Written by AbangNara | December 30th, 2014

Inilah bagusnya kewujudan laman sosial dan juga teknologi seperti telefon, WhatsApp dan email. Tak perlu tunggu sampai esok lusa untuk beri penjelasan. Selepas pengarah popular Jinggo berkongsi gambar di Facebook menunjukkan betapa berlagakanya pihak pengurusan Puteri Balqis, kini ibu kepada pelakon cilik itu tampil menjelaskan cerita sebenar. Menurut Ibu kepada Puteri Balqis Azizi iaitu Norashikin Mohd Aziz, segala apa yang ditulis oleh Jinggo yang merupakan suami Sheila Rusly adalah fitnah semata-mata.

puteri balqis

Berdasarkan penerangan Norashikin, pihak produksi tersebut telah merayu agar Puteri Balqis berlakon di dalam drama Syurga Nur sehingga tahap menganggu tanpa mengira siang dan malam. Skrip juga telah diterima dan dihafal oleh Puteri Balqis. Namun ketika pertemuan untuk menandatangani perjanjian dan penyerahan doposit, pihak produksi menghantar mesej bahawa mereka membatalkan tawaran tersebut. Kata Norashikin:-

Apa yang ditulis di laman sosial Facebook adalah tidak benar dan fitnah semata-mata. Lagi pula cerita itu sudah lama iaitu sebelum Balqis memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik Asia di Asian Television Awards 2014 (ATA 2014), Singapura pada 11 Disember lalu.

Sepatutnya pihak kami yang bertindak begitu kerana dipermainkan bukannya mereka, tetapi kami faham kami ini hanya orang kecil jika ingin berperang dengan mereka yang ada nama besar dalam industri.

Mereka merayu untuk Balqis berlakon dalam drama berjudul Syurga Nur untuk slot Akasia di TV3 yang mana ada enam episod untuk Balqis. Pada awalnya saya menolak kerana jadual dia penuh kerana ada penggambaran drama dengan Micheal Ang.

Namun, pihak produksi masih menganggu dengan menghubungi kami siang dan malam merayu agar Balqis berlakon dalam drama itu kerana mereka beritahu tiada pelakon lain yang boleh bawa watak tersebut. Oleh kerana itu, kami berlembut hati dan meminta mereka menghantar skrip untuk dibaca dan dihafal oleh Balqis.

Sudah tentu kami rasa dipermainkan kerana pada awal mereka beria-ia untuk ambil Balqis sehingga saya terpaksa minta pengarah Micheal Ang bertolak ansur dan beri laluan kepada drama ini dahulu.

Deposit seharusnya dibayar kepada pelakon selepas menerima skrip dan kami memang sudah menerima skrip, malah Balqis sudah pun menghafalnya.

Tentang bayaran untuk pelakon kanak-kanak bukan banyak seperti pelakon dewasa, malah produksi tersebut sudah memberitahu hanya akan membayar untuk lima episod sahaja sedangkan watak Balqis untuk enam episod

puteri balqis difitnah Norashikin juga turut memaklumkan yang mereka telah dinasihat oleh beberapa pihak agar tidak berurusan dengan produksi tersebut kerana syarikat itu banyak mendatangkan masalah. Nampak gaya berdasarkan penerangan ini, ada pihak yang sengaja mahu menjatuhkan nama baik Puteri Balqis. Mungkin ada komplot tertentu untuk menjahanamkan karier Puteri Balqis. Cemburu mungkin? Pelik-pelik orang kita ini. Tak boleh ke kalau nak tumpang gembira apabila melihat orang lain berjaya? Kenapa perlu mencipta cerita tipu hanya untuk menjatuhkan orang lain? Sumber Mstar Online.

P.S: Ron 95 dan diesel boleh jatuh di bawah harga RM2 seliter

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

54 responses to Jinggo Buat Fitnah, Skrip Sudah Diterima & Dihafal – Ibu Puteri Balqis

  1. Aku kecewa dgn semua ini! says:

    Shit industri hiburan Msia ni. Saling menjatuhkan.
    Kck, d bsrkn. Tiada, di adakan.
    Yg bkn artis pn sama.
    Benciiiiii. Penuh hati busuk semua. Pindah la aku nak gi duk atas awn jee!!

