Written by AbangNara | May 19th, 2015

Abang Nara tak pernah tengok lagi program Qu Puteh Bintang Bersama Bintang, Namun Abang Nara tahu salah seorang jurinya ialah Ogy. Bila Ogy menjadi juri, memang akan ada kritikan yang agak kontroversi. Walaupun kritikan tersebut ada benarnya, namun penyampaian Ogy yang agak ‘direct’ bagi orang Melayu, memang membuatkan yang menerima komen tersebut terasa hati.

abam boceyMinggu lalu, kumpulan Bocik yang dianggotai oleh Fad dan Abam-telah dikritik habis-habisan oleh Ogy. Sebenarnya bila dengar komen Ogy, memang betul pun apa yang dikatakan olehnya. Sejak MLM2014 lagi, saiz badan Abam telah digunakan sebagai bahan lawak. Terfikir juga tak ada modal lain ke nak buat kelakar. Berikut ialah komen Ogy:-

Kenapa daripada dulu sampai sekarang ye, kumpulan Bocik ni hanya menggunakan Abam sebagai bahan, mesti fizikal tubuh Abam.

Bagi kakak kalau sentuh pasal lawak skopnya luas, kamu kata kamu orang tua tapi di mana watak orang tua nya? Bahasa tubuh orang tua? intonasi org tua di mana?

Itu maksud kakak. Tapi kalau awak menang pun kerana undian lah..kerana ramai peminat awak yang akan mengundi awak bukan kerana persembahan. Terima kasih.

abam bocey
Mungkin Abam sedih dengan kritikan ini sehingga telah membalasnya menerusi laman sosial. Bagi Abam, kritik boleh tetapi janganlah sampai menjatuhkan air muka. Hmmmm. Tulis Abam:-
abam bocey
Kadang-kadang Abang Nara kesian juga kat Ogy. Walaupun kritikan yang diberi adalah tepat, pasti ada pihak yang tak berpuas hati. Mungkin orang kita masih tidak dapat menerima kritikan yang membina sebegini. Mungkin mereka hanya mahukan puji-pujian walaupun persembahan ke laut. Entahlah. Apa pendapat anda? Sumber OhBulan.abam bocey

P.S: Kelab Sukan Rekreasi Petronas (KSRP) dengan kerjasama Darwisyh et Darwisyah akan mengadakan Charity Bazaar untuk menghargai golongan Orang Kurang Upaya (OKU) pada 27 – 29 Mei ini. Banyak vendor yang menawarkan pelbagai barangan menarik turut sama akan memeriahkan bazaar ini. Nama-nama besar seperti Saiful Nang, Caliph Buskers dan Ali XPDC pun turut sama akan turun padang. Ini adalah kali ketiga KSRP menganjurkan bazaar sebegini. Jom ramai-ramai kita meriahkan aktiviti amal ini di Twin Towers Fitness Center, KLCC bermula jam 9 pagi.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

82 responses to Jangan Kritik Sampai Jatuhkan Air Muka, Abam Balas Komen Ogy

  1. Ibrahim says:

    Walaupun aku tak suka Ogy sebab dia over dalam segala benda tapi kritikan dia kali ni betul. Asyik2 buat lawak pasal gemuk, pasal jongang, pasal keding, pasal hitam. Semuanya soal fizikal. Cuba tengok showman kat Hollywood macam mana.

    0

    0
    • no name says:

      aku setuju kata ko..dalam banyak2 pengkritik ogy paling jujur dlm kritik..last week dia ckp benda betul,mentang2 tak ada penyingkiran diorang langsung tak nak buat bersungguh2..tak gitu??semua sambil lewa..

      0

      0
      • Pian says:

        saya sokong ogy. dah le gemok….sensitive pulak tu, baru menang bintang popular dah rasa diri tu taraf aron aziz. x boleh ditegur dan dikritik. kalu macam ni kejap je ko dlm industri ni bro.

