Written by serenity | August 16th, 2017

Sebelum ini, pelakon Shaheizy Sam telah diberikan notis muflis melalui sebuah akhbar oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Keratan akhbar notis tersebut telah menjadi viral di media sosial dengan kebanyakan Netizen mengkritik Sam kerana tidak menguruskan pembayaran cukai dengan baik.

Gambar: Star 2

Sam kemudiannya dikatakan berasa bingung kerana dia tidak pernah diberitahu oleh LHDN mengenai status muflis tersebut.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya


Sam memberitahu Harian Metro:

Beberapa minggu lalu, wakil mereka ada datang berjumpa saya di rumah tetapi mereka tidak maklumkan apa-apa pun mengenai muflis.

Ejen yang menguruskan cukai saya juga sudah beberapa kali ke pejabat LHDN sebelum ini. Tetapi, mereka juga tidak diberitahu apa-apa mengenai status saya.

Dia juga memberitahu dia menunggu penjelasan dari LHDN:

Sehingga sekarang saya masih menunggu penjelasan sebenar daripada mereka dan berharap mendapat maklum balas hari ini.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam LHDN, Masrun Malim berkata, masih ada selebriti yang akan diberi notis muflis selepas ini:

Saya tidak mahu kata ramai (artis), tetapi dalam rekod kami, memang ada selebriti yang akan dikenakan tindakan serupa (seperti Sam) selepas ini.

Hanya tunggu masa saja. Jika mereka tidak mengambil usaha untuk menjelaskan tunggakan, mereka boleh dibawa ke mahkamah dan seterusnya diambil tindakan muflis. Ia adalah prosedur biasa dalam pungutan cukai.

Masrun menambah, selebriti sendiri perlu bertanggungjawab mencari maklumat mengenai cukai dan bukan tanggungjawab LHDN memberitahu mereka:

Segala maklumat mengenai tanggungjawab percukaian boleh dicari di laman sesawang LHDN.

Terpulang kepada selebriti itu untuk mengambil tahu mengenai cukai mereka. Jika masih tidak faham, mereka boleh berjumpa pegawai kami bagi mendapatkan penerangan.

Jangan hanya tunggu kami datang kepada mereka. Prosedur tetap sama untuk semua orang dan tiada yang istimewa.

Enggan menjadikan media sebagai medan perbalahan, Masrun meminta Sam atau wakilnya datang ke LHDN segera kerana notis muflis yang dikeluarkan telah mengikut prosedur dan mendapat kebenaran mahkamah. – beautifulnara.com

Sumber: BH Online, mStar

30 responses to Jangan Tunggu Kami Datang, Selebriti Tidak Istimewa-LHDN Jawab Shaheizy Sam

  1. Daun Kesum says:

    Dah cukup baik la tu wakil lhdn siap dtg umah bagai. Cam org2 biasa ni biasa dia hantar surat je… call reminder pun takde. Ni jenis x update file la ni mamat ni. Dh jadi viral pun xnak ngaku kalah lagi tu. Mintak abang ipar kasi settle la wehhh.

    81

    0
    • wekkkkkkk says:

      Pihak LHDN akan dtg menemui org yg trtntu shj, mcm Director2 yg pendapatan jutaan ringgit dlm setahun..malah mkgn lebih dri itu pendapatan company…itupun brgantung pada mcm mana company tu buat Audit..(kalau x seimbang maka LHDN akan dtglah).. Biasanya mereka akn call boss utk penjelasan sebenar dn baru buat appoitment bila boleh jumpa nk settle tentang tax. So Director2 kena standby lah segala Payment Voucher yg lepas2.
      X leh lari nya.

      Tapi SSam ni mana ada pendapatan jutaan ringgit. Tu sbb x istimewa LHDN nk dtg..buang masa je.

