Written by AbangNara | January 7th, 2014

Johan Raja Lawak berjaya memenangi saman RM1 juta ke atas Juara Film Production Sdn. Bhd. dan pengarah, Mohd. Javed Mohd. Nizar. Keputusan itu telah diumumkan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Su Geok Yiam.  Johan memenangi saman tersebut akibat kecederaan di dahi yang dialaminya selepas dibaling gelas kaca.
johan menang saman

Kejadian ini telah berlaku pada tahun 2010. Pada Jun 2010 lalu, Javed telah membaling gelas kaca ke arah Johan sehingga mengalami kecederaan di bahagian dahinya ketika sedang berbincang di sebuah restoran. Johan mengambil keputusan untuk menyaman Javed berikutan tindakan pengarah berusia 33 tahun dan menuntut ganti rugi sebanyak RM1 juta.

johan menang saman

Javed turut dituntut agar meminta maaf secara terbuka dan menarik balik surat dan email yang diedarkan kepada persatuan-persatuan dan media bagi menjelaskan keadaan tersebut serta merta mengenai berita palsu mengenainya. Ozlynn Wati Ismail atau Ozlynn yang mempertahankan suaminya daripada terus menjadi mangsa pukul, turut ditendang di beberapa bahagian badan!
johan menang samanBaca artikel ini sepenuhnya untuk mengetahui kisah lengkap tragedi yang telah berlaku terhadap Johan. Info asal Berita Harian.

“Pada 10 Mei lalu kira-kira jam 7.30 malam, saya dapat panggilan telefon memaklumkan ibu saya sudah meninggal dunia. Saya minta habiskan dulu babak pada malam itu sebelum saya pulang ke Kuala Lumpur. Namun, Javed buat keputusan menamatkan penggambaran pada malam itu dan sambung semula keesokan hari.

“Alhamdulillah, saya sempat menyempurnakan jenazah arwah ibu dan semalaman saya tidak berpeluang melelapkan mata. Javed memaklumkan kepada saya, apabila saya dalam perjalanan ke Seremban keesokan hari, telefon dia, namun panggilan yang dibuat tiada jawapan. Saya dan Ozlynn dah sampai ke lokasi, babak malam yang dibuat di sebuah rumah. Tapi, tak ada siapa pun di situ.

“Sementara menunggu kru lain yang masih on-call, saya dan isteri tidur dulu dalam kereta, maklum sajalah kepenatan, semalaman tak tidur. Namun, anak pemilik rumah berkenaan, ketuk cermin kereta dan meminta kami supaya tidur saja dalam rumah mereka. Akhirnya seorang kru mengejutkan kami, memaklumkan pengarah nak jumpa bincang pasal skrip.

“Namun, saya dan Ozlynn tertidur semula dan sekali lagi kru berkenaan mengejutkan kami 30 minit kemudian, memaklumkan pengarah dah tunggu lama. Saya yang dalam keadaan ‘mamai’ terus ke restoran yang terletak tidak jauh dari rumah berkenaan. Saya terus duduk depan Javed. Namun, saya diarahkan bertukar tempat secara kasar.

‘Dua tumbukan ke muka saya’

“Seorang kru yang mendakwa dirinya Pengurus Produksi mengetuk tangan saya, dia terus tanya ‘kau nak lama ke sekejap dalam industri ni?’ Tak ada langsung bincang pasal skrip. Jawapan saya, ‘apa hal ni?’ Dia tanya lagi, ‘aku tanya, jawablah…’ saya pun balas ‘apa pasal?’ Ketika itulah Javed memaki hamun saya, dia ambil gelas dah terus baling ke muka saya!

Namun, menerusi laporan Harian Metro terbitan 26 Mei lalu, Javed mendakwa kecederaan di muka Johan bukan disebabkan terkena balingan gelas sebaliknya serpihan kaca yang terpelanting akibat dihempas pengarah berkenaan yang berang dengan sikap pelawak dan pengacara itu.

