Written by AbangNara | February 19th, 2016

Pagi-pagi ketika menghantar anak ke sekolah Abang Nara memang suka mendengar JoHaRa Pagi ERA. Secara jujur, memang dah kurang lawak sikit tetapi tetap menghiburkan. Bolehlah buat ketawa di pagi hari dan ceriakan diri untuk hari yang bakal tiba. Kadangkala Abang Nara juga mendengar gandingan Sepahtu di Sinar FM. Boleh tahan juga celoteh mereka bertiga.

johara pagi era

Bukan mudah sebenarnya untuk membuat lawak setiap hari. Biasalah ada hari menjadi, ada hari kurang menjadi. Namun baru-baru ini, laman Facebook popular, Amran Fans telah meluahkan isi hatinya dengan mengeluarkan kenyataan yang cukup menikam jiwa. JoHaRa Pagi Era dilabel sebagai ‘bangang’  dan ‘sendiri buat lawak, sendiri gelak’. Senang cerita, JoHaRa syok sendiri.

johara pagi era

Rata-rata ada yang bersetuju dan ada yang mencadangkan agar Amran Fans menukar saluran radio jika tidak mahu mendengar celoteh JoHaRa. Namun bagi Johan, Hanif dan Ray, tohmahan sebegini tidak melemahkan semangat mereka. Malah mereka bersetuju bahawa mereka ‘syok sendiri’. Kata Johan:-

Ia bukan satu tugas yang mudah meski orang mungkin beranggapan begitu. Saya akui, ada segelintir yang anggap kami ni syok sendiri ketika berada di konti. Bagi saya, memang kami kena syok sendiri sebab kalau kami tak buat begitu, macam mana pendengar pun nak syok untuk dengar kami?

Kalau mereka suka, kami juga suka dan anggap ia adalah respon yang positif untuk kerja kami. Untuk kami kegembiraan dan keceriaan itu perlu ada pada kami dulu baru kita mengajak orang untuk bersama-sama kita sertai ‘kegilaan’ itu. Biar kami syok dulu, sebelum orang lain syok.

johara pagi era

Biasalah bila dah popular, macam-macam kata-kata nista akan diterima. Jangan layan sangat kata-kata orang lain. Mungkin hanya segelintir yang tak sukakan kita. Kalau lebih separuh enjoy dengan apa yang kita lakukan, itu dah cukup baik. Mungkin Amran Fans boleh cuba buat rancangan pagi mereka sendiri. Nak tengok juga lawak syok sendiri ke tak. Tak gitu? Sumber Astro Gempak.

violet

P.S: Cantik-cantik juga tudung bercorak yang diperbuat daripada kain chiffon berkualiti tinggi oleh Violet Navisus Signature ini. Straight cut serta kain lembut dan mudah dibentuk. Harga cuma RM28 sahaja. Macam-macam lagi koleksi boleh dilihat di Facebook Violet Navisus atau Instagram @navisussignature. 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

45 responses to JoHaRa Pagi ERA Tak Kisah Dicop Syok Sendiri

  1. Anonymous says:

    ikim is way better. full stop

    0

    0
  2. Anonymous says:

    saya dah tkr ke sinar.fm sekarang..semenjak sepahtu ada kat sinar.fm

    1

    0
  3. mama says:

    ok je aku rasa johara..
    xyah pk sgt la apa si meran ni ckp..
    semua x puas hati sokmo.
    dia je betul..

    cerita pasal maria ozawa cerita pasal tetk org, burung org tu elok sgt ke…byk dosa kau amran..apa lah kau dpt jadi “unkwon public figure” ni…jual baju?? x laku..jual buku???bermusim….ingat..hidup ni sementara aje..di sana kehidupan kita yg abadi..dah minta maaf dgn org2 yg kau hina?

    0

    0
    • Pekerja Gomen says:

      Aku suka dia sbb at least dia berani menyuarakan apa yg dia rasa especially kalau melibatkan anak TPM yg lancang sgt tu. Lagi plak aku dh muak ngan macai tolol yg percaya duit BRIM keluar dari poket AhJib. Sampai gaji aku ni pun depa percaya AhJib yg bayo. Apa ke bangang punya mentaliti. Kalau kerajaan lain memerintah pun aku dapat gaji juga.

      0

      0
      • Lorat says:

        Ala..tak tunjuk diri sebenar… berani la. Ramai lagi orang luar sana yang lebih berani dari dia. Have to admit sometimes post dia ok, tapi mostly cara dia membohjankan diri dan dianggap hero oleh belia2 adalah agak menakutkan.

        0

        0
  4. Corse 848 says:

    Ish..aku dengar elok je..boleh hilang stress dlm jem..semua x betui plak aih..nak ikut hati korang je..hati org lain mcm mana..x kan nk ikut apa yg korang suka..org lain punya suka mcm mana??

    0

    0
  5. Anonymous says:

    johara ok lagi…
    yg macam bongok tu ialah sate.

