Jimmy Shanley Tak Gembira Jumpa Anak – Bekas Ibu Mertua

Hiburan

Jimmy Shanley Tak Gembira Jumpa Anak – Bekas Ibu Mertua

Bekas ibu mertua Jimmy Shanley, Datin Muniroh Kassim memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, semalam bahawa bekas menantunya, Jimmy Shanley tidak menunjukkan sebarang reaksi gembira apabila bertemu dengan anaknya sendiri. Perkara itu disedari oleh Datin Muniroh apabila beliau menghantar Zahra ke rumah Jimmy di mana Jimmy tidak menunjukkan apa-apa reaksi terhadap kehadiran anaknya sendiri.

jimmy shanley anak

Advertisement

Malah menurut Datin Muniroh, ketika Zahra dimasukkan ke hospital, Jimmy Shanley hanya datang melawat selama 5 minit sahaja. Menariknya Datin Muniroh memaklumkan yang dia tidak menghalang Jimmy untuk datang melawat anaknya sendiri bila-bila masa kecuali bermalam kerana kerja Jimmy selaku deejay radio bermula pada jam 6 pagi. Kata Datin Muniroh:-

Sewaktu cucu saya diwadkan di hospital kerana tidak sihat, dia cuma datang melawat lima minit sahaja. Datanglah pada bila- bila masa dia mahukan di siang hari kerana rumah tinggal kami tidak berjauhan antara satu sama lain.

Jika Zahra Rania bermalam di rumahnya, siapa akan menjaganya sewaktu bapanya keluar bekerja kerana Zahra Rania bangun tidur sekitar jam 8 pagi. Lagipun Jimmy hanya tinggal seorang diri di rumah.

jimmy dan anak

Apa yang menyedihkan, menurut Datin Muniroh, Jimmy Shanley bukan sahaja tidak datang melawat anaknya, malah telefon dan bertanya khabar juga tidak dilakukan oleh bekas menantunya itu. Kesemua penerangan ini diberikan oleh Datin Muniroh ketika sesi prosiding di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam. Perbicaraan kes akan bersambung 6 September depan. Info asal Sinar Harian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...