“Kalau sekadar terkena serpihan kaca yang terpelanting, takkan dalam lukanya… Saya bertemu wartawan hari ini lengkap bersama bukti bergambar. Luka ini bukan disebabkan serpihan kaca. Javed membaling gelas tepat mengenai muka saya. Ketika itu darah dah memancut keluar. Dalam masa sama, Ozlynn menekup luka di dahi saya. Javed pula dah baling meja, manakala Ozlynn cuba menghalang diri saya daripada terus dikasari.

“Ketika itulah isteri saya ditendang! Saya cuba mempertahankannya, manakala dua tumbukan pula singgah di muka saya. Kami akhirnya sempat menyelamatkan diri dengan bantuan orang ramai,” kata Johan menceritakan kedudukan perkara sebenar.

Nafi cium isteri di set

Berdasarkan e-mel yang dikirim Javed kepada wakil SENIMAN, selain mendakwa Johan tidak berdisiplin gara-gara kelewatan yang melampau sehingga mengganggu penggambaran, dia juga menyelar sikap pelawak berkenaan kerana tidak ada kesedaran sivik apabila tidak menghormati persekitaran lokasi dengan aksi berpelukan dan bercium dengan isterinya di set penggambaran iaitu di rumah orang Islam!

“Memang isteri memeluk saya apabila saya menerima perkhabaran ibu sudah meninggal dunia. Tapi, saya tak nafikan, saya sering memeluk dan mencium isteri saya, namun bukannya di set penggambaran.

“Apa yang didakwanya tidak pernah berlaku di lokasi! Mengenai dakwaan saya lewat melampau, ingin saya jelaskan, saya baru saja memulakan penggambaran bersama produksi berkenaan selama dua hari.

Hari pertama, babak malam, saya sampai 7.30 malam, hari belum gelap. Hari kedua, saya tiba pagi, set tak siap lagi. Saya pula bukan untuk babak pertama, dia perlu buat penggambaran babak orang lain dulu. Justeru, bagaimana pula Javed mendakwa saya lewat?,” soal Johan kembali.

Pada masa sama, Johan turut menafikan segala isi kandungan e-mel dikirim Javed kepada wakil SENIMAN yang mendakwanya dengan pelbagai tuduhan.

79 responses to Johan Raja Lawak Menang Saman RM1 Juta

  1. Anonymous says:

    wow.. 1 juta… puas hati

    0

    0
  2. z says:

    untung la. lepas ni Ozlyn boleh beli beg berkin 50 set,

    1

    0
  3. lily says:

    peluk bini pun salah ke?aduhai..

    1

    0
  4. Anonymous says:

    woiiiii…bnyk tu…1 juta…jgn lupa derma sikit kt anak yatim ye johan…x luak pn…

    1

    0
    • JOyah says:

      Rezeki dr Allah. Tempoh hari Johan sedekah wang hadiah Super Spontan dekat RUmah Orang² Tua. Sekarang dapat RM 1 Juta. REZEKI ALLAH LUAS!

      0

      0
      • Noraz12 says:

        hari tu pon dia yang takde kene mengena dgn MLM2013 pon buat donation untuk mangsa banjir kan??

        0

        0
  5. Aiman Tak Kisah says:

    jangan lak nanti dia byr Rm1 juta tu guna duit 1 sen.

    0

    0
  6. iphoneuser says:

    Haih, macam2 industri filem ni, benda isu kecik je, masing2 ego sampai bergaduh, cuba kalau ada sabar dan bawak berbincang..

    0

    0
    • 60173474656 says:

      cuba kalau kau kena baling gelas kaca kat muka, apa pulak reaksi kau..

      0

      0
    • x logik la lu says:

      bodoh gila statement..pasni klu kita jmpa budak ni,pakat ramai2 baling kaca kt muka dia..pastu ajak duduk satu meja,bincang elok2,belanja burger sebijik..settle.