        0

        0
        • Gigi Besi says:

          Pelik, x nampak pun si Ogy ni menjatuhkan air muka. Mmg benar, skop lawak tu luas. Korang je masih buat lawak tahap AR Badul dan Accapan.

          0

          0
        • Puii Sikit Jah says:

          ko yg x matang ko cakap orang plak. hmm, diri tu yg bermasaalah, kau salahkan org mat daud. main perang psikologi konon… “playing victim”. ambil kritikan sebagai pembakar semangat la. baru setahun jagung dah ego.

          0

          0
        • Sahdo says:

          ogy tu tegur utk kebaikan. ko menggelupur pehal lak ni? x nk jatuh air muka, ko pegi kuruskan badan kt slim world tu dulu bro sebab gemuk tu x awesome . gemok is… masam!

          0

          0
        • Anonymous says:

          sila ambil iktibar….

          0

          0
        • blurkk says:

          nara, betul ke abam tujukan komen balas tu ke ogy ni? kenapa aku rasa komen tu macam bukan utk ogy je..

          0

          0
        • anti GST says:

          hey abam…kau jemput si lan melawak dgn kau. nama sebenar dia ahmad maslan. dia lagi kelakar. opsss.

          0

          0
        • Millie23 says:

          “menang pun kerana undian lah..kerana ramai peminat awak yang akan mengundi awak bukan kerana persembahan. Terima kasih.”

          You nailed it Kak Ogy! Drag those stupid fans out of their own asses.

          0

          0
      • izzy says:

        pelik ye..? kritik pasal lawak org lain.. tp diri sendiri bila buat lawak, org x gelak pun. masa jd guest utk mlm dgn kumpulan jalor dulu… lawak sgt ke kak ogy ooii…? bila org kritik kau gedik, kau sentap pulak..? bila org kata jalor x best time tu sbb kau, kau sentap jugak! kamon la.. atleast org gelak gak time tgok bocik pye persembahan…? time kau..? still perasan dgn zaman kegemilangan kau yg da lamaaaaaa berlalu tu.ckit2 nk cakap diri sdiri versatile… wat the??

        0

        0
        • Anonymous says:

          dah ko yg sentap sgt tu kenape mat!? Ngalahkan Abam je lebih..!! ape ni Abam sendiri ke..!!? besaq punye tak pueh hati nampak..??

          0

          0
        • izzy says:

          xde la sentap sgt pun… xde pun minat abam..
          minat jep ngan johan je.. cuma trase annoying gile bila ade org yg perasan mcm bagus komen org lain, tp x sedar diri sendiri… lol!! loser!

          0

          0
      • Anonymous says:

        betul tu…Ogy slh sorg pengkritik yg jujur & x kedekut ilmu..bkn mcm sesetgh juri yg buat komen yg baik2 sbb nk jg hati artis tersebut….sebagai artis plk kne terima komen baik atu buruk…

        0

        0
    • mutiara says:

      tu pun nak sentappp..klu cakap direct ‘sy langsung tak suke persembahan awk..’ lagi ko sentap..

      cuba jadi macam otai2, macam os, abon, badul, imuda, jalil hamid dan ramai lagi..bila juri komen dorang accept perbaiki lagi..ibarat anak murid dengan guru lah..
      but not komen hina, kutuk, keji tu..setakat komen ogy macam ini, terimalah dengan lapang dada..tu kan nasihat tu

      0

      0
    • nieyla says:

      klau prsan lh abam ni ada ja lh nk bidas blk komen juri.. dr dl lg entah lah x paham.. awk tu org br dlm industri klau rsa x bleh trima tguran k.ogy yg lbh otai tu baik jgn msk pertndingan.. aku pun x ska k.ogy tp aku x nmpk pun k.ogy jtuhkn maruah sesapa… pls lh abam btl kata k.ogy tu skop lawak tu luas weiiii… aku tkut nnt lelam a org bosan dgn perangai suka menjwap ko ni abam…

