Johan As’ari Nafi Gosip Bercinta Dengan Wan Sharmila

Hiburan

Johan As’ari Nafi Gosip Bercinta Dengan Wan Sharmila

Minggu lepas, ada desas-desus mengatakan pelakon Johan As’ari kini sedang intim dengan Wan Sharmila selepas kedua-duanya menjalani penggambaran  drama Jejak Karmila baru-baru ini.

Advertisement

Berita itu mencetuskan tanda tanya dikalangan peminat industri hiburan tempatan apakah benar Johan sekali lagi terjebak dengan percintaan bersama rakan artis.

Mengakui  melalui cinta lokasi bersama Wan Sharmila, Johan bagaimanapun tidak mahu orang ramai terus berspekulasi kerana beliau dan Wan Sharmila sekadar menghayati watak untuk drama tersebut dan tidak terbawa-bawa  dengan perasaan sehingga di luar set penggambaran.

Memang benar kami melalui cinta lokasi, tetapi jangan cepat membuat andaian. Ia hanya dalam babak Jejak Karmila, bukannya terbawa-bawa di luar set. Malah kalau ikutkan babak berdua dengannya cuma tiga hari.

Kalau tersebar kisah kami bercinta, itu tandanya penghayatan kami ‘menjadi’. Selepas penggambaran berakhir pula, saya dan Wan Sharmila cuma keluar minum sekali saja. Itupun kami pergi bersama beberapa kawan lain.

Berbicara soal jodoh, Johan buat masa ini ingin fokus kepada kerjaya lakonannya dan menyerahkan hal berkenaan kepada  ketentuan takdir.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...