Johan Raja Lawak Tidak Mahu Komen Isu Saman Buat Masa Ini

Johan Raja Lawak Tidak Mahu Komen Isu Saman Buat Masa Ini

Akhbar Sinar Harian telah menghubungi Johan Raja Lawak untuk mendapatkan reaksinya mengenai saman yang bakal dikenakan terhadapnya oleh rakan pengacaranya, Fauziah Ahmad Daud untuk Festival Filem Malaysia ke 24, tetapi tidak mahu memberi penjelasan lanjut mengenai ‘ketelanjurannya’ itu kerana enggan memanaskan lagi keadaan:-

Buat masa ini, saya belum menerima apa-apa surat saman. Saya tidak mahu komen lebih-lebih mengenai perkara ini.

Jika saya ada apa-apa program melibatkan media, baru saya bersedia untuk memberikan kenyataan kerana saya mahu adil pada semua teman media.

Saya tidak mahu ulang benda sama banyak kali. Biar kita duduk pada suatu tempat yang sama, tanyalah apa pun, saya bersedia untuk menjawab.

Advertisement

Kami rasa mungkin akan ada sidang akhbar berkenaan perkara ini dari Johan tidak lama lagi untuk memastikan apa sebenarnya reaksi Johan tentang tindakan yang bakal dikenakan oleh Fauziah. Ironinya di sini, Fauziah juga pernah dikenakan saman oleh Azwan Ali kerana satu kenyataannya semasa mengacarakan program Melodi satu ketika dulu. Azwan Ali walau bagaimana pun tidak berjaya dalam tuntutan samannya itu.

***

Pertandingan Akhir Nyanyian Lagu Irama Malaysia Antarabangsa 2011 bakal diadakan pada 4 Disember 2011 bertempat di Auditorium Perdana Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Anda semua dijemput hadir bagi menyaksikan peserta-peserta dari Zimbabwe, Indonesia, Yemen, Bangladesh dan Kazakhstan yang bakal mendendangkan lagu-lagu Irama Malaysia seperti Nasib Bunga, Kias Fansuri, Apa Dah Jadi, Cinta Nusantara, Joget Pahang, Balqis Cindai, Seri Dewi Malam, Mengapa Dirindu dan Dikir Puteri. Pada 26 November lepas, lebih dari 60 peserta dari pelbagai negara telah menyertai pertandingan peringkat saringan di Kolej Universiti Nilai, Negeri Sembilan. Untuk maklumat lanjut, hubungi 03-20523600.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...