      0

      0
      • chenta says:

        Akhirnya ada juga yang sependapat dgn aku…200% betul apa u cakap! Si Abam ni memang nak dengar komen yang good2 je.. ayat mesti mau puji memuja. Elok2 org suka sebab lawak dia terus jd meluat uolls

        0

        0
  2. humble says:

    Ogy mmg mcm tu kalo mengkritik nombor 1…tpi cuba tgk persembahan dia atas pentas, xde la bagus meninggi melangit…..ckp mmg senang, susah lg nak buat…buat bocey…teruskan usaha anda….dan cuba buktikan anda bagus drpd pelbagai sudut bahan lawak…jnj motif utk org ketawa tercapai…

    0

    0
    • Anonymous says:

      dah dia dibayar dijemput utk mengkritik. kalau x tahan kena kritik baik ko melawak depan jamban rumah opah ko je.

      0

      0
    • Anonymous says:

      aku seperti terasa si ‘Humble’ ni mesti tgh gigih like komen sendiri…. hahahaha..!!

      0

      0
  3. critical thinking says:

    Abam x payah nak sentap sangat.. kalo ko sentap dengan komen bernas kak Ogy.. sampai bile bile tahap lawak kome mcm tu je la…. be creative n be critical… glamour aje tak cukup dek non

    0

    0
  4. lynna says:

    ogy bg kritikan, berlakon, menyanyi, smua over kot.. rasa xperlu dia komen mcm tu haritu. kami yg tgk tv dr rumah ni pn rasa xseronok tgk cara dia komen. for me haritu klu kita xkomen pon xpe. rasa lebih baik diam drpd cakap bende yg menyakitkan hati orang lain..

    0

    0
    • Anonymous says:

      Ogy dan menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan professional.. yg ko pulak suruh pengkritik diam.. mana punye sekolah la si lynn 12.32pm ni masuk!!…

      0

      0
      • lynna says:

        just my 20sen. smua org ad pndpt msing2 kn.. cuba fahamkn maksud diam lebih baik drpd sakitkn hati org lain.. cuba tgk balik. yup. i admit yg ap dia ckp tu btol. tp cara pnyampaian dia tu yg salah. n xperlu kot mention klu diorg menang tu kira menang undi je..

        0

        0
  5. Bila di fikirkan dalam2..betul jugak cakap kak Ogy tapi mungkin cara percakapan dia tu yang salah.Skop lawak tu luas kan tp kumpulan bocik asyik nak bahan org yang “berbadan besar” je bila diorg buat persembahan. Aku tegur ni sebab aku peminat diorg start dari diorg kat bintang mencari bintang lagi..

    0

    0
    • Anonymous says:

      ogy x cakap salah.. dia bercakap tegas…. tegas bukan bermaksuk tak suke.. peserta kene positif la.. ini pertandingan.. kalo nak manje balik dok bawak ketiak mak la Abam oi…

      0

      0
  6. outspoken says:

    tahun ni boleh la org gelak lagi tgk lawak ko Bam.. taun depan kalo buat sketsa lawak konsep sama, pencen awal le jawabnya… ni dah zaman 2015.. bukan zaman 1915, 1985.. gemuk is not awesome anymore…. smart jokes come with healthy and good figure will be more preferred….

    0

    0
  7. cakap diri sndiri kew??? says:

    kritik smua blh kritik…. cer buat… yg pgkritik nie pn x lawak mane pn.. tgk MLM kumpan Jalor.. trus tkeluar… over.. !

    0

    0
  8. Anonymous says:

    amboiii ABAM. semenjak dah menang award ABPBH.. terus dah tak boleh di tegur ekk!!.. kes berat ni beb

    0

    0
  9. NIL says:

    SYA SETUJU DGN STATEMENT ENCIK IBRAHIM TU..

