Jangan Kaitkan Saya Dengan Adira Lagi – Aliff Aziz

Hiburan

Jangan Kaitkan Saya Dengan Adira Lagi – Aliff Aziz

Nampaknya Aliff Aziz sudah kecewa dengan hubungannya bersama Adira sehingga tidak mahu lagi nama tersebut dikaitkan dengan dirinya. Ini semua gara-gara luahan perasaan yang telah dikeluarkan oleh Aliff Aziz menerusi Twitternya baru-baru ini.

aliff aziz

Advertisement

Rata-rata menyatakan nama a***a itu merujuk kepada Adira. Abang Nara dapat rasai kekecewaan Aliff Aziz. Nak buat macam mana, cinta bukannya boleh dipaksa. Yang penting kalau kena rejek kita move on. Jangan kecewa lama-lama. Kata Aliff Aziz kepada Media Hiburan:