Written by Bella | June 20th, 2017

Hubungan akrab yang terjalin antara pelakon Janna Nick bersama keluarga penerbit, Sheila Rusly mengundang rasa cemburu sesetengah pihak sehingga ada yang menuduh Janna mempunyai kepentingan sendiri agar senang mendapat tawaran lakonan.

Tidak cepat melatah dengan tuduhan sebegitu, Janna menjelaskan beliau ikhlas akrab dengan keluarga Sheila dan hubungan mereka sudah seperti seorang ibu dan anak.

Saya baik dengan kak Sheila bukan atas dasar menagih tawaran berlakon. Pembabitan saya dengan JS Pictures pun tidaklah banyak. Bahkan jadual berlakon saya dengan produksi lain sangat padat. Keakraban kami hanyalah seperti saudara serta ibu dan anak.

Pada masa yang sama, Janna turut menolak dakwaan dirinya serasi jika dijodohkan dengan anak sulung Sheila iaitu Uzair Haqimy yang lebih muda daripadanya dan baru sahaja berusia 21 tahun.

Saya sudah anggap mereka seperti adik sendiri dan tiada apa-apa perasaan, tetapi andai dikatakan takdir dan ketentuan jodoh saya tidak boleh elak. Mana tahu suatu hari akan berlaku begitu, tapi buat masa sekarang inilah yang boleh saya katakan.

Tidak dinafikan Sheila  menganggap Janna seperti anaknya dan hubungan mereka berdua juga memang akrab. Apa-apa pun, tidak semua orang bersifat mementingkan diri dan hanya berbaik dengan seseorang kerana ingin mendapatkan sesuatu. Harapnya dengan penjelasan Janna ini, tiada lagi pihak yang membuat tuduhan tentang hubungan beliau dan keluarga Sheila.

Sumber Berita : Harian Metro

7 responses to Janna Nick Nafi Tuduhan Berbaik Dengan Keluarga Sheila Rusly Demi Kepentingan Peribadi

  1. kentang jenner says:

    ringkas dan padu jawapan ko janna… ok lah selamat hari raya semua

    4

    0
  2. Anonymous says:

    sheila rusly takde anak pompuan kot. tu yg berkenan kat jana.

    2

    0
  3. sesiapasahaja says:

    Syurga Nur in reality!

    4

    0
  4. ohyeah.. says:

    kalau org sayang dan berkenan satu dosa ke? hubungan yg baik sesama insan buat hidup kita lebih bermakna dan bahagia.
    Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin!

    6

    0
  5. anon says:

    Berbaik demi kepentingan peribadi?? Kenapa, ingat lawa sngt ke anak sheila tu? Below average je in looks, takkan lah janna nak kot…

    1

    0
  6. maria says:

    Janna ni species happy go lucky..jenis senang bergaul, tak kekok dgn org, org pun tak kekok dgn dia, jenis selamba, jenis ketawa 24 jam, boleh masuk dgn pelbagai lapisan manusia..Dan dalam masa sama Janna ni comel, masih muda, dr negeri lain yg jauh dr KL..JADI TAK LAH SURPRISE PUN KALAU SHEILA RUSLI SUKA PADA CHARACTER / PERIBADI JANNA NICK..tgk janna ni dlm youtube pun dia jenis selamba, ketawa 24 jam..aku pun suka org mcm Janna ni, tak plastik..Dan Sheila tu kan suka non-plastic mcm species Janna, so mmg click laa..tambah pulak artist bawah naungan dia..dan kalau tgk video, Sheila mmg rajin melayan produksi dia dan pelakon2 dia di rumah, makan2 la apa lah..so ini bukan issue lgsg..Kalau akan dtg ada jodoh dia dgn anak Sheila (mana lah kita tahu apa yg Allah rancang) siapa kita nak tidakkan? so pendapat aku, masyarakat tak pyh kepoh terlebih dr patut..

    1

    0

Leave a Comment

Optional