      0

      0
      • iphoneuser says:

        sebelum berkata2 guna akal , sebelum bagi komen yang lagi bodoh dari bodoh, baca ayat aku baik2, aku ckp sebelum terjadi, bukan lepas terjadi..harap belajar lagi boh!

        0

        0
        • leng chai says:

          masalahnya, ko tak ckp pun sebelum terjadi.. x de pun dlm komen ko..

          0

          0
        • iphoneuser says:

          LENG CHAI

          tu pasal orang gi sekolah ko baca beautifulnara je, dah sah2 tulis
          masing2 ego sampai bergaduh, cuba kalau ada sabar dan bawak berbincang..
          SAMPAI BERGADUH, so sebelum bergaduh aku tulis apa?

          lagi sorang yang tak berapa nak bijok..

          0

          0
        • as says:

          ko punya komen buat org keliru la iphoneser .. ko kena ingat komen ko tu text bukan ada suara .. lain kali komen biar jelas sikit .. ko tak tengok ke berapa ramai unlike ko .. bermakna diaorg pun pk benda yang sama

          0

          0
  7. tasya says:

    peluk bini salah , peluk awek tak salah
    sengal

    0

    0
    • IeJ4 says:

      kalau scene peluk2 dukung2 dgn bkn yg halal..lg la satu malaysia tgk..xde plak nk cut scene tu..

      0

      0
  8. tukang baca says:

    muka nk sedeyh ja si ozlyn tu ha3

    0

    0
  9. Aina says:

    tahniah. setidak2nya nama yang tercemar kembali dipulihkan.

    0

    0
  10. dia says:

    mahal tuu tanda parut kat muka johan…..
    itu lee ikut rasa binasa, kan dah kena bayar johan 1juta.
    semua benda boleh bincang elok2, lagi pom johan balik bukan g bercoti kew ape, mak dia kan meninggal, sebagai manusia d mana perikemanusian kita. mati bukan perkara main2 kan. kalau retis yg sajew2 tak dtg set coz alasan on d way (walhal tak leh bangun pg) ok jew. rezeki johan & anak bini.

    0

    0
  11. cik salina says:

    bkn pluk pmpn lean.. pluk bini sndrii. bkn haram pon. xmsok akl tuduhan

    0

    0
  12. Bola Lisut says:

    Tahniah! Bagus Johan. Memang ini caranya mengajar manusia baran yang tak hormat undang-undang.

    0

    0
  13. Husin Lempoyang says:

    Adoii.. peluk cium bini salah?? bestu…yg dlm drama..bukan muhrim..babak peluk cium baring takpe pulak…. aiyoooyooyooyoo…

    0

    1
  14. go Johan says:

    rezeki johan…….

    sebelum nih semua kata… zizan yer rezeki…. johan diam je..

    alhamdulillah….. skrg rezeki johan…. itu ar berkat orang bersabar… (family 1st)

    goodjob JOhan…… !! teruskan melawak MakJemah @eraRadio..

    0

    1
  15. joyah says:

    Rezeki Allah. Hari tu sedekah wang hadiah Super Spontan ke rumah orang tua. Sekarang dapat RM 1 Juta. Rezeki Allah tu LUAS!

    0

    0
  16. Anonymous says:

    Alhamdulilah.. Steady bro.. Smoga bertambah rezeki lps ni..

    0

    0
  17. Anonymous says:

    ALHAMDULILAH.. STEADY BRO.. MOGA BERTAMBAH REZEKI LEPAS NI..

