Bercinta sememangnya mengasyikkan. Tetapi perpisahan yang berlaku sememangnya akan memedihkan jiwa raga. Akhirnya, sah yang hubungan cinta Jejai dan Fasha Sandha sudah putus . Siap keluar muka depan Harian Metro lagi. Takziah kami ucapkan kepada mereka berdua. Nampaknya hajat untuk ke jinjang pelamin tidak kesampaian jua. Kata Jejai:-
[note]
“Dia (Nora Danish) tidak pernah masuk campur urusan peribadi saya. Apa yang berlaku antara saya dan Fasha sehingga menyebabkan kami berpisah tiada kena mengena dengan orang lain,†katanya menerusi e-mel yang dihantar kepada wartawan Harian Metro, semalam.
Kenyataan Jejai itu sekali gus menamatkan teka-teki yang sebelum ini dicetuskan Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 27, apabila berkata hanya dia dan Jejai yang tahu mengenai status terkini perhubungan cinta mereka.
Kiriman e-mel Jejai itu juga secara tidak langsung membersihkan nama Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 29, yang sebelum ini didakwa menggunakan keluarga bekas mentuanya untuk memutuskan hubungan Jejai dan Fasha. [/note]
Jejai berkata, dia terpaksa membuat kenyataan dan penjelasan mengenai status perhubungannya dengan Fasha berikutan terlalu banyak fakta tidak betul mengenai mereka diperkatakan media dan di Internet, biarpun dalam bentuk gosip.
“Walaupun dalam penulisan (gosip di akhbar) tidak menamakan artis berkenaan, tapi sesiapa yang membaca pasti akan mengetahui siapa artis yang dimaksudkan. Sebenarnya ia tidak pernah berlaku seperti ditulis.
“Dakwaan dia (Nora Danish) menggunakan keluarga saya untuk memisahkan (saya dan Fasha) tidak pernah berlaku. Apa yang berlaku dalam keluarga saya, saya tahu semuanya,†kata Jejai menerusi e-melnya.
Jejai turut menegaskan dakwaan mengatakan Nora gila talak amat keterlaluan.
“Saya pasti dia (Nora Danish) tidak pernah gila talak. Dia sedang mengenali seseorang, malahan saya mengenali lelaki itu. Dia seorang yang baik dan dihormati. Fasha juga tidak pernah mengugut saya. Itu adalah pasti. Dia bukan seorang yang berkelakuan begitu,†katanya.
Jejai turut menegaskan kenyataan diberikan mengenai isu perhubungan cintanya itu yang terakhir dan berharap ia tidak lagi diperkatakan atau ada pihak cuba menjadikan ia sebagai satu isu.
Abang Nara tak tahu nak cakap apa nie. Terkesima sudah. Mesti Fasha kecewa ditinggalkan Jejai. Kesian pulak kat Fasha. Apa-apa pun harap Fasha tabah. Kredit berita Harian Metro.