Jika Anak Kedua Cemerlang Dalam SPM : Che Ta Mahu Hadiahkan Nissan GT- R

Hiburan

Jika Anak Kedua Cemerlang Dalam SPM : Che Ta Mahu Hadiahkan Nissan GT- R

Rozita Che Wan nampaknya sekali lagi akan menghadiahkan anaknya sebuah kereta mewah jika anak keduanya Aniq Ezra memperolehi keputusan yang cemerlang didalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Advertisement

Sebelum ini, Che Ta telah membeli sebuah kereta jenis BMW 6 Series buat anak sulungya Ammar Effendy. Kali ini, Aniq Ezra pula dijanjikan hadiah kerana Nissan GT-R.

Che Ta berkata, beliau memang menjanjikan habuan untuk anak-anaknya tetapi dengan syarat mereka perlu cemerlang dalam pelajaran. Malah, anak-anak Che Ta diberikan elaun secara mingguan.

Buat Che Ta apa yang dilakukan oleh beliau tidak salah kerana ingin anak-anaknya merasa hidup senang tidak seperti yang beliau lalui dahulu.

Aniq mahu dibelikan kereta Nissan GT-R. Jadi, saya cakap boleh jika dapat 9A1 dalam SPM. Insya Allah, saya yakin dia mampu memperoleh keputusan begitu memandangkan keputusan percubaan SPM lalu mencapai sasaran.

Dulu saya tidak menikmati seperti anak saya dapat hari ini. Jadi, apabila saya diberikan rezeki lebih, tidak salah jika saya berbelanja untuk mereka. Namun, untuk mendapatkan apa diinginkan, mereka perlu berusaha.

Bukan satu perkara baharu apabila Che Ta sering menghadiahkan barangan berjenama dan kereta kepada anak-anaknya. Namun, setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza dalam hal ini. Apa-apapun, kalau Che Ta dah mampu  biarlah beliau dengan caranya.

Sumber Berita: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...