Written by Bella | February 2nd, 2015

Johan Raja Lawak, agak lama kita tidak melihat lakonan beliau di kaca televisyen bukan? Antara filem yang masih kami ingat ialah dimana Johan berlakon dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah dan nampaknya beliau juga tidak muncul dalam mana-mana drama atau filem terbaru.

Sedar ramai yang merindukan beliau berlakon, Johan menjelaskan tugas beliau sebagai penyampai radio di stesen Era FM merupakan punca beliau sudah lama tidak berlakon.

Bukan tidak rindu hendak berlakon tetapi komitmen pada radio membuatkan saya terikat kerana jadual bekerja yang tetap setiap hari

Walaubagaimanapun, Johan nampaknya sudah menemui jalan penyelesaian apabila beliau kini sedang aktif menerbitkan drama dibawah syarikat produksi miliknya JWH Production dimana beliau bebas untuk menyusun jadul penggambaran sendiri tanpa menyusahkan orang lain.

Alhamdulillah sebelum ini saya pernah menerbitkan program untuk Astro iaitu ‘Acaner Tu Johan’ dan tahun ini menyasarkan untuk menghasilkan drama pula.

Dengan cari ini saya boleh buat semua perkara termasuk mengarah dan berlakon dalam projek terbitan syarikat saya mengikut kesesuaian jadual saya.

Sudah beberapa lama juga Johan tidak dapat membuat persembahan bersama Zizan Razak sebagai kumpulan Jozan dan kali ini beliau merasa teruja apabila mereka berdua bakal menjadi hos bersama di Anugerah Meletop Era 2015 yang bakal diadakan pada tanggal 22 Februari di Stadium Putra Bukit Jalil.

Buat masa ini, Johan bertugas menerusi slot Johara Pagi Era bersama Hanif dan Ray pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 6 pagi hingga 10 pagi.
Sudah menjadi rezeki Johan untuk terus bertugas sebagai penyampai radio kerana ramai pendengar merasa ceria di pagi hari mendengar lawak dan celoteh beliau di Era FM. Namun, ianya satu usaha yang bagus apabila beliau kini telah mempunyai syarikat produksi sendiri untuk mengukuhkan lagi nama beliau dalam industri hiburan.

Sumber Berita:mStar Online

TAGS:
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

12 responses to Johan Tolak Tawaran Berlakon Kerana Sibuk Menjadi DJ Radio

    • minah jambu tk suka scandal says:

      dh macm TMJ pulak muka si johan ni…cuba tengok betol2 gambar pes tu macm TMJ kan ? lov u johannnnnnnnnnnnnn !!

      0

      0
  1. mak temah says:

    i lap u abg johan, muahhh

    0

    0
  2. melati says:

    Sekurang2 nya tk lah dia ni Poyo cam Zizang, yg menjadi masalah nya Zizan tu dh terkeluar dari Maharaja Lawak Kit Kat masih iklan kan muka dia ??? tk malu kert Zizan…kalau saya jadi Zizan dh lama saya Saman Kit Kat…..hahahahahaahhahah gelak2..

    0

    0
    • binjai says:

      malu ape nye…org kasi bayaran cantekkk pnye dah..sorry la melati…org kitkat x pandang pn muke u nak jadi duta die..so x payah perasan nak malu2 la

      0

      0
  3. biasa-biasa says:

    zizan ni tamak…semua nak kaut…last2 kena saman sana sini..apa pun x bole..aku dh ckp virus bole disingkir,bkn semata2 duta kitkat kite x bole nak singkir die..kitkat still sponspor MLM..bkn mak bapak zizan punye company kitkat itu…adoyai…

    0

    0
  4. nok gebuzzz says:

    johan bukan mcm retis lain…semua nak kaut,johan low profile cukup ngan satu kerja pun dah ok,aku mmg suka kalo johan jadi pengacara..dia sorang2 pun dah cukup.

    0

    0
    • Anonymous says:

      jgn kat anugerah meletop era nanti zizan yg trkinja2….biasalah kena sawan lps tersingkir dr MLM…

      0

      0
  5. kakak tiri cinderella says:

    johan lawaknya bersahaja x mcm zizan suka buat2 lembut dan terkinje2 buat org ketawa. dah basi la lawak camtu.

    0

    0
  6. juling says:

    Johan ni sudah semakin matang.. nampaknya dia focus pada kerjaya dia sebagai DJ Radio skrg ni.. baguslah, tak tamak utk bolot semua job yang ditawarkan.. contoh terbaik kerana dapat mengimbangi kehidupan.. semoga Johan terus sukses

    0

    0
  7. Anonymous says:

    aku suka johan… cuma satu je johan.. jgn ketawa mengilai kuat sgt.. heheheh yg lain dia ni memang tip top.. low profile, good luck tuk anugerah meletop.. x sabar nk tgk

    0

    0