Johan As’ari Masih Solo, Lebih Matang Hargai Cinta

Hiburan

Johan As’ari Masih Solo, Lebih Matang Hargai Cinta

Lama tak bercerita mengenai Johan As’ari selepas percintaannya dengan Lana Nordin berakhir. Pelakon kacak ini dilihat lebih mendiamkan diri selepas kontroversi tersebut. Mungkin Johan lebih banyak muhasabah diri selepas sering gagal dalam percintaan. Iyerlah kalau dah banyak kali cinta berakhir di tengah jalan, kenalah buat “spot check” terhadap diri sendiri juga. Manalah tahu ada kekurangan dalam diri yang perlu dibaiki.

johan asa'ari

Advertisement

Buat anda yang meminati pelakon ini, Johan As’ari memaklumkan yang dirinya masih solo dan kini lebih matang dalam percintaan. Kata Johan menerusi portal GUA:-

Saya masih lagi solo dan belum mempunyai kekasih. Soal jodoh dan ketentuan, saya serahkan urusan tersebut pada Allah. Apa yang menjadi keutamaan saya, restu dari kedua ibu bapa. Itu amat bermakna.

Saya rasakan sekarang, ‘silence is golden’. Lepas apa yang saya lakukan, saya sedar diri. Saya minta maaf sekiranya saya ada buat salah dan silap. Saya telah mencuba sebaik mungkin untuk memperbetulkan khilaf yang saya lakukan. Alhamdulillah, kini semuanya semakin baik.

Tidak. Saya pernah keluarkan kata-kata, ‘tanpa cinta, mungkin saya bukan seorang manusia yang baik’. Itu bermaksud, cinta itu sendiri mematangkan saya. Semua perkara terjadi, jika tiada cinta, tiada rasa kasih dan sayang, rasanya perkara itu akan jadi macam tidak memuaskan. Saya lebih matang dalam menghargai cinta

johan

Bila Abang Nara baca kata-kata Johan, memang penuh madah sungguh. Power sungguh ayat yang dituturkan olehnya. Memang kalau anda seorang perempuan, boleh cair dibuatnya. Diharap kegagalan dalam percintaan yang lalu benar-benar memberi pengajaran buat Johan. Semoga kalau bertemu cinta selepas ini, ia adalah yang terakhir dan akan dihalalkan terus dengan ikatan perkahwinan. Sama-samalah kita doakan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...