    0

    0
  18. nora says:

    Tahniah johannn…jgn lupe byr zakat utk 1 juta tu…
    Bt knduri arwah maknye skli…
    Bestnye dpt sejuta…bru sesuai dgn lgu”kalau aku kaya”…

    0

    0
  19. muja says:

    darah panas orang muda,, huhuu

    0

    0
  20. minah jambu merah biru says:

    Alhmdlillah shukurrrrrrrrrrr Allah menyebelahi orang yg iklas dn jujorrrr johan menang 1jutaaa sape sangka kan rezeki Allah….lov u johannnnnnnn….sape pengarah yg bernama javed ni ?? mlayu ke ? kalau mlayu apesal prangai macm musibot ni ! baling2 kaca kt anak orang apesal !! dh tk betol ke kepala hotak dia !! skarang padan muka kalah kt makamah johan yg menang huh ! padan muka luuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu …nama javed macm bagos !!

    0

    0
  21. boringgge says:

    aku rasa mmg Johan wajib dapat rm1 juta tu..bukan sebab parut luka ja..dah la luka tu mmg dalam..tapi cuba bayang kalau kena dekat mata dia? confirm buta wehhh..bodoh bengap pengarah ni sampai baling2 gelas pulak! tak pasal je harta melayang sebab baran kau.

    0

    0
  22. Kenriri says:

    wah !! ni aku sokong.. mentang2 Javed tu pengarah dia bleh wat sesuka aty Je. dh r xde sifat toleransi..menfitnah plak tu.. Mak meninggal kot !! kalo aku cuti seminggu dh..

    0

    0
  23. Narapig says:

    Nara pig kaki tiru dan kaki pencilok. Bodo org yang masuk BN. Puiii

    0

    0
    • aku bulat says:

      kitorg suka masuk blog nara sebab bebas berkomen dan lebih mudah drpd blog2 lain yg amat membosankan…paling best main like or unlike bila baca komen2 org lain…kadang kala membuatkan hati terhibur jg dgn komen2 org yg masing2 memberi pendapat…hihihhi….

      apa kata anda?

      0

      0
  24. aied says:

    Aduhai..kalau la..kalau ye..kalau la mungkin mmg johan yg lmbt ke set, xbedisplin ape sekalipun, sape yg bg hak pd pengarah tu nk baling2 gelas kat orang..yg plg hiba, siap terajang ozlyn tu..haish..

    0

    0
  25. unknown says:

    Rezeki johan…aritu derma duit kemenangan super spontan, lps tu derma duit untuk mangsa banjir (walaupun tak join MLM 2013, tp dia join derma jgk dgn peserta2 lain)…Skrg Allah bls berlipat kali ganda…

    0

    0
  26. ann says:

    lepas ni bolehlah Johan buat pembedahan plastik atau biarkan kenangan 1 juta kat dahi itu. peace!

    0

    0
  27. Sazzrazz says:

    1st round Johan menang…. masih ada ruang rayuan utk javed….semoga jadi pengjaran mereka yg trlibat dlm industri hiburan….

    0

    0
  28. megan says:

    aku anti dgn orang yg panas baran ni…kebenaran telah ditegakkan. Pengajaran utk kita semua..akibat tak dtp control temper.

    0

    0
  29. shahrul says:

    abg johan..nk duit sikit hehehe

    0

    0
  30. Abang Jailani says:

    Waaah…PAKCIK MENANG MOTOR !!!
    Dengan duit satu juta ni…buleh gi buat plastik sugery kasi elokkan parut kat dahi tu..
    Tapi jangan buat muka macam artis pompuan sekarang ni dah le..

    Kalau menang kes macam ni…income tax kejar tak??

