Jimmy Shanley Berdebar Berhari Raya Pertama Kali Dengan Anak

Hiburan

Jimmy Shanley Berdebar Berhari Raya Pertama Kali Dengan Anak

Fuh ~~ Memang comel sangat-sangat anak Jimmy Shanley nie. Macam Jimmy Shanley versi perempuan. Cute!!! Rasa nak cubit-cubit je. Dan tahun ini, Jimmy Shanley buat pertama kalinya akan berhari raya bersama dengan anaknya, Zahra Rania yang kini sudah berusia 2 tahun.

zahra rania

Advertisement

Berkata kepada Utusan Malaysia, Jimmy mengakui berdebar-debar. Kata Jimmy:-

Memang kali ini lebih bermakna memandangkan saya akan beraya dengan anak saya buat kali pertama. Kalau nak diikutkan memang agak janggal sebenarnya untuk membeli persiapan seperti baju raya untuk anak saya, tetapi saya anggap ini sebagai satu pengalaman baru. Masih lagi rasa berdebar-debar sebab ini pertama kali kami beraya berdua

zahra rania
Walaupun hanya akan berhari raya bersama-sama sehingga raya kedua, Abang Nara rasa itu pun dah cukup dah kot. Yang penting ada giliran. Abang Nara tengok Jimmy pun bahagia sekarang melayan keletah anaknya. Untuk makluman, buat masa ini dalam masa seminggu, Zahra akan bersama Jimmy untuk 3 hari.

Setiap minggu saya akan bersama Zahrah selama tiga hari, walaupun terdetik juga rasa rindu saya akan pastikan waktu dia bersama ibunya tidak diganggu. Soal kepayahan menjadi bapa tunggal ini tidak terlalu terasa memandangkan keluarga sentiasa membantu saya

Bagus Jimmy. Jangan diganggu giliran Zahra dengan ibunya. Patuhi syarat dan peraturan. Kepada Jimmy, selamat berhari raya buat pertama kali dengan anak anda. Jangan lupa bagi duit raya lebih sikit. Beberapa lagi gambar aksi comel mereka berdua dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
zahra raniaP.S: Dapatkan majalah Media Hiburan di atas secara digital di Emall Karangkraf dengan harga SERENDAH RM2.80. Boleh baca di kala menunggu kedatangan tetamu di Hari Raya ini.


zahra rania
zahra rania
zahra rania

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...