Written by AbangNara | August 22nd, 2011

Mamee Monster ~~ Salah satu snek kegemaran masa kecik-kecik dulu. Siapa sini tak pernah makan Mamee? Kalau korang tak pernah makan, memang korang dah terlepas salah satu nikmat dunia. Bungkusan Mamee Monster kecik je tapi kelazatan dia. Pergh ~~~

mamee monster

Rupa-rupanya, dah 40 tahun brand Mamee nie berada kat Malaysia. Umur Abang Nara pun baru sweet 28. Kiranya sebelum kewujudan Abang Nara di muka bumi, produk Mamee dah lama memenuhi perut-perut rakyat Malaysia. Dan paling penting, produk Mamee sememangnya diiktiraf HALAL oleh JAKIM daripada dulu sehingga sekarang.

mamee monster

Kalau anda masih kurang yakin, sila pergi ke laman web JAKIM dan taip “PACIFIC FOOD PRODUCTS SDN BHD”. Daripada situ korang boleh tengok full list produk-produk Mamee yang diiktiraf halal oleh JAKIM. Kiranya anda boleh mengunyah Mamee Monster tanpa keraguan lagi selepas ini sebab status halalnya memang sah lagi nyata.

mamee monster

Banyak produk-produk Mamee yang memang lazat, rangup dan sedap dimakan bila-bila masa sahaja. Feveret Abang Nara sudah tentu snek Mamee Monster yang original. Kalau kunyah time tengok TV memang feeling. Sedar-sedar dah habis. Antara produk Mamee lain yang best-best ialah:-

mamee monster

Mamee Double Decker turut menawarkan makanan ringan serta minuman lazat dan menarik, seperti Mamee Instant Noodle, Mister Potato, Corntoz, Mamee Monster, Double Decker, Smax, Funkees, Cheers Asian Drink, Cheers Carbonated Drink,  Fruit Nation, Liteyo Yogurt Drink & Nutrigen. Semuanya best-best dan sangat sedap.

Dan bersempena dengan bulan Ramadhan dan hari Raya yang bakal menjelma, Mamee Monster berbesar hati untuk membantu Abang Nara mengadakan majlis berbuka puasa dan penyerahan barangan raya kepada anak-anak yatim di Rumah Rumah Amal Limpahan Kasih pada 22 Ogos ini. Dekat je eh tempat dia dengan rumah sewa Abang Nara. Area Puchong je.

mamee monster

Ada sesiapa rasa nak join Abang Nara untuk turut serta bersama Mamee Monster di majlis berbuka puasa nanti? Lagi ramai join lagi bagus kot. Mana tahu nanti pihak Mamee nak taja buat rumah terbuka raya pulak. Tak gitu? Di bawah ialah alamat Rumah Amal Limpahan Kasih. Kalau berminat untuk pergi, silalah tinggalkan komen di bawah ye.

Rumah Amal Limpahan Kasih, 49 Jalan Bp11/3 Bandar Bukit Puchong, 47100 Puchong, Selangor

Jumpa anda di sana~~~Info lanjut di Facebook Mamee Monster.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

56 responses to Jom Berbuka Puasa Dengan Anak Yatim Bersama Mamee

  1. Selitan says:

    Niat tidak selalunya menggambarkan tindakkan yang baik. Selain dari mengambil kesempatan untuk mempromosikan dan mengukuhkan jenama makanan segera yang tidak berkhasiat, apakah kesan jangka pendek amalan berbuka puasa dengan jenama ini berbaloi dengan kesan negatifnya pada jangka panjang? Tidak perlu diterangkan kesan negatif kepada semua kerana semua sedia maklum akan kesan buruk makanan segera ini.
    Tetapi, sepatutnya blogger nara ini sendiri faham dan memainkan peranan untuk mempromosikan makanan yang baik untuk kesihatan pada kanak-kanak dan ibu bapa kanak-kanak yang berkunjung ke blog anda dan bukan bersikap seperti kapitalis yang hanya mahu menjana keuntungan melalui pengiklanan.

    0

    0
    • kechik says:

      ko nie selitan kecoh sgt la..

      0

      0
    • AbangNara says:

      budak budak tak baca kot blog nie. mak budak yang baca kenalah jaga pemakanan anak mereka. tak gitu?

      0

      0
    • ermm says:

      apa la salahnya nak taja even makanan ringan pun..bukan makanan haram pun..dah makanan kesihatan xde sape nak taja..selitan, ko jela taja ok??? sesuka hati je ckp bang nara jana untung..ko tau ke dia nak jana untung semata2?? di buatnya niat dia baik, ko x pasal2 dpt dosa..

