Written by Bella | March 18th, 2016

Jenazah komposer terkenal Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan yang meninggal duniapada jam 6 awal pagi tadi akibat diabetes, serangan angin ahmar, sakit buah pinggang dan beberapa komplikasi lagi telah selamat dikebumikan di  Tanah Perkuburan Islam, Sungai Ramal, Kajang jam 9.50 pagi.

Allahyarham sebelum itu dibawa ke Masjid Al-Falah di sini pada pukul 6 pagi selepas dimandikan dan dikafankan di Hospital Selayang.

Adnan meninggalkan seorang balu iaitu Rozinor Hafiza Mohd Fauzi, 38, dan tiga orang anak Aiman Zamer, 20, Aina Zamira, 17, dan Adrian Zahir, 15, tahun hasil perkahwinan pertamanya dengan Siti Hajar Long.

Perkahwinan kedua Allahyarham  sejak tahun  2009 tidak dikurniakan cahaya mata.

Beberapa artis ternama turut hadir pada pengkebumian bagi memberikan penghormatan terakhir kepada arwah. Antaranya ialah Misha Omar,Datuk Siti Nurhaliza, Nora, Liza Hanim dan Hasnol.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah dan semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

Sumber Berita : mStar Online

12 responses to Jenazah Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan Selamat Dikebumikan

  1. Anonymous says:

    al fatihah…lagu arwah masih saya putarkan boleh dikatakan tiap2 minggu… :(

    0

    0
  2. Cili Boh says:

    sedihnya. lagu2 ciptaan allahyarham best sgt. bukan mcm lagu2 sekarang. sampah!

    0

    0
  3. nn says:

    angin ahmad pun boleh.

    al fatihah.

    0

    0
  4. Anonymous says:

    ARWAH MENINGGAL JAM2.17PG LAH….
    ALAHAI ITU PUN TYPO KE….

    0

    0
    • Anonymous says:

      Isteri pertama bukan Siti Hajar Long..
      Dayang Aminah Datu Bachtiar
      Sila semak fakta

      0

      0
  5. fadiana says:

    al Fatihah

    0

    0
  6. Anonymous says:

    sedih banyak penyanyi bimbingan dia popular and terbaik…

    0

    0
  7. Anonymous says:

    Al Fatihah –lagu lagunya tetap akan menjadi evegreen…..

    0

    0
  8. Lisa says:

    Patutlah sekarang banyak lagu2 merapu..baru aku sedar sebab apa….sebab komposer2 otai dah makin ramai meninggal….sob sob

    0

    0
    • wawa says:

      same jugak macam sekarang.
      byk sgt ustaz segera.
      xde ilmu tapi ckp mcm pandai.
      tapi bab hukum hakam bisu xde yg nak tegur.
      sibuk pasal halal haram makanan.
      yg pakaian haram xde pulak nak sibuk cop jakim bagai..
      sebab ape?
      byk ulama’ ilmuwan yg telah meninggal.
      ulama’ yg lantang meninggikan syariat.
      yg skrg ularmak penjilat..

      0

      0
  9. Obat Jerawat says:

    ngikut nyimak aja

    0

    0