Jenama Telefon Pintar Wiko Kini Top 5 Di Eropah Barat

Hiburan

Jenama Telefon Pintar Wiko Kini Top 5 Di Eropah Barat

Jutaan tahniah Abang Nara ucapakan kepada jenama telefon pintar Wiko yang telah berjaya menempatkan diri mereka sebagai Top 5 di Eropah Barat. Ini adalah satu pencapaian hebat untuk jenama dari Perancis ini kerana Wiko baru sahaja berusia 5 tahun. Bukan senang untuk sesebuah syarikat berusia 5 tahun untuk memecah monopoli syarikat-syarikat gergasi lain, lebih-lebih lagi di Eropah Barat. Ini jelas menunjukkan telefon pintar keluaran Wiko berkualiti tinggi dan berdaya saing.

wiko mobile

Advertisement

Untuk makluman, Wiko berjaya mencapai kedudukan nombor 2 di Perancis dalam tempoh 3 tahun dan kini berada di kedudukan #2 di Potugal, kedudukan #4 di Itali, nombor #4 #5 di Spain dan kedudukan #2 di Belgium. Di Malaysia juga jenama telefon pintar Wiko semakin menjadi pilihan ramai kerana harganya yang berpatutan dengan spesifikasi yang diberikan.

wiko

Abang Nara pun dah ada sebiji telefon pintar Wiko di rumah untuk kegunaan harian. Antara telefon pintar keluaran Wiko yang menjadi pilihan ramai ialah:-

1. Wiko Robby

wiko robby

Wiko Robby yang berharga RM499 ini didtangkan dengan kamera belakang 8 mega piksel dan kamera selfie 5 mega piksel serta boleh menggunakan 2 sim kad. Skrin pun cukup besar untuk layan segala macam video kegemaran anda.

2. Wiko Ufeel dan Wiko Ufeel Lite

wiko ufeel

Kepoweran Wiko Ufeel dan Ufeel LITE yang paling awesome ialah kehebatan imbasan jarinya. Boleh scan 5 jari untuk 5 aksi yang berbeza. Contoh ibu jari untuk bukak Facebook, jari telunjuk untuk telefon bini, jari tengah untuk buka Instagram, jari manis untuk telefon mak/ayah dan jari kelingking untuk buka YouTube. Tak ke senang tue? Jimat masa pun jimat jugak.

3. Lenny 3
lenny wiko
Lenny 3 adalah “The Bright & Trendy” di bawah keluarga “Y” telefon pintar Wiko. Sebelum ini Wiko pernah mengeluarkan Lenny 2 dan mendapat sambutan yang super duper hangat. Untuk meneruskan legasi tersebut, Lenny 3 dikeluarkan dengan penambahbaikan yang lebih awesome. Lenny 3 didatangkan dengan skrin 5 inci HD membolehkan kita melayan segala movie pada kualiti terbaik. Kameranya pula adalah 8MP. Jadi lebih sharp, terang dan cantik gambar yang diambil. Paling best, sistem yang digunakan di dalam Lenny 3 adalah sistem android terbaru iaitu Marshmallow 6.0. Ini bermakna Lenny 3 memang laju, pantas, tuntas, tak ada tersekat-sekat. Sekiranya anda membeli Lenny 3 yang dijual pada harga RM379, confirm anda akan berpuas hati. Cantik pun memang cantik.

4. Jerry 3
jerry
Dengan harga hanya RM299 termasuk GST, Jerry 3 adalah sebuah telefon pintar 3G “The Trendy One” yang mempunyai skrin 5 inci. Memang puas hati layan video, movie, main Facebook, buka website dan sebagainya. Pilihan warna yang ada untuk Jerry memang amat sesuai untuk mereka yang suka bergaya. Kamera yang disediakan pun boleh tahan iaitu 5MP dengan fungsi “gesture shot” dan juga “smile shot”. Senyum je gambar terus diambil secara automatik. Best kan?

Tahniah diucapkan kepada Wiko Mobile atas kejayaan ini. Lepas ini kalau ada niat di hati nak beli telefon Wiko, tak perlu ragu-ragu lagi. Penduduk di Eropah Barat dah yakin dengan kehebatan Wiko, kenapa tidak anda? Jangan lupa untuk LIKE Facebook Wiko Malaysia untuk sebarang makluman.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...