      0

      0
    • Selitan The Returns says:

      Pertama sekali saya ingin memohon maaf dari pembaca dan saudara Nara sendiri akan komen saya semalam. Tetapi, sebagai seorang manusia yang tidak hidupnya membaling batu dan sembunyi tangan, ingin sekali lagi saya perincikan maksud saya sebenarnya.

      YA, tidak salah untuk mana-mana badan atau mana-mana pertubuhan untuk mengadakan majlis amal kepada golongan yang kurang bernasib baik. Sebagai manusia kepada manusia, wajib kita membantu mereka ini yang mengalami kesusahan. Tetapi apa yang ingin saya cetuskan di sini, ialah… kegusaran akan jenama makanan segera ini menjadi KELAZIMAN kepada kanak-kanak terbabit.

      Kita sedia maklum bahawa, makanan segera ini tidak bermanfaat baik kanak-kanak ataupun mana-mana golongan individu. YA, sekali sekala tidak mengapa. Tetapi yang bahayanya apabila ia menimbulkan satu perasaan berupa KELAZIMAN dan seterusnya merubah mental golongan sasaran menjadi satu tabiat yang berpanjangan. Itulah kesan jangka panjangnya.

      Tanpa kita sedari, kita juga telah menjadi mangsa kelaziman. Contohnya, cuba perhatikan ayat di bawah:

      “Woi, Pak Ali! Selama ini pun aku hormat ngko pun sebab ngko bapak kepada bini aku! Ngko kan dah tahu, aku hari-hari datang minum MINUMAN MALT COKLAT AIS kat kedai ngko, yang ngko hantar teh ais ni buat aper…!!!????”

      Soalan; adakah kita akan menyebut MINUMAN MALT COKLAT AIS atau jenama minuman tersebut?

      Itulah satu bentuk KELAZIMAN yang seterusnya akan menjayakan usaha penjenamaan jenama tersebut…

      Adalah satu perkara yang amat mendukacitakan sekiranya golongan yang masih mentah ini telah menerima KELAZIMAN yang berupa makanan yang tidak berkhasiat. Maaf zahir dan Batin. Wallahualam~

      0

      0
      • rooney macaroni says:

        bukannya dorang berbuka ngan mamee la…berbuka macam biasa la makan makanan berkhasiat..cuma yang taja ni adalah syarikat mamee..dan pada masa yang sama, dorang bagi la sikit produk dorang..jangan lah kusut2 kan fikiran…kedai makanan segera lain macam Mcd, kfc, n etc, x pulak kecoh..adehhh..mamee je pun..alahai…

        0

        0
        • telalu bnyak selut says:

          selitan adalah seorang yg skema..bnyak sgt bpikir bnda yg xplu bnyk pikir..wasting current

          0

          0
        • bepang says:

          hg klu perintah negara ni, jahanam negara ni. Org yang hidup nak seronok x ingat nak kawen, ada anak, mcm hg lah. Pikiran pendek,

          0

          0
    • i HATE BN says:

      biase la tuh… tgk la muke dia tu camne.. unhealthu face… sbb mkn mamee byk sgt kot…

      0

      0
  2. bunga kiambang says:

    Saya setuju dengan Selitan tetapi tak salah sekali-sekala berbuka bersama Mamee. Cuma kita perlu kontrol dari segi kekerapan mengambil makanan segera ni sebab memang keropok tak kira apa jenama kurang berkhasiat dan baik untuk masyarakat sejagat khususnya kanak-kanak.

    0

    0
  3. tokjanggut says:

    lol Selitan, abang nara nak ajak pergi buka puasa dengan anak yatim je, cepat melatah betul ZzZzz

    0

    0
  4. makoi says:

    Mak oi….bersepahnye rumah ko NARA!!! tu lah duk bergossip siang malam pagi petang, rumah pun mcm tongkang pecah. Bini ko pun mesti pemalas kan.

    0

    0
    • ummi says:

      ko saje je nak provoke si nara ni kan. ok je ku tengok rumah dia.

      0

      0
    • makoi says:

      of course la ko ckp OKAY sbb ko pon rumah lebih bersepah dari tu…LMAO

      0

      0
    • zack says:

      makoi ni mesti jenis berlagak orgnye..xpon jenis suke menunjuk2..jiran aku sebijik mcam makoi…pg je rumah org lain, kutuk rumah tu bersepah..itu xkena, ini xkene..pathetic gler..