    0

    0
    • mak jemah uolsss says:

      ok apa JOHARA..lagi2 mak jemah i loikeee! yg segmen petang jer mcm xleh nak hadam sgt dgn SATE tu, out!

      0

      0
    • rilek sudaaa says:

      same weehhh
      betul 30x
      aku x lalu dgr sate. lg bertambah stress ptg blk keje
      johara aku suke, tergelak sorang dlm keta. AKU GELAK KALO DGR RAY GELAK
      hehe. kipidap johara!!

      0

      0
  6. whatever says:

    aku oke jea dgr Johara.. Aku rasa si Amran ni yang banggang dan bodoh..dan aku tak tahu napa orang turut minat dgn lawak bodoh si Amran neh.. sampah bagi aku!!

    0

    0
  7. Anonymous says:

    ok je, life is too short to be serious all the time

    0

    0
    • miss kepah says:

      yes.. ok je aku dgr johara. mmg ada masanya lawak dia kureng mnjadi, ada masanya hanya mampu tesenyum kambing, ada masanya gelak sakan dgr. tp ok je.dgr johan gelak pun aku dh gelak..no chill la korang…

      0

      0
  8. mimi says:

    Paling bengang iklan banyak sgt dlm johara n sinar fm ni… mcm abis satu lagu sampai iklan nye adooii !!

    0

    0
  9. Ninakkasitau says:

    biar betol…
    dpt menang anugerah bagai….
    dah jadi tune bangang & stress pulak…
    makanya…
    Pilihan manusia bukanlah penghargaan yg “mutlak’
    tapi unt aku… tetap Johara mencuit hati…..

    0

    0
  10. Pendengar JOHARA says:

    okey je johara.. iollss gelak je time otw ke ofis..pagi2 mesti dengar johara..
    keep it up johara!!

    0

    0
  11. macam2 says:

    aku layan johara..sepahtu sinar…jnji dlm kete aku x senyap n stress dgn jem…sng cite kalo minat tu dgr..xminat xpyh dgr…xpyh le nak kecoh2 lwk bodoh ke..pandai ke…org x paksa pun…ko x minat..org lain bole minat…full stop!!

    0

    0
  12. abg gagah says:

    ok yg ni aku tak sapot ko meran, sbb lawak2 johara tu pure. bukan mcam lawak2 ko meran, mencarut la, kutuk2 org la.

    0

    0
  13. Anonymous says:

    lain org lain citarasa,takde sape paksa pun dgr johara.
    sy mmg dgr johara tp kalau mase spontan tu mmg tukar je chanel lain.

    to ERA.fm,slot SATE petang2 tu better stop je lah,nak prank2 org plus dgn pengacara hambar plus dgr pulak masa tgh drive balik keje stuck dalam jem bertambah stress ade la.

    to johara kipidap dongibab!

    0

    0
  14. Newbie says:

    Bagi aku dina nazir tu yg jilake. Nak tiru johan gelak agaknye. Tp mengilai mcm hantu raya. Come on la dina, ko x kelakar ok.

    0

    0
  15. kaki tabur says:

    buat lawak macam tak lawak tapi gelak macam orang giler.syok sendiri ler tu…

    0

    0
  16. anynoumous says:

    johara ok pe..best je. lawak ok je.. tapi sepahtu mmg boleh makan sepatu aku. mmg syok sendiri je sepahtu tu pastu satu pe x phm pe diorg sembangkan lawak bodoh pun gelak sendiri. kalo sepahtu mmg aku off terus radio. kalo johara mmg setia la.

    0

    0
  17. yang mengadap jammed hari-hari. says:

    Sebab tu ada sinar fm, hot fm dan lain-lain, supaya kalau bosan suka hati kau lah nak pilih yang mana.

    0

    0
  18. your name says:

    johara ok je. daripada sate tu. lawak hambar + tahpape

    0

    0
  19. LalaLiliLulu says:

    Setiap pagi start enjin terus cari radio Era hanya sebab JOHARA.. Kalau xde Johan, ak x kan buka Era.. JOHARA bukan sampah, JOHARA la yg buat ak tergelak x kering gusi dari umah smpai ofis.. x stress langsung walaupun jem!! Lain org lain pendapat.. kalau x suka, tutup mulut n cari frekuensi radio lain.. sekian

    0

    0
  20. Anonymous says:

    Johan je best…yg 2 lagi tu mcm syok sendiri..gelak kuat2 mcm mengikut cara johan je … xsesuai la.

    0

    0
  21. kepocho says:

    mmg betul pun buat lawak syok sendiri gelak beriya..ray tu tak ada pun tak apa rasanya..