    0
    0
    • aku perkerja bank says:

      Adik Balqis pergi le belajar. Tak payah masuk industri hiburan Malaysia yg penuh hasad dengki, talam dua muka, hipokrit dan saling2 menjatuhkan antara satu sama lain…..depan lain belakang lain…..

      0
      0
      • Datin Semah says:

        pasal deposit pun kecoh ke?? mcm ayam pencen bertelur riuh sekampung. akak pergi buat baju kebarung kat taylor cheras mey ling pun amoi mintak bayar deposit you ols. adoii..relaks la bro….tak gentleman la. rempit sangat.

        0
        0
        • Yahudi says:

          skrip sudah hafal ? Surah dari Quran , brapa byk dh dihafal out of 114 surah ?

          0
          0
        • Bekas Pelakon says:

          agree, industri hiburan malaysia “kotor”! masing2 sibuk menjatuhkan masing2. adik balqis pegi belajar tinggi2. jgn jadi mcm diaorang ni. jadilah anak muda yg berguna kelak. filem2 mereka layak ditonton oleh makcik2 felda dan felcra je. x payah bersekongkol dgn dosa n nista diaorang. x kemana pun….

          0
          0
        • anti pengarah mulut jamban says:

          silah la jawab wahai si mat jonggo bin dubbo.

          salahkan si bapak mahu jaga kebajikan anak nya? masaalahnya sekarang bukan pasal diva ke haper? ibu bapa si balqis buat garis panduan utk menjaga kebajikan si anak. yg x pro bukan si bapa tapi si suami kpd pengarah yg x pernah menang anugerah tahap global.

          ko buat rancangan masakan dalam dapur tepi jamban rumah ko je..senang!!!

          0
          0
        • MEMUALKAN says:

          Ko ingat dia budak kecik ko yg ada kompani tu buleh buli sewenang-wenangnya? Sah2 budak la dia ada mak bapak yg perihatin. Please la wahai Tengku Shila Rusly Binti Tengku..Juh !!! dan si suami serta seluruh kaum kerabat produksi. Jgn senang2 nk pijak, buli & busuk2 kan nama budak yg x berdosa tu la. Buat business buat cara Islam boleh tak?

          0
          0
        • Olga says:

          laki bini samer je…propa je. padahal filem2 mereka hanya layak masuk lobong tinggal rang batu je. next?

          0
          0
        • Dapur Arang Kak Ghee says:

          sampai bila mutu filem kita nk naik kalau orang2 dewasa tak bersikap adil dan pro? sebagai sebuah syarikat..deposit tu amalan biasa la. penyanyi2 pun ambil deposit sebelum naik pentas buat show. hargai la bakat bukan nk sekat periuk nasik pelakon2 yg baru nk naik. ngerti?

          0
          0
        • minah jambu rambut kerinting says:

          bahlol betol kau ni yahudi ! orang cakap pasal hafal skrip kau cakap pasal hafal Al Quran kenape kau ni bengap sangat macm kiwak !

          0
          0
        • Fin Jamil says:

          Yahudi ni nakal betul.. bila nk berubah??

          0
          0
        • K.A.A says:

          org tua yg lebih2… budak kecik tu punya nama gak jadi mangsa….

          0
          0
      • Mak Jemah says:

        islam sama2 umat gaduh bergaduh. mcm mana la kelantan serambi mekah tak tenggelam, kan? sesama bangsa agama memusuhi. yg media plak jadi batu api. tak cukup ke negara dilanda musibah banjir, kapal terbang hilang, ….bertindih-tindih? muhasabah la wei. ya alllah ampunlah dosa2 kami yg alpa ini. amin.

        0
        0
      • Be Professional La says:

        berdosa ke mintak deposit? tu pun kecoh… filem pun layak tayang kt rtm1 je.

        0
        0
    • Cili Padi says:

      si jonggos laki shila rusly ni mcm ada agenda tersembunyi dengki sebab bini dia hanya layak menang tropi “artis suam2 kuku bermulut sisa kumbahan alam flora #1 se Malaysia” je.