      0

      0
    • ek eleh says:

      mcm la umah ko BERSIH sangat… ni mesti pompuan kes jeles nak kawen ngan nara n nara tak amek ko jadik bini dia..tu yg ko pi kutuk wife nara tu..ape punya orang la ko neh

      0

      0
    • makoi says:

      Rumah org melayu selalunye mmg bersepah mcm rumah Nara ni. Rumah yg paling xde sistem rumah org melayu la. Konsep dah la buruk. Eh kawin dgn NARA??? xmau la aku…banyak jerawat batu hahahaha. Bini die tu betul ke nak kat die? ke nak kat duit die je?

      0

      0
  5. alololo..comey bang nara posing hihi:)

    0

    0
  6. maggi says:

    Brape la pihak mamee bayar kat abang nana ni kan? :)

    0

    0
  7. kiah says:

    ok la 2 abg nara ade usaha nak cri duit.. prmoto pon slh .. ape da .. bkn mtk sedekah pon

    0

    0
  8. AbangNara says:

    Hallo semuaa..

    Biasalah rumah x sempat kemas. Bz sikit lepas kahwin. Sibuk bersukan. Hahaha.

    Oh ye btw takkanlah nak makan Mamee tiap-tiap masa macma makan nasik. Pepandai la makan kan?

    And Abang Nara baru balik tadi dari berbuka puasa anjuran Mamee. Sangat bagus. Anak-anak yatim pun sangat happy.

    Good job Mamee. Harap lebih banyak syarikat korporat buat inisiatif sebegini

    0

    0
    • cik len says:

      yang dok marah2 tu,dorang jeles kat abg nara je tu.. sebab tak dipilih oleh mamee jadi duta… hahahha…

      0

      0
    • zack says:

      sukan, jgn xsukan nara…pagi petang siang MALAM bersukan, baru makan mamee byak2 pon xde efek…hahaha

      0

      0
    • owrenfreak says:

      ala, td ke abg nara? baru ingt nak join, xde rezki la mcm ni. owren dduk puchong jgk. laen kali ade event bgtau awl2 ea. owren da lame jd silent reader/pminat.

      0

      0
  9. wawa says:

    salam en nara..comment ni xde kene mengena dgn tajuk diatas he3..sbb xtaw nk salur katne..em nk tanye en nara psl personal..he3..eh awk dok mane ek?sy ade nmpk awk wif ur wife kat kwsn pangsapuri sy..waktu tu ada berlaku kebakaran ..wife awk gojes ek..ms tu awk pki bju melayu lite blue (kalu x silapla) n ur wife pki kaftan wone putih..rase2 ye doh awk 2 org tu kan2..

    0

    0
    • AbangNara says:

      ya tepat sekali. adakah anda orang yang kami tegur semasa kebakaran tadi? wahhhhhhhhhhhhhh. napa tak tegur balik. hehehe

      0

      0
      • wawa says:

        he3..bukn..tpi sy adela nmpok both of u bersalam-salaman dengan satu couple husband n wife..sy nmpok dri tingkap rumah kat blok yg terbakar tu..berdepan jer dengan awk denduaorg..klu x sy da tegur dh en nara..slalu ikut blog awk..silent reader jerrk..k..selamat menjadi jiran sekawasan yerrkk..wahh x sangkanyer blogger yg sy dok slalu follo ade dekat jerrk ngan sy..

        0

        0
  10. nara,
    aku baru je baca blog ko nie.. rupanya hari ni ek.. tadi ada buka pose dgn nuffies lah…

    lain kali klu ada lain aku ikut join lah

    0

    0
  11. Famili Ceria says:

    isy..mana elok makan Mamee banyak2…

    0

    0
  12. halalan toyyiba says:

    abg nara.. bukan mamee ada DNA.. b**i ker.. kalau salah tlg betulkan..

    0

    0
    • Liyana says:

      Sila rujuk website Jakim atau anda boleh minta untuk tengok sendiri sijil Halal yang Jakim keluarkan kepada pihak Pacific Foods. Jika masih tidak yakin dengan audit Halal Jakim, sila jangan makan.

      0

      0
  13. cer cite!!!! says:

    ok apa….dri dok ckap sja apa pun xdak!bkn mamee nk bgi snek sja kan??yg pnting anak2 yatim gumbira, dpat mrsa sorg ckit kan??apapun…mmg snek xbgus…bkn sja mamee..alaa…yg bnda len dok bgi anak2 mkn xdak hal plak kan?ada sja yg xkna bila ada usaha pihak len u ke arah kbaikan…
    mentaliliti mcm tu xkemana….
    moga usaha t’sbut d berkati….amin..
    selamat hari raya..maaf zahir batin.. :)

    0

    0
  14. gergasi Mamee says:

    pikir logik la sket. takkan la depa kat mamee nak jamu anak2 yatim bukak puasa ngan snek mamee je? dah tentu la cukup sempurna makan minumnya. Mamee sekadar menjadi penaja korporat, nape asal sebut mamee je mesti dok teringat jamu buka puasa dengan snek mamee. Buka la sket minda tu. ye tak abg nara?