    Ada benarnya apa yg ogy katakan tu..wlaupun sya sependpt dgn en.ibrahim yg mna ogy seorg yg over dlm sgala benda. sebb itu raja lawak@maha rajalawak@mega lawak…(apa2 ajelah,kan) bintang bersama bintang,..kebnyakknnya memang ke laut. bnyak gunakan fizikal org,…perhatikan sekrg..iklan kecantikkan juga bnyak menggunakn fizikal manusia.
    Abam jgn terasa yer…bukan abam shja perlu ambil pengajaran tetapi ramai lgi yg perlu beljar jika ingin buat org ketawa. alih2 lawak yg sama shja. betul kata saiful apek,..bukan dia tidak mahu masuk mana2 pertandingan lawak,..apa guna lawak hanya utk meraih undi senangkan bila membuat lawak hendaklah pada keseluruhannya, buat org betul2 terhibur,…skrang pertandingan lawak semata2 untuk meraih kemenangan.
    mngkin abam x trasa bila fizikal diri dijadikan bahan ketawa sebb abam ingin mmbuat org ketawa dan menaikkan raking…ttapi abam perlu pandang lebih jauh lagi..
    cuba abam tengok dlm youtube pelawak2 yg zaman 60an, 70an dan 80an…mereka tidak pernah masuk bertanding mna2 program…tiada undian, tetapi mampu membuat penonton ketawa berdekah-dekah.
    terkenang….zaman p.ramlee, trio santan berlada, sitkom 2 + 1, arwah ali mamak, os, abon…dan yg lain2
    maaf ye abam..
    sya kurang minat lawak zaman skrang

    0

    0
  10. sssss says:

    suke hati ko la abam….

    0

    0
  11. Ogy's said it right..! says:

    Aku minat Abam… n Aku admire kak Ogy.. Kak Ogy dah hit sharped at the point and has delivered the message to Abam.. tapi Abam x ske n sentap le plakkk.. soo.. lu pikiaq la sendiri sapa yg patut improve n sapa yg akan rugi kalo tak ikut ye!!

    0

    0
  12. Anonymous says:

    ogy mmg laser mulut.. tp suruh dia buat show lawak.. korang tengok tak karoot komedia ke maharaja lawak mega…. masa tu dia sebagai artis jemputan… hancuss lawak ogy… over and terover sangat.. and memalukan sebagai seorang primadona

    0

    0
    • Anonymous says:

      hello kak anon 12.56pm…

      she has delivered her job as a ‘pengkritik’..itu kan pertandingan buat Abam.. yg ko meroyan buat personal attack tu ape kebende nye pun!!.. loser betul makhluk sekor ni

      0

      0
    • Ayra says:

      Ogy pelakon, bukan pelawak, komen dia dari point of view audience. Dah kalau tak kelakar kenalah cakap. Aku memang tak rasa kumpulan Bocey ni lawak pun. Terutama si keding terjerit2 tu. Tapi yalah,dah selera orang Malaysia memang suka lawak low level macam tu nak buat macam mana. Komedi Warna ke apa ke, sama jelah…susah sgt nak jumpa lawak kualiti, kalau tAk hina gemuk, hina hitam rambut afro, takpun lawak hantu kubur. Kau masuk kubur nanti baru
      Lah kau tahu, takde yg kelakonya pasal kubur tu.

      Haah lagi satu, off topic ni…artis malaysia dah takde job ke? Tak habis2 dgn game shows syok sendiri…from radio sampai tv programmes kena tgk Artis2 muka sama terpekik terlolong.

      “Kalau tak suka cakap tak suka…” You have to learn to distinguish between constructive criticism and personal attacks.

      0

      0
  13. Anonymous says:

    Gelak beguling kak Ogy baca komen ko Bamm.. nampak sangat x professional nye.. main main balas unjuk perasaan melalui social media plak. dah mcm PM 1 m’sia kita jek survive nak menepis kritik Tun M .. hahah yg ni mmg lawak antarabangsa..