      25

      0
      • wekkkkkkk says:

        Bung nk dpt anak kembarkan..kalau x silap aku tu hari baca…Bung ckp, mana ada duit lah Sam..
        Sorry lah..carilah sendiri mcm mana, x lama lagi nk Pilihanraya, kena byk melabur ni.
        wekkkkkkk

        13

        0
        • iq says:

          tunggulah pasti pegawai lhdn tue kne pecat or tukar bahagian or cawangan, adik ipar ahli politik kot.selalu mcmnihh

          2

          3
        • Pekerja Gomen says:

          Kalau takde apa2 tindakan, maksudnya LHDN bias!
          Aku nak tuntut balik semua cukai yg aku dah bayar kat LHDN…
          Dari umur 23 tahun aku bayar cukai pendapat sampai skang!!
          Pulangkan duit aku… ahaa…. drama sgt!

          4

          0
    • iq says:

      adik ipar ahli politik mcmtue lah perangai, kenalah usaha jangan harapkan org je, org lain pun bayar cukai gak

      12

      0
    • Anonymous says:

      pegawai lhdn siap datang rumah. dia tau ko mampu byar tp sengaja nak bodohkan mereka dgn bermacam alasan. nah hambek!

      20

      0
    • anon says:

      “Jangan hanya tunggu kami datang kepada mereka. Prosedur tetap sama untuk semua orang dan tiada yang istimewa.” BERMAKSUD
      LHDN TIDAK AKAN DATANG RUMAH SESIAPA PUN UNTUK MAKLUMKAN BAGI TETUNGGAK WALAUPUN DIA ARTIS !! PAHAM???
      Mana pulak datang nya ” cukup baik wakil lhdn dtg rumah ??????

      MOHONN BACA DULU SEBELUM MENYEMAK KOMEN !

      20

      1
      • wekkkkkkk says:

        brdasarkan pgalam aku di tmot keja lama, ada jugk LNDN DTG..utk syarikat., ada yg dtg mengejut dan ada yg dtg ada temujanji.
        tapi kalau rumah x tau lah..lagi2 reris yg pndapatan x tetap.

        6

        0
        • Yves says:

          Ade jugak orang biasa2 tapi duit banyak lhdn datang, aritu aku pergi tax seminar kat sabah tentang tax evasion, pegawai kat situ bagitau klu org yg xbayar, nak dtg settle kat office ke nak org lhdn tunggu depan pintu mcm along.

          4

          0
      • Namaste says:

        Ke kau yg tak baca anon oiii..
        Sam memberitahu harian metro:
        Beberapa minggu lalu, wakil mereka ada datang berjumpa saya di rumah… bla bla bla n so on.

        Kau dh tua pun bodoh anon weyyyhhh

        4

        0
    • Anonymous says:

      Tang mn LHDN dtg uma??? bukan dia tau melalui surat khabar ke

      0

      0
  2. Anonymous says:

    Nanti marah bung moktar…..
    Adik ipar kesayangan ni… wali masa kawen sembunyi dulu…. nanti masuk perbahasan di parlemen……

    13

    0
  3. gisele says:

    Dah sudah…

    0

    0
  4. Nothing Special says:

    Well done LHDN! Dear retis2, pls bear in mind that uols x de apa2 keistimewaan pun, including when it comes to paying tax. Period.

    43

    0
  5. wekkkkkkk says:

    bila ada anak org kata, ada rezeki masuk, rezeki anak, ini anak hadir dlm hidup, dugaan bagimu Sam..Tilla..kesianya..moga buat doa selamatlah nnti ya..apa yg patut. Apa2pun ada jalannya…akan dipermudahkan oleh Allah.

    4

    0
  6. ken says:

    LHDN is loser of all

    1

    19
  7. Fidot says:

    Dah tua pun x reti nk semak cukai ke…

    2

    0
  8. Da says:

    Maafla kata..mmg negara nak duit skang..nk bayar “hutang” kan..kita y ada tunggakan lama xle lari..ke lubang cacing pun dorg korek..mmg dorg buat audit besar2an..yng mati pun dorg korek balik kubur klu bole…so y condem sgt tu beware ye…turn anda akan sampai….aku bayar je cukai.tp mmg ralat bila tahu duit ke mana kan di gunakan kan….so mjawabla mereka di sana….

    4

    11
    • Jojoba says:

      Bila Pembentangan Kewangan Negara dibaca kan di parlimen, DUDUK, DENGAR DAN HADAM. boleh muat turun dokumen nya pun. Jadila warga negarbyg bertanggungjawab dan aware.

      Kalau malas semua itu, jangan membiak, boleh mengurangkan the spread of your genetics.