    Maybe ada orang income tax kat luar sana boleh jawab…

    0

    0
  31. Melati says:

    Yeah Johan menang!!!
    Wait bukan JOHAN ASAARI.. BANGAU TU …Tapi JOHAN yg sebenar !!! JOHAN RAJA LAWAK..
    Yes yes ..yes …

    0

    0
  32. […] Hari pertama, babak malam, saya sampai 7.30 malam, hari belum gelap. Hari kedua, saya tiba pagi, set tak siap lagi. Saya pula bukan untuk babak pertama, dia perlu buat penggambaran babak orang lain dulu. Justeru, bagaimana pula Javed mendakwa saya lewat?,” soal Johan kembali. sumber […]

    0

    0
  33. 2 Cents says:

    Rezeki pada mereka yang berkata benar. Alhamdulillah…

    0

    0
  34. sue says:

    Johan menang kes je tu. Memang dia saman 1Juta tapi kerugian belum ditentukan oleh mahkmah. Nanti pergi mahkamah semula untuk tentukan kerugian. Parut kekal tu, sebagai artis memang besar nilai kerugiannya. Belum tentu lagi dapat 1Juta tu. Belum tentu pengarah tu mampu bayar. Moral of story nya, Johan dah buktikan dakwaan pengarah tu palsu. Duit belakang cerita.

    0

    0
  35. nok gebuzzz says:

    wah….tahniah2,semoga johan terus berlawak…..

    0

    0
  36. Peminat Johan says:

    Sehari sebelum tu Ibu Johan baru meninggal dunia,yang pengarah ni pun agak-agak ler,orang kerja swasta dan kerajaan pun dapat cuti paling kurang tiga hari tau,ibu sendiri meninggal dunia,ni baru sehari,kemudian mahu mengamuk blasah orang,apa punya zalim punya pengarah,kendian buat email dan citer palsu konon johan takde disiplin,konon terkena kaca yg di hempas ler.Mengong punya pengarah.

    0

    0
  37. cik teratai says:

    xpe johan..masa tu diorg pandang rendah ngn ko..diorg x taw yg skrg ko adalah adalah kesayangan ramai n antara bintang yg jadik rebutan..

    We all always support u JOHAN!!
    @jozlynania

    0

    0
  38. anymous says:

    makin tinggi lah hidung laki bini ni …perangai dah lah tak segah mana ..melawan je org ckp sib baik baling dgn kaca kalau parang tak pasal .

    0

    0
  39. huhuhu says:

    Tuah ayam nmpk di kaki, Tuah johan la wpn bparut dahi tu dibaling gelas. hambikkk ko.. Sejuta beb..!! keje sampai mati pn blum tentu dapat duit byk tu. Klu tolak kes guaman sna cni pn, tetap berbaki beratus2 ribu riban… Senang ko johan, xpyh nk kejar super spontan segala job sna cni..harharharhahaha ;p

    Padan muka la pn si javed tu, melampau sgt pn kan dh dapat akibat. Btw aku nk tanya, agak byk giler babas kottt johan tuntut saman smpai sejuta..ada ke duit si javed tu nk bayar? hehehe. klu x mampu byr ke penjara la yer?

    Aku support Johan sbb dia mmg baikla, mmg betul ape yg pengkomen ckp tu, johan murah hati, ms MLM tu pn harun s.b ada mention nama johan dlm penderma yg derma pd mangsa banjir tu. Aku minat sgt kt johan!! Ini sume pooYoooo!!

    0

    0
  40. Anonymous says:

    Fuyoo…mahal tu harga luka di dahi Johan …1 juta.

    0

    0
  41. hmm says:

    Serius aku tak paham.. mende sangat la issue sampai nak pukul orang dengan kaca, tendang bini orang.. woi.. sejuta rasa cam tak cukup lak.. hehehe…

    0

    0
  42. imah says:

    patutlah johan tak menang2 kalau masuk apa2 pertandingan rupanya Allah nak bagi benda lebih besar utk dia

    0

    0
  43. Bilah says:

    Ada beberapa part yg tak betul dlm cerita ni. Orang2 yg tukang comment tu agak2 la sikit. Tak pasal2 nnt dosa menfitnah pulak. Lagi pun u all nak kotor kan mulut sampai memaki hamun org tu buat apa… Semua org ada buat silap. Jgn ingat johan tu takda salah dlm hal ni eh! Benda berlaku ada sebab tertentu.

    0

    0