    0

    0
  15. eLL says:

    Pesal tak gosok gigi. Buruk betul

    0

    0
  16. Melatiqistyna says:

    Wahhhh…. Bang Nara dh beli buku baby…. Dh Ada ker?

    Terpulang kt individu, jgn la Dok ngadap mamee tu pagi ptg siang mlm, sesekali ape salahnya :)

    0

    0
  17. Pahala says:

    salam,memang tak dinafikan makanan ringan sudah menjadi TREND di mana2 negara pun hasil “DIDIKAN” generasi terdahulu.Tak salah makanan ringan dihidangkan TAPI mengapa tidak mencari penaja yg dapat SUPPLY makanan yg lg BERKHASIAT? jgn fikir keuntungan semata2 , biarlah kita menjamu org dengan NIAT yg baik berserta makanan yg BERKHASIAT di bulan yg amat MULIA ini.beramal mmg tak salah…mencari keuntungan mmg tak salah..tapi jgn gunakan KEMULIAAN anak yatim bagi tujuan perniagaan or keuntungan. klu boleh curahkan mereka dgn rezeki makanan yg didermakan secara ikhlas dan LEBIHKAN makanan yg boleh menyihatkan supaya anak2 yatim ini terus membesar menjadi insan yg SEMPURNA di mata kita.AMIN

    0

    0
  18. jejari oat says:

    msa kt mtrik dlu rmai je mkn mamee x nak bg ngantok dlm kuliahh..hoho.

    0

    0
  19. fitness says:

    korang gemok gedebab boroi jgn nk salahkan junk food.korang sndri yg mlas nk bsukan dan bsenam..

    0

    0
  20. imba says:

    orang lain nak bwat amal pon bising2…
    kire bagos la nara ade usaha yg kite ni x menyumbang pape yg dok asyik bkak laptop je kalo x nk meyumbang skali dok diam sudah la…

    typical malaysia..hampeh

    0

    0
  21. AkakTepiTasik says:

    Ai dulu penah gak makan mamee wat buka posa, ms zaman-zaman kegawatan dulu2. Menu rasmi student2 IPT.

    0

    0
  22. gothic says:

    salam. ni bkn pasal mamee or mama. nak suggest je kat BN kalau boleh selain dari gosip2 tak kemana tu, baik BN selitkan (especially time bulan puasa/raya ni) citer2 psl donation ke cth mcm somalia, anak2 yatim, kalau ade pic lagi bagus,, sekali ngan acc no. senang sambil2 ushar blog ni, leh terus click transfer money. skg ni senang kan seme online…wslm.

    0

    0
    • BeautiputNana says:

      Tah,diorang ni baca guna kepala lutut. Mana la org kata Mamee tu tak elok tak baik.Bebuka pose ngn mamee tak patut.Cepat melenting.Bab2 mengampu NO 1!!!.Cuba waras n open minded.Tgok dari sudut POSITIF.Teguran tu kadang2 kena terima.Jgn fikir DUNIA je.Akhirat kita lupa.

      0

      0
  23. epl says:

    man belon yang punya…

    0

    0
  24. miss asyera says:

    abg nari bg tgok je ke..tk nk share ke.hehehe..

    0

    0
  25. yop says:

    Bukan dalam jakim tulis mamee tak halal ke? Guane plok tuh? Boleh ke makan?

    0

    0
    • Padan Muka says:

      Pasal nak GLAMOUR menjamu org mana lah kira HALAL ke tak.Yang lagi bengong ada pulok yg BANGGA melahap mamee.Bagi Non Muslim tak kisah la kan…Yang muslim tuh hah…jangan memandai pulok nak menghalalkan benda yg haram(i tak maksudkan mana2 PRODuK)..tapi if betol mamee tak halal…..susah tuhhhhhhh!!!!!!(harap2 zzzzzzzzz….)

      0

      0
  26. MAMEE pun dah jadi sebahagian official sponsor untuk Man Utd. Cayalah!

    0

    0
  27. Mavellous says:

    alamak! malam2 tgk MAMEE ni dtg pulak kempunannya..kedai xbukak plak…7e ade x? hehe mesti mavellous sgt kalau dpt mlm2 ni…

    0

    0
  28. melayu insaf says:

    WOIII….MAMEE TAK HALAL LA…RUJUK JAKIM..
    ADA DNA BABI DALAM RAMUANMNYA…

    0

    0