Written by Bella | January 18th, 2016

Baru-baru ini, sebuah video dimana penyanyi rock Amy Search jatuh daripada pentas ketika mengadakan persembahan tersebar luas di media sosial. Ia satu insiden yang agak mengejutkan dan mencetuskan kerisauan dikalangan peminat beliau.

Walaubagaimanapun,lagenda rock Malaysia ini tetap meneruskan persembahan beliau meskipun menanggung kesakitan akibat cedera pada bahagian bahu termasuklah bengkak pada ibu jari tangannya.

Kesakitan memang dirasakan kerana saya jatuh dengan menghempap tangan dan beban seluruh badan terasa pada bahu. Saya duduk berehat seketika kerana sakit, namun kembali meneruskan persembahan menyanyikan empat lagu yang berbaki selepas insiden itu.

Walaupun tangan berdenyut-denyut ketika itu, saya tetap ingin meneruskan persembahan kerana ia adalah amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

Jelas Amy, ketika kejadian berlaku beliau yang sedang menjayakan majlis makan malam korporat di ibu kota ingin bersalaman dengan peminat yang berada di barisan depan. Namun,sinaran lampu dan struktur pentas mengelirukan antara punca menyebabkan beliau terjatuh dari pentas setinggi empat kaki.

Aduh, boleh terbayang dah rasa sakit yang Amy Search tanggung lebih-lebih lagi terjatuh daripada pentas yang agak tinggi tetapi kami tabik spring dengan semangat beliau yang kuat kerana masih lagi ingin memberikan persembahan terbaik buat peminatnya.

Sumber Berita: BH ONLINE

 

9 responses to Jatuh Pentas: Amy Search Tetap Teruskan Persembahan Meskipun Bahu Terseliuh

  1. Anonymous says:

    Syarat tu berat! I cannot believe kerana nak duit juta juta pihak pengurusan sanggup jual maruah the Red Warriors. Tak kisah prestasi pasukan ni maju atau mundur. Rasanya terus mundur.. Takziah Pink Warrior.

    0

    0
    • minah jambu terlajak habis says:

      eleh tu kan untok sementara aje bukan untok 4ever stadium tu pink..the Red Warriors tetap the Red Warrior tkde berubah ape2 pon ok pe ! ape yg jual maruah nyeee jangan merepek lah ! ape dato vida dh beli the Red Warriors ke ? stadium klantan tu berkerak agak Nye tk berseh berkeladak tu pasal dato vida nk tukar kaler dia jadi kan stadium tu pink jadi Nampak berseh sikit eemmmuah hahaha..

      0

      0
  2. minah jambu terlajak habis says:

    tu la Amy kenape u tk pakai cermin mata itam supaya tk silau mata tuu…ha kan dh jatoh..semoga cepat sembuh..

    0

    0
  3. Anonymous says:

    Habis ni berehat & bersara dari dunia hiburan adalah jalan yg lebih baik. Perbyk kan diri dgn amalan2 yg mulia utk bakalan di Akhirat nanti. Semoga beroleh keberkatan dari Allah. Aamiin.

    0

    0
    • minah jambu terlajak habis says:

      orang kalau dh sebati dlm dunia seni mana boleh berenti nyanyi ..biasa la kalau sakit tu harus berehat kalau dh baik nanti boleh lah teruskn buat persembahan ..ni AJL nk datang Amy dia nk kena buat persembahan doa kan dia cepat sembuh n sehat bukan suruh dia berenti n bersara !! emmuah hahaha..

      0

      0
  4. MERAH JINGGA says:

    nasib tak mati..seorang lagi retis meninggal selepas persembahan pentas..

    0

    0
  5. Anonymous says:

    Adoiyaiii nyer…..mcm nak tangkap katak pulak,x tau pulak menggambarkan amy jatuh dr pentas

    0

    0
  6. me says:

    masa jumaat baru ni konsert anjuran Coway..mmg tinggi stage dia jatuh tu..gara2 dia ingat ada tangga nk turun kt situ..

    0

    0