      6

      0
    • nak tau says:

      boleh ko bagitau aku duit cukai yang ko bayo tu apa depa buat sebab aku pun bayar cukai kerana aku rasa itu tanggungjawab aku pada negara aku. so bgtau sbab kalau ko tau ko tak bgtau ko kira subahat sama

      1

      0
      • Jawapan says:

        Beli ubat utk pesakit aka rakyat Malaysia.
        Beli gas oksigen utk pesakit.
        Bayar gaji doktor dan nurses nak rawat pesakit.
        Bayar gaji orang pejabat nak uruskan hospital.
        Beli meja kerusi untuk sekolah.
        Bayar gaji cikgu nak mengajar budak-budak sekolah.
        Beli stop sign/trafik light/papan tanda arah utk jalan raya.
        Bayar duit orang baiki potholes/ tar jalan.
        Beli barang keperluan ketenteraan/polis/bomba (ie senjata, fire truck).
        Bayar gaji tentera/polis/bomba utk jaga ketenteraman, keselamatan dan tugas menyelamat.

        Mungkin benda ni kita ambil for granted. Tapi ni semua perlukan duit dan cukai yg kita bayar itulah salah satu punca pendapatan negara.

        0

        0
  9. Aira says:

    Kadang2 lhdn pun buat silap, sy dlu pernah kerja 1 syarikat handle cukai…bila syarikat ada mslh kewangan harus la x dpt dibayar tepat pada masa dan sdh tentu syarikat akan memohon utk bayar secara ansuran…saya mewakili syarikat untuk memohon pembayaran dibuat secara ansuran, 1 minggu dr tarikh permohonan saya dipanggil oleh pegawai lhdn sendiri dan mengatakan permohonan kami berjaya dan kami diberi jadual pembayaran ansuran…gila xnak bayar cukai, lepas 6 bulan pembayaran ansuran dilakukan tiba2 smpai surat dr mahkamah bagi sebutan kes sebab x bayar cukai…pegawai yg berurusan dgn sy pada 6 bulan lalu call siap mrh2 suruh selesaikan dgn cepat…sy siapkan semua dokumen kelulusan pembayaran cukai ansuran dan semua resit pembayaran sy sndri dtg ke lhdn berbincang dgn pegawai lhdn…bila dia dah baca surat yg dia sndri buat dan dia sendiri yg hulur dgn saya baru diam…dgn muka bodoh dia jwb okey la kalo begini tp jgn harap pegawai lhdn tu nak say sorry sbb dia dah termalu sendiri agaknya, bila saya tanya kenapa hal ini boleh berlaku pegawai tu hanya jwb “sistem kami ada masalah”…tau sistem online lhdn ada mslh tp still buat xtau, lhdn sbnrnya yg bermasalah…so lhdn pun buat silap pd masa skrg…

    14

    4
  10. Alia says:

    Artis malaysia berlagak kaya ….hutang tak.nak bayar sbb tu aku tak hairan kehidupan artis skrg yg dok tunjuk kemewahan dlm IG… undang2 kena ikut laaa…tak akan nk settle atas kedudukan abg ipar kot..wakil rakyat kena tunjuk contoh laaa…kuar duit bayar laaa

    7

    0
  11. Anonymous says:

    Wei abg nara..ape la iklan byk sgt..

    9

    0
  12. Yun says:

    Moral..jgnlah dok tayang kemewahan spt mjlis kawin yg sgt hebat…percutian oversea non stop…keta hndbag mahal limited edition…dh tentu anggapan ramai selain nk menunjuk2 ..mmg kayaraya laa…

    1

    0
  13. kak jah says:

    kata ada ejen.. maknanya ejen ko x buat keje la sam… banyak pulak alasan ko ngan ejen ko kan.. bayau jer laa… ko kan kayer

    3

    0
  14. Zam mani says:

    Senang kata kerajaan xdok duit. Mcm duk dgn penjajah

    0

    1
  15. Pengawai kawtim sikit says:

    Selain retis2, LHDN sila update cukai menteri2 dan pegawai2 anda juga..Jgn anda gusar dan risau kerana itu lh kerja anda.

    2

    0

Leave a Comment

Optional