      0
      0
      • Orang Cerdik says:

        Oh Rozana

        Entah kumulai dari mana
        Semua bisjut & royi begitu saja
        Engkau datang dengan seribu alasan
        Membuatku jejaka bangla bingung

        Saat engkau mengenangkan jejaka bangla
        Aku berusaha mencari bisjut & royi
        Karena jejaka bangla menghargaimu
        Walaupun dibalik senyummu tersimpan RM10K

        Mungkin bangla tak seperti yang kau inginkan
        Membuat bisjut seperti royi
        Tapi itu yang membuatku tau
        Bahwa RM10K disitu
        Pantas saja engkau selalu menanyakan

        “Nak bisjut? Nak 10K?

        0
        0
    • kecik2 dah banyak gosip adehh – kedaionlinemy.com

      0
      0
  2. aku says:

    kurrr…kurrr

    0
    0
  3. kak piah says:

    Haaaa…tengok siapa salah??? Yg Nara pun cek laaaa dulu baru post. Sian kat Balqis…

    0
    0
  4. naruto says:

    knp ttbe ak rse y abg nara ni mcm
    lidah brcabang eh..
    mase memule td kondem si budak balqis ni n now dye kutok si jinggo plak…
    ishhhhhhh…

    0
    0
  5. abang askar says:

    Kebenaran akan terungkai jua….sudah2lah tu Jinggo & shila …usahlah mendongak kelangit….pandang2lah rumput yg dipijak dibumi…

    0
    0
  6. pape jelah says:

    sedarla nara oi.. awak tu yg skrg ni melaga2kan artis. income blog ni kasi mkn anak binikan… da besar pnjg. pikir

    0
    0
  7. iziq says:

    saya harapkan abang nara kene lebih pandai menulis. cuba buat artikel yang tidak menjatuhkan mana2 pihak. buat penulisan secara neutral. ni tidak memula jatuhkan orang lain… pastu jatuhkan orang lain. ni dah boleh dikira fitnah… tolonglah paham yerk,

    0
    0
  8. otakkaudilutut says:

    mak ayah yang hidup dengan makan duit anak… anak di suruh bekerja.. dorang makan hasil anak.. bodoh punye mak bapak…otak kat lutut..

    0
    0
    • Joyah Pok Pek says:

      Mana tahu duit berlakon anak dia..diorg makan..hbis tu duit raya anak2 dpt setiap thun tu mak bapak tolong pegang simpankan dlm takaful pendidikan, pelaburan kira membodohkan mak bapak jga ker..mana ko thu dia guna utk apa duit anak dia???

      0
      0
  9. nyah meletop says:

    KAU NI DAH KENAPA NARA OIIIII……KALAU NAK CARI MAKAN PUN AGAK2 LAH..

    0
    0
  10. anon says:

    Nara tak nak citer ke psl izreen azminda yg dilayan spt anjing, siapa yg layan izreen mcm tu, kesian dia

    0
    0
  11. Anonymous says:

    sblm ni ad gak dgr pasal y x baik pasal syarikat produksi jinggo ni…kadang kesian plk adik balqis ni y jadi mangsa….bang nara ni aku tengok pn dh mcm lalang…jap ke timur..jap ke barat…mama balqis lawa la n papa dia ensem…

    0
    0
  12. anon says:

    Wlpn budak ni dikatakan pandai berlakon tapi dia tak comel. Mia blh tahanlah jugak…..sori, ni cume pendapat aku. Mak ayah budak2 ni takyahlah over ambitious sngt sampai sanggup ‘push’ anak2 yg masih kecil ke dunia seni. Gila glamer jugak mak bapak dia org ni….

    0
    0
  13. ogy says:

    kesian kat adik balqis yg jd mangsa..budak kecik tak tau ape2,ibubapa dia la yg harus mencorakkan anaknya…tak perlu kot nak amik job byk sgt sbb masih anak kecil dan perlu bimbingan ibubapa…hantar anak belajar pandai2 n tak de la nnty kena tipu atau sebagainyer

    0
    0
  14. unknown says:

    at her age balqis sepatutnya menikmati zaman kanak-kanak bukannya bekerja, hafal skrip bagai..

    0
    0
    • Pujangga says:

      bkn sume kanak2 dpt menikmati zaman kanak2 nya. take note!

      0
      0
      • One Direction says:

        ader ker kanak2 yg x dapat nikmati zaman kanak2 nyer ?????? tipu lah..
        One Direction time kecik2 dulu boleh aja main hide & seek.

