 9.00 malam

Kali ini Abang Nara ada beberapa cenderahati premium daripada filem ini untuk diberikan kepada anda seperti dompet, keychain, buku nota, t-shirt dan sebagainya. Jadi pastikan korang isi sekreatif mungkin borang di bawah. Pemenang dipilih berdasarkan kekreatifan. Kalau boleh cerita sikit tentang rahsia anda yang tidak pernah diketahui orang lain. Barulah terasa macam agent!!!

hitman agent 47
hitman agent 47

Untuk makluman, tiket akan diberikan pada hari tayangan dan tempat duduk adalah berdasarkan first come first serve. Anda cuma perlu bawa kad pengenalan anda sahaja untuk pengesahan. Selamat mencuba. Kita jumpa 18 Ogos nanti.

3 responses to Jom Tonton Filem Hitman: Agent 47 Bersama BeautifulNara Pada 18 Ogos Ini

  1. Antu Wayang says:

    Berlakon di Singapore!!!!!!!! “Krrish” Hritiik Roshan pun!!!!! Since aku ni antu movie, will include this movie to watch. Baru je selesai tengok “Selfie”, “Warewolf dari Bangladesh”, “Wild Card”, “Black Hat”,” Avengers Grimm”. Yang aku recommend utk tonton “Wild Card” & “Black Hat” je.

    0

    0
  2. Antrax says:

    dah berapa kali dah join contest abang nara tapi tak pernah menang. nasib baik menang contest kat Budiey.com dapat juga la aku tengok HITMAN ni. memang best gila la wohoooo!! nah review :) http://goo.gl/60mKmm

    0

    0
  3. sofian says:

    Abang Nara, nak Tshirt! :)

    0

    0