Janna Nick Nafi Bercinta Dengan Saharul Ridzwan

Hiburan

Janna Nick Nafi Bercinta Dengan Saharul Ridzwan

Bila ada sahaja pelakon wanita digandingkan dengan Saharul Ridzwan pasti mereka akan dikatakan bercinta. Kalau sebelum ini Mia Ahmad dikatakan menjalin hubungan dengan Saharul kini Janna Nick turut terkena nasib yang sama.

Hanya melihat kemesraan serta keserasian mereka didalam drama Kau Aku Kita terus ada pihak melabelkan mereka sebenarnya pasangan kekasih.

Advertisement

Walaubagaimanapun Janna menafikan perkara berkenaan dan menganggap Saharul tidak lebih daripada rakan sekerja.

Tak ada maknanya saya ada hubungan dengan dia. Saya hanya hubungi atas urusan kerja sahaja, bahkan untuk mesej pun tidak pernah.

Mustahil juga kan untuk wujud cinta di lokasi sedangkan penerbit drama Kau Aku Kita, Sheila Rusly menegaskan beliau tidak suka artis yang terlibat didalam drama beliau bercinta di set penggambaran.

Namun, kami harus puji lakonan mereka dalam Kau Aku Kita, memang menjadi sehingga dinobatkan sebagai Pasangan Pilihan di malam Anugerah DFKL 2016.

Sumber Berita : Media Hiburan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...