    0

    0
  14. Anonymous says:

    lawak yang tak kelakar, tengok lawak abam ni, bukan pasal saiz badan die, tapi memang die memang tak kelakar, lebih suke tengok along dan angah raja lawak, berulang ulang tonton cerita die pon tak bosan bosan

    0

    0
  15. Anonymous says:

    pelawak2 sampah harus kena bertubu-tubi je.

    0

    0
  16. roselle says:

    Bam.. kalo ko nak taji, ko taji sparing partner ko si Fad… bukan nye kak Ogy..dia ni yg slalu buat badan ko as bahan… kak Ogy cakap tu byk kebenaranya… kalo mcm ni ko punye sentap Bam… “gemuk is not cool anymore’ brader.. sorry to say sweetie…..

    0

    0
  17. noname says:

    Ye.. Mmg btol apa yg di katakan… Kritik xsemestinya kna marah2.. Kan? Klau nk ckp psal Hollywood, jgn tgk persembahan diorang je, Cuba tgk mcm mne pengkritik diorang kritik… Lembut.. Polite.. Walaupun prsembahan teruk mcm mna pon, diorang still bgi kta2 semangat.. Bkan mncaci… Take notes.. Thank you..

    0

    0
    • concern says:

      beb,, kalo ko nak tau perangai orang putih,, depan memang depa awal cakap mmg polite, n mcm bagi semangat walau teruk… tapi belakang, dia kutuk n gelak kan ko kaw kaw punye…

      mereka lagi plastik dari bangsa kita.. tak percaya tgk la next top model n more reality program mereka especially yg behind the scene…. the second one ko tgk apa David Foster buat kat Yuna.. awal bagi harapan tiggi… sekarang selepas bertahun, dengan selamba declare Yuna masih tak meet lagi level international.. walhal hari tu dah beriya masuk wipedia as an international artist.. I bet memang bengkek minah turban tu punye..! mau sorok dia punye muke… konsert David yg kat Genting ni pun, langsung tak teringin pakcik tu ambik Yuna as his guest artist.. mmg tak patut..

      Simon cowell antara yg betul betul transparent.. kao bagus, dia akan cakap bagus.. kalo teruk, pathetic loser terus dia bagi beb..!

      0

      0
  18. Kakak2 says:

    Ada betulnya ckp Ogy tu tp cara penyampaian dia je x betul. Benda ni blh talk blakang tabir kot. Mcm Dato’ Ac buat kt pelawak2 lain masa MLM2014. Kalau malam tu Ogy selitkan pujian sikit je maybe hati Abam akan lembut sket. Org ni kalau kita nk mrh dia tp mrh ade selit gurauan siket org akan lembut hati. Ingat Bocik ni anak kecik ke nk hentam kritik mcm tu. Diorg pn ada hati & perasaan. Sy kenal Abam, jrg dia sentap cmni. Harap Abam & Ogy berdamai lps ni, mggu dpn jumpa lg kan. Good luck Bocik. Both of u still awesome!

    0

    0
    • Anonymous says:

      satu hal pulak nak kene pujuk pujuk peserta. please la wei.. ni bukan pertandingan budak tadika ribena.. ni rancangan “BINTANG bersama BINTANG” tu… semua dah ada experience..

      0

      0
  19. miss venezuela says:

    Kalau nak diikutkan kena kritik la kan…kak ogy tu lagi banyak dan lama kena kritik… kak ogy mungkin bukan pelawak hebat tp takde sapa bleh nafikan kehebatan dia berlakon filem,drama maupun teater.. ko dgr betul2 bila kak ogy ckp skop melawak tu luas.. itu ilmu persembahan pentas…trima laaa.. dia nak ko melawak bab lain selain dok nak melawak bab2 fizikal saja… tgk JOZAN.. lawak diorg versatile tak jgk ckp pasal fizikal diorg jerr memanjang… ko kena faham adat bertanding… kalau dah ada pengkritik kena tahan telinga.. takda masa juri nak bentang karpet merah kat ko..tak pon tepuk2 blakang..pujuk2.. itu keje cikgu kaunseling..ehh

    0

    0
  20. kuhitam says:

    Teringin nak tengok ogy pulak yang masuk acara lawak.. ade tak yg gelak..

