Written by AbangNara | April 18th, 2012

Bila sudah menjadi seorang ayah, barulah Abang Nara faham betapa sukarnya untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang berjaya. Terkagum sebentar apabila memikirkan ayah dan ibu Abang Nara dapat mendidik 7 orang anak mereka di zaman yang penuh mencabar ini. Lagi-lagi zaman dahulu mana ada seminar seperti yang dianjurkan di bawah ini.

Dengan segala hormatnya anda semua dijemput untuk menghadiri seminar Anak Soleh Anak Cemerlang (ASAC) anjuran Biro Wanita ISMA Gombak dan KL yang akan diadakan dalam masa 3 hari sahaja lg!!! Maklumat lanjut adalah seperti berikut:
Tempat      : Dewan Syarahan, Masjid Negara
Masa          : 8 pagi -1 ptg
Tarikh        : 22 April 2012
Hari            : Ahad
Barisan penceramah yang sangat berpengalaman akan berkongsi dengan anda tips-tips bagaimana untuk melahirkan Anak Soleh Anak Cemerlang. Barisan panelis dan penceramah ialah:
·  Dr Fadilah Ashari– Doktor perubatan di Klinik Iman, Seremban dan AJK Biro Wanita ISMA Seremban – berpengalaman dalam membesarkan anak-anak yang semuanya berjaya dalam bidang masing-masing
·  Puan Mazlina Karim – Merupakan pengasas Islamic Parenting Network juga terkenal dengan penulisan blog tentang cara mengajar anak-anak kecilnya menghafaz al-quran. Kedua-dua anaknya berjaya menghafaz 30 surah dari juz Amma sebelum berumur 3 tahun lagi. Lawati blog beliau di darwishndarwisya.blogspot.com
·  Puan Noorzaimeen A Kadir  –  Pemegang Ijazah Sains Computer dari Amerika Syarikat,  mempunyai 7 orang anak dan 3 orang cucu yang mana semua anak-anak mampu menjadikan rumah sebagai baiti jannati
·  Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar  –  Pensyarah Perubatan & Ketua Jabatan Sains Perubatan 1, Fakulti Perubatan & Kesihatan, USIM, AJK i-Medik ISMA – mempunyai 6 orang anak dan berpengalaman menjadi penceramah program lepasan PMR dan program motivasi pelajar-pelajar perubatan di Mesir dan Jordan.
·  Mejar Hj Mohamad Muntaha bin Hj Saleh – Pegawai Staf Agama Markas 4 Divisyen Kem Wardieburn, berkelulusan BA Usuluddin dari Universiti Al-Azhar & Diploma Psikologi Kaunseling, UKM.
Berikut adalah aturcara pada hari tersebut:

0800   Pendaftaran peserta
0830   Ucapan Ketua Wanita
0845   Ucapan YDP ISMA dan Perasmian
0900   SLOT 1 : Kembara Sang Juara
1000   Tayangan Multimedia
1015   SLOT 2 : Wahai Ummi…Ajarilah Daku Al-Quran…
1130   SLOT 3 : FORUM – Pengaruh Media Terhadap Pembentukan Sahsiah Anak-Anak
1300   Penyampaian cenderahati dan penutup

Yuran penyertaan hanyalah RM30 seorang. Diskaun RM5 akan diberikan bagi pendaftaran secara berpasangan (suami isteri) atau berkumpulan (minimum 5 org).

Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama dengan barisan panelis yang sangat berpengalaman di atas! Sila layari http://www.ismagombak.net/archives/1149 untuk pendaftaran atau hubungi AJK Pendaftaran dibawah untuk sebarang pertanyaan lanjut:

1.       Haliza – 012 2341478      
2.       Haniza – 019 2761406    

Yuran penyertaan boleh dimasukkan kedalam akaun Maybank 162107008992 atas nama saudari Safura Izyani Kamarudin dengan maklumat berikut:
<bayaran ASAC/Nama Penuh/No. IC)

Rasululullah pernah bersabda:
“Memberi ilmu ketika masih kecil, laksana melukis di atas batu!”
(Riwayat Baihaqi dan Thabrani).
Tempat terhad..Daftarlah segera!!!
Penampilan khas oleh Wan Nor Mazuani (Naib Juara Solehah) 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.