Sejak kebelakangan ini nama Johan As’ari menjadi bualan peminat hiburan setelah memutuskan hubungan cinta dengan Lana Nordin walaupun pernah mengumumkan mahu berkahwin dengan wanita tersebut.
Dia juga pernah dikaitkan dengan Izreen Azminda dan Nabila Huda. Oleh sebab itu khabar angin bertiup kencang bahawa dia dikatakan sebagai seorang playboy.
Melalui Sinar Harian, ketika ditanya tentang cinta, Johan memberitahu:-
Kali ini, janganlah ada yang perigi cari timba. Apa yang paling penting saya akan mengutamakan restu kedua ibu bapa saya.
Johan juga mendakwa tidak serik dengan alam percintaan.
Saya tak boleh lari daripada memiliki perasaan untuk bercinta itu. Ia suatu perkara yang baik dan suci. Tanpa cinta saya bukan manusia yang baik.
Johan turut memberitahu bahawa dia mempunyai ramai kawan wanita, namun mereka sekadar kawan.
Memang saya mempunyai ramai kawan wanita, tapi bukan wanita idaman.
Biasalah tu ya tak, mungkin jua ada yang menepati ciri wanita idaman Johan, cuma Johan pula bukan lelaki idamannya.
Bersama kita doakan dia akan ketemu wanita idamannya ya. Amin.