    0

    0
    • Anonymous says:

      itu ari Maharaja Lawak Mega dah masuk dah,jadi artis jemputan, tak lawak pun,tahap sampah sama ngan rahim.

      0

      0
  21. safiq copot says:

    abam + ogy = kuat sentap +/- ahmad maslan

    0

    0
  22. bedah says:

    Betul pon.. asyik2 saiz badan jew jd bahan… aku pon tertanya2… nasib baik ogy tolong ckpkan…

    0

    0
  23. Anonymous says:

    Nak masuk pertandingan tapi tak bole amik komen secara positif… lain kali wat betul2

    0

    0
  24. bob says:

    #supportabam

    0

    0
  25. cikikaka says:

    abam cuba ko ingat mase mula2 ko masuk bintang mencari bintang.. bila org komen ko tunduk je terima. skrg ape dh jadi? kena tegur sikit dh melenting.. jgn sbb ko dah menang ABP aritu ko dh berani lawan.. please la klu nak lama kat industri jgn la cpt melatah..

    0

    0
  26. macammacam says:

    betul lahh aku rasa betul ape kak ogy komen tun..ckit2 jd kn rupa/fizikal tu bahan lawak..tah pape..x lawak langsung kot………

    0

    0
  27. MariaEstralita says:

    Bagi aku Kak Ogy bkn nak jatuhkan air muka Abam tp x suka bahan lawak yg menggunakan rupa fizikal org lain utk buat org ketawa mcm gemuk, gagap, jongang, etc… Siapa yg jatuhkan air muka org or mmg tuan badan sendiri yg rela diperbodohkan utk jd bahan sendaan? Kpd pelawak yg berbadan besar, jdkan Adibah Noor sbg rujukan…. Kak Dibah bkn asal pelawak tp belajar utk memvariasikan kebolehan yg ada utk menjual bakat… Sgt jrg Kak Dibah gunakan rupa fizikal sbg bahan lawak tp idea n personalitinya yg bersahaja dah cukup buat org ketawa dgn jenakanya…

    0

    0
  28. Anonymous says:

    Standard sesetengah juri di Malaysia ni , kalau beri komen suka cakap lepas dan mengaibkan orang. Baik rancangan lawak maupun nyanyian. Samada mereka ni memang disuruh kritik melampau atau juri2 memang mulut laser. Rasanya kalau memberi komen tanpa mengaibkan sesiapa adalah lebih baik dan berhemah . Malah dapat memberi peransang kepada peserta untuk memperbaiki lagi mutu persembahan.Tapi bila diaibkan dihalayak ramai, naluri manusia pasti tersentuh. Bayangkan kalau juri sendiri di kritik contoh bila Johan mengkritik kak Ogy dulu semasa menjadi pengacara dalam satu rancangan, dia terus mengamuk tak boleh terima. Sampai nak saman menyaman. Selalunya begitu la. Bila diri sendiri buat , tak pe tapi bila orang lain buat tak boleh.

    0

    0
    • Anonymous says:

      kalo dah diri sendiri tak perform n x dak effort nak improve, mohon la terasa kalo di kritik juri.. benda yg betul memaang pedas.. as simple as that…Ogy rulezzzz..!

