Nama Nabil Ahmad sebagai pengacara semakin memuncak apabila gandingannya dengan Jihan Muse di dalam Gegar Vaganza 2 menjadi. Secara jujur, setiap minggu Abang Nara bukan sahaja nak tengok peserta-peserta GV2 menyanyi, tetapi nak bergelak tawa mendengar lawak mereka berdua. Memang first class. Lebih-lebih lagi bila Nabil suka menyakat Datuk Ramli MS. Memang kelakar. Terserlah sisi sempoi Ramli MS yang tidak diketahui selama ini.
Untuk makluman, konsert akhir Gegar Vaganza 2 telah mendapat rating sebanyak 5 juta tontonan. Pergh hebat tue. Tak dinafikan Nabil dan Jihan adalah salah satu tarikan utama GV2. Namun biasalah bila buat kelakar ini mesti ada orang yang tak suka. Ada yang kata lawak tak cukup sensitif la, lawak menghina orang la dan macam-macam lagi. Kesian Nabil. Nasib baiklah Nabil ini jenis sempoi orangnya. Kata Nabil:-
Sebenarnya saya dah biasa dengan situasi di mana orang lain juga bergurau dengan saya. Saya lebih suka kalau sesetengah artis yang saya usik itu membalas balik gurauan saya… kalau diam saja, memanglah mati akal dibuatnya.
Gurauan saya yang dibalas semula oleh Datuk Ramli (MS), Datuk Jamal (Abdillah) dan Datuk Rosyam (Nor) sewaktu Gegar Vaganza itu saya terima sebagai satu usikan dan langsung tidak berkecil hati.
Cuma saya takut orang lain pula berkecil hati dengan gurauan saya. Saya ini jenis open minded terima apa saja orang nak cakap tetapi yang berasaslah.
Saya tak kisah orang nak bergurau sebab ini sudah kerja saya. Tak kisahlah orang nak ‘membahankan’ saya macam menyentuh telinga atau bibir saya, sebab saya anggap itu gurauan.
Kena terbukalah terima gurauan. Janganlah beria-ia sangat nak jaga standard sampai tak boleh bergurau. Manusia di dunia ini mana ada yang sempurna
Memang sukar nak puaskan hati semua orang apabila kita melakukan sesuatu. Bagi Abang Nara, kalau lebih 50% gembira dengan mutu pengacaraan anda, itu bermakna anda sudah berjaya. Tak payah nak fikir lebih-lebih pasal orang tak suka kita. Diorang ini kalau dah fikir negatif, memang selamanya akan negatif. Tak gitu? Sumber ManggaOnline.