Written by AbangNara | May 14th, 2015

Badminton. Semua rakyat Malaysia menggemari sukan badminton. Malaysia juga sering melahirkan pemain badminton berkualiti tinggi seperti Rashid Sidek, Misbun Sidek dan sekarang ini, Lee Chong Wei. Sebelum ini kalau buat filem tentang sukan, pasti bola sepak yang menjadi tema. Namun filem Full Strike ini menggunakan badminton sebagai latar belakangnya. Menarik kan?

filem full strike

Diarahkan oleh Derek Kwok yang berjaya memungut HK25 juta menerusi filem arahannya sebelum ini (As the Light Goes Out), Full Strike dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Josie Ho, Ekin Cheng, Ronald Cheng, Edmond Leung, Wilfred Lau, Tse Kwan-ho, Susan Siu dan Andrew Lam. Filem ini menceritakan kehidupan Ng Kau-sau (dilakonkan oleh Josie Ho), bekas pemain badminton elit yang telah berputus asa dengan sukan tersebut selepas ditendang keluar. Namun dengan bantuan daripada bekas-bekas penjenayah, Sau berazam untuk kembali ke zaman kegemilangannya. Mampukah Sau kembali hebat di gelanggang badminton?

Filem Full Strike ini akan mula ditayangkan di pawagam GSC bermula hari ini 14 Mei. Bersempena dengan itu, Abang Nara dengan kerjasama GSC mengadakan satu contest untuk pembaca BeautifulNara, terutama yang gemar bermain badminton. Bukan calang-calang hadiah yang bakal diberikan. Hadiahnya ialah set barangan badminton jenama Li Ning bernilai RM3,000. Fuh!!! Abang Nara pun rasa nak join contest nie. Antara hadiah yang ditawarkan ialah:-

filem full strike

raket nie pernah dipakai oleh world champion satu ketika dahulu

filem full strike

senang nak bawak raket dalam beg nie

filem full strike

beg nie lagi awesome

Ok dah teruja kan? Mesti semua nak menang raket tue kan? Rileks. Ikuti langkah di bawah untuk menyertai peraduan Full Strike ini:-

1. LIKE Facebook GSC Movies dan BeautifulNara
2. Tulis satu karangan ringkas “Pemain badminton kegemaran saya ialah….”
3. Hantarkan karangan anda ke contest[at]beautifulnara.com dengan menggunakan email Facebook anda.
4. Di dalam email tersebut buatlah kata-kata pujian kat Abang Nara untuk meningkatkan peluang kemenangan
5. Tunggu balasan email sekiranya anda dipilih jadi pemenang.
filem full strike

Selamat mencuba!!! Jangan lupa ke pawagam GSC berhampiran anda untuk menonton filem Full Strike bermula hari ini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 responses to Jom Sertai Peraduan Filem Full Strike, Menangi Barangan Li-Ning Bernilai RM3,000

  1. neelofa cantik sgt says:

    1st laa…

    0

    0
  2. Herman Tino says:

    Cuba tengok screenshot Youtube kat trailer dia tu. Baca subtitle dia..ahhahah..
    I quote, “F*ck you t*ts! You d*mb c*nt!”

    …lawak.

    0

    0
  3. aku says:

    abg nara…contest anjuran abg nara dgn zalora sblm ni da ada pemenang ke? lama daa sy tggu result nyer…

    0

    0