      0

      0
    • mimi says:

      aku tak nampak part mana dalam komen kak ogy tu yg mengaibkan kan abam tu,weirdo

      0

      0
  29. Lara says:

    “kalau tak suka, cakap tak suka”. Orang dah cakap kan tu, melenting pulok…

    0

    0
  30. miss venezuela says:

    Pada yg dok kritik yg kak ogy pon melwak ke laut….takde kaitan pon dgn apa yg kak ogy kritik kat abam ni…. dia kritik tentang isiiiiiiiii / content lawak si abam…bukannya lawak sampai ke tidak.. sebab tu kak ogy kasi tajam sikit ayat dia supaya bergegar lelemak abam tu sampai ke otak..biar sedar sket utk bg variasi dlm berlawak… peminat dah sayang awak..berlaku adil la.. persembahkan yg berkualiti dan pelbagai dan bukan stereotype

    0

    0
    • Anonymous says:

      I love u la miss venezuela…

      aku pun tak paham apsai yg dok kutuk ogy tu yg sentap sangat mengalahkan abam.. walhal org tu punya la bagi nasihat n jalan yg padu utk abam improve.. dah takde modal, boleh plak buat personal attack plak tu… typical melayu 60an betul la…. semua nak di puji melambung jek.. yg kelemahan tak nak plak depa dengo..

      0

      0
      • miss venezuela says:

        I bukan apa.. I respek kak ogy sebab dia adalah contoh anak seni yg mempunyai variasi..macam2 cabang showbiz dia dah masuk..belakon..menyanyi..mengacara..melawak..ada yg menjadi ada yg tak..tp pengalaman dia tu yg berharga dan dia dah buktikan dia anak seni yg bkn stereotype..baru kak ogy suruh jadi kreatif dalam satu bidang pon dah meroyannn.. si abam niii…sindrom br menang satu award dah feeling hebat la dia niii

        0

        0
  31. anoynim says:

    aku setuju dgn ogy lawak skrg lawak bodoh…mcm monyet hak tuih…pelawak terbagus abad ini harith,zizan,johan dan jihan.yg baru2 semua hak tui

    0

    0
  32. sabun busa says:

    geng bocey ni buat lawak mmg kdg2 x lawak pn sbb terlampau tak kena bahasa yang diorang pakai terutama bila melibatkan org tua, ibu bapa n anak.. boleh dikatakan bahasa yang digunakan kurang ajar la untuk dituturkan oleh seorang anak.. kdg2 jalan cerita dah ada tapi apabila bahasa yang digunakan menyentap jiwa, lawak tak lagi menjadi lawak..kalau sekali sekala terjadi boleh dimaafkan..tp kalau mmg dah jd kebiasaan kena la terima org nasihat… utk kebaikan anda jugak..

    0

    0
  33. Kak Mala says:

    Ogy cakap apa orang lain nak cakap tapi tak mau cakap sebab takut….You tell him Ogy! Kalau nak harap guna kegemukan untuk buat orang ketawa…takkan tahan lama nya..! Lama kelamaan orang pun naik boring – so predicatable!

    0

    0
  34. Anonymous says:

    lawak sampah, lawak x mengasah, pelawak badut taraf funfare….

    0

    0
  35. Anonymous says:

    yang kritik macam ogy atau adlin pun sepatutnya beringat gak,sendiri tahap longkang mau kritik orang lain,bengong tul,yg tukang backup pun sampah gak,jika terer sangat melawak,masuk ler pertandingan lawak tu sendiri,cam siyal je korang ni.

    0

    0
    • peace yo says:

      ada gak lagi mangkuk tingkat mcm anon May 20, 2015 9.39 am kat atas ni eekk.. takde sape yg perfect pun.. ogy pun tak declare dia terror mcm yg ko anggap.. aku n yg lelain pun takde dapat bayaran nak back up makcik tu… tapi aku confirmed dia ada ilmu dan pengalaman yg tinggi dalam mcm mcm genre persembahan yg dia boleh share pada ABAM yg ko pun belum tentu ada..

      kalo ko takde strong point n data nak argue, tak yah la cabar cabar mcm gengster kampung ulu… syuh syuh!!.. pi mereput dalam gua… payah kalo bercakap dgn org yg busuk hati ngan minda jumud ni.. kepala otak negatiffff je memanjang.. puiii!! tetiba naik plak nama Adlin yg takde kene mengena…. sah sah psycho anon atas ni

      0

      0
    • Anonymous says:

      Macai to Abam is detected!!