        0
        0
      • bongbewok says:

        Anak angkat pinjamal misalnya. Terpaksa ke studio, persembahan mak apak dia.ditemani bunyi bising dan asap2 rokok

        0
        0
    • kuku besi says:

      Unknown, mane kau tau die x nikmati zaman kanak2 die. Ko ni dah beranak ke belum? walau ape pun yg bdak tu tgh buat, die mmg sedang nikmati zmn kanak2 die plus die bekerja ms kecik which is mmg jalan rezeki die mcm tu. Mungkin kau rasa kau nmpk bgus ckp mcmni “at her age balqis sepatutnya menikmati zaman kanak-kanak bukannya bekerja, hafal skrip bagai..” but kau tau ke ape yg budak tu sepatutnye buat? Tlg faham tentang rezeki dan perjalanan hidup semua org x sama, Allah dah tentukan. Who are we to judge? and say ‘she supposed to do this instead of that bla bla bla…’ Sedangkan kite yg dewasa ni pun kdg2 xtau ape yg kite patut buat..

      0
      0
  15. Lols says:

    Yg korg menyibuk budak tuh nak kerja ke nak hafal skrip ke, sukahati dia lah. Xmenyusahkan korg pun. Jaga diri and family sendiri sudah. Dasar penyibuk. Bukan dia mintak duit korg pun. Enjoy the show sudeyh. Kepochi!

    0
    0
  16. dengki ler tuh? says:

    kesian nyer…tak payah la tabur pasir dlm periuk nasik dia.
    motif ???

    0
    0
  17. Anonymous says:

    Apalah korang ni.. budak ni ckp dia memang minat berlakon. Bukan mak pak dia paksa.

    0
    0
  18. Anonymous says:

    Nara, macam lalang sangat la. First post tadi beria salahkan bapak balqis, ni kata orang cemburu and nak jatuhkan. Apa kata untuk gosip masa depan, simpan dulu pendapat. Dah keluar penjelasan dari semua pihak baru kau buat observation. Sekadar teguran. Peace!

    0
    0
  19. kak beb says:

    alah bapak budak ni pun satu cuba lah ko tu jawab dengan berhemah…ni ko jwb dgn kuang ajaq memang lah kena…cuba jwb dgn elok2…x der lah kena gosip mcm2 ni…kesian kat anak tu..anak tu berbakat..jgn sb kedivaan mak pak anak yang jd mangsa…kak beb dan tanyo sikit ni apa keja mak pak adik balqis nie…cian adik kena kerja di waktu usia sekecil ini..sepatutnya usia sekecil begini tgh sekolah dan bermain bersama-sama2 rakan sebaya…apa nak jd dunia skrg…budak kecik keja org dewasa goyang kaki…

    0
    0
  20. Anonymous says:

    Sudahlau kak beb… cuba ko duduk tmpt bapak dia. Ntah2 ko lebih sudu dari kuah. Tak tahu citer sebenar jgn tunjuk bagus. Keyboard warrior boleh lah

    0
    0
  21. banara says:

    abang nara ni pon satu. tngk kt pos yg satu lg. dia bahan bapak balqis ni. kata belagak la. kt sini sokong balqis plak. tah pape. lain kali jgn dgr dari satu pihak je. tah pape tah. bongggkokokokokok je. phuhihihihi bangara

    0
    0
  22. drMpower says:

    suh budak tu belajar lah
    jangan kuat sangat belakon

    and bapak tu, jgn celupar sangat lah

    0
    0
  23. Anonymous says:

    Beutifulnara..hang lagi bahaya

    0
    0
  24. komentar says:

    sheila rusly ni dulu suka panggil orang anjing…biadap dia ni,utk adik balqis nasihat ikhlas dari saya bila dah byak kumpol duit nanti lebih baik belajar hingga ke ‘menara gading’

    0
    0
  25. ichi says:

    hahah dosa2

    0
    0
  26. budak kecik says:

    Bila dh masuk dunia seni,paham2 sndirilh dunia tu..siapa yg over expose?anak dia ke,parents dia?..xperlu brtekak,dunia seni malaysia nie kecik jerrr

    0
    0
  27. haha..ngan budak2 pun mau gaduh ka ?hahaha…

    0
    0