    0

    0
  22. at says:

    memang ok klu buat lawak..tapi masalahnya..saya langsung nda faham apa mereka cakapkan…kdg2 muzik kuat sampai tidak jelas apa mereka cakapkan..kdg2 tengah yang sorang bercakap..yang sorang ketwa kuat..langsung nda jelas sebutan mereka…kalau dalam kereta memang stress la. tp apapun..boleh pindah radio lain kan..tepuk dada tanya selera la…

    nda majal..nda luih nih..hehe

    0

    0
  23. Hamba Allah says:

    aku menyampah gila dgn si amran page ni..cakap org bangang suka hati,ko xsedar yg ko sndri pon SYOK SENDIRI.. xde keje lain ke??? asyik kondem org xhbs2.. aku rsa baik si amran ni gi cari kerja lain..yg lebih berfaedah..nampak sangat kebodohan ko.. perasan bagus… yuksss..

    0

    0
  24. mak senah puaka says:

    johara ok apa…yang banyak bunyi sbb x penah rasa stress pagi2 hadap jem kot…da la hazab dgn jem elok la ada stesen yg ada joke2 camtu…tapi radio kot…sendiri leh on off tukar chanel freq mana ko nak dgr…time balik keje aku layan gak sinar fm time cikpiah-sallehyakob, kalau rasa nak gelak sengal ubi aku tune Sate, tapi selalu lepas kul 6pm la…lepas abis kuliah kat Ikimfm..apa dehal sendirinya telinga kan!

    0

    0
  25. Anonymous says:

    Cik Piah n Abg Jem dlm Santai Sinar Petang pun not that bad..!!!.. hat ni aku rasa lagi kebaboom dari yg geng geng trio pepagi buta tu.. dengan mulut Cik Piah yg becok ala generator pasar malam tu bergabungg plak dengan abg jem yg menggeletik nakai mcm kucing Oh My Jep..tu !! memanggg tercabut bumbung keta aku petang petang hari bila dengor depa berdua ni…

    0

    0
  26. WiWi says:

    Baiklah dengar radio IKIM…. ilmu dapat, sekurang2nya menyedarkan kita ttg kematian. Klu exident mati bila ditanya telinga blh mnjawab sdg mndengar ayat quran dlm radio IKIM. Bila ketawa blh melalaikan utk mengingati mati. Ingatlh umur kita bkn semakin panjang tp semakin pendek.

    0

    0
    • kelisa hitam says:

      Jangan dok ngata johara tu sesaja bingit…ingat dorang tak ada ilmu ke..aku ni jadi melekat dengar Ikimfm pun start dari johan gaklah sebab penah baca kat IG johan x silap…dia suka dengar Ikimfm dan KlasikNasional…sebab faktor usia…ha jangan ingat dia tau buat bingit je…..time keje is buat keje..menghiburkan orang..abis keje dia pun ada life sama macam orang lain..ada citarasa sendiri

      0

      0
  27. gagak hitam says:

    Johara melalut…byk bercakap mengenakan org..eeee…dgr johara stress..bising..bercakap pun nak berebut rebut..waduhhh…mmg tak best la johara…

    0

    0
    • jemahat yang suram says:

      da tau bingit ko dengar gak lagi pasaipa?…ke sebab ko gagak hitam so suka la sama2 bingit kan….?

      0

      0
  28. Penyokong Tegar JOHARA says:

    Aku cadang kan Era.fm try sekali buat johara jadi straight ja.tade lawak tade bincang pape bg lagu biar padan muka korg..asyik nak komplain ja..ok dah tuh aku rasa!!memang johara yg aku dgr setiap pagi..tak suka boleh blah!bukan ade org paksa kau dengar..kau nak dgr lagu jaaaa silang pasang CD!!

    0

    0
  29. miss A says:

    YG TAK BEST SATE!

    0

    0
  30. alia says:

    bila dah terlampau popular …..diorg ambik sambil lewa sbb dah rasa cukup bagus…..sdgkan hasil kerja hanya syok sendiri.rakyat malaysia memang peka dgn hal2 mcm2 ni dan berani bersuara…..so JOHARA kena ambil berat skt hal mcm ni……weii u all kerja membabitkan radio…..semua blh dgr walaupun u all tak perasaan quality kerja makin merundum…..fikir kan lah …………….station radio tak pantau kot…..nk biar diorg ni buat kerja ikut suka hati jer ke

    0

    0
  31. lola says:

    jauh beza kelas radio bahasa malaysia dgn station radio bahasa inggeris. Lawak pagi era is just sucks. Orang retard mcm nara je boleh terhibur.

    0

    0
    • sucks lola says:

      ko masuk page nara ni kenapa? p la masuk yang omputih tu…! cakap cam mabuk todi

      0

      0
    • Akoni says:

      Eleh lola padahal ko dgr jgk kn johara tu ..xpyh nk men’suck’ kn program org sgt la klaw jo jd DJ blom tentu lg bole jd mcm JOhara..suke dgr xske bole bukak freq len?

      0

      0
  32. Anonymous says:

    serabut dengar johara, better dengar suria fm adibah nor & baki zainal :)

    0

    0