      0

      0
    • hambek says:

      setuju.. ogy pon buat lawak over giler.. pastu masuk melodi.. dia jer nak bercakap pok pek pok pek.. memekak bajet org nak tgk dia membebel.. macam bagus..

      0

      0
  36. Anonymous says:

    Sebagai judge kak ogy memang membuat /membagi kritikan menjalankan tugas she more senior and being experienced in the skop of acting ta kira dalam bidang lawak atau sebaliknya when u r being critised take it as a positive to built up ur performance of cos ta ada org yg semporna dik,lau semporna ta ada la kita semua di turun kan ke dunia…..v r here to learn so learn til the last breath…then we gain something baru lah gemuk is awesome.

    0

    0
  37. hambek says:

    gemuk mana awesome woi.. jgn buat hashtag bangang tu.. nnt org lagi bangga jd gemuk.. apsal tak buat hashtag obes is awesome je kalo mcm tu?! orang lagi nak jaga pemakanan, ko lagi bangga jd gemuk.. #gemukisNOTawesome

    0

    0
  38. blurrr sgt says:

    terbaekkk ogy ahmad daud! pelawak2 kat malaysia nie xyah la nak sensitif sgt. p.ramlee, aziz. sudin buat lawak x pnh pun usik pasal fizikal. smpi hari nie org x jemu tgk citer p.ramlee.. lawak original!! klu nak sentap2 nie, ermmmm tak lama laa nmpknya dlm industri…………….

    0

    0
  39. concern says:

    ABAM.. ko tu dah registered as pelawak amateur yang baru nak masuk ke arah Profesional… belum profesional lagi tau!.. level pelawak profesional, harith iskandar tu salah seorang contoh…. byk tawaran dia dapat menghiburkan orang kat jamuan makan mlm koporat selain dari lawak pentas. dia experience dalam entertain audience yg pelbagai bangsa termasuk melayu cina, india, dan jugak ternational people..

    takkan ko tak teringin nak bawak level comedian ko n kumpulan Bocik sama mcm dia or lebih dari tu..! takkan level tertinggi yg korang nak capai hanya kat pentas Maharaja Lawak je kot?.

    jadi from now on… ko kena belajar dah faham bahasa ‘kiritk’ ‘kutuk’ puji dan mcm mcm lagi.. jangan la ikut emosi byk sgt.. ko yg rugi nanti..

    pujian yg byk boleh melalai dan menjatuhkan kita…
    kritikan yg pedas, tapi detail dan bernas .. ini la yg kita perlukan utk bantu perbaiki diri.. INGAT TU!!..

    0

    0
  40. Jalan daa says:

    aku tgk BMB hr tu mmg lawak diorg nie x lawak lgsung. bila ogy komen camtue aku setuju sgt. direct & bernas. melayu nie terlalu sensitif & terlalu mnjaga hati sgt. itu salah, ini salah. cakap nak kene lemah lembut, lemah gemalai, lemah segala2 nya…. mcm PM kite. Nak buat jambatan pun mtk izin singapore. erkkkkkk. Hidup TUN MAHATHIR.

    0

    0
  41. bobafet says:

    Komen ogy tu betol.masalahnye sekarang si nenek ogy tu pon jenis betina kaki sentap gak…dulu waktu prsembahan ngan jalur byk kene kritik .siap ditegor baik2 lagi tp nak meroyan..konon diri tu lah yg plg hebat .penuh ilmu pementasan..sama spesis korg berdua ni…dua2 xble ditegor cpt sentap….yg beza cuma ogy ni versi betina tua lg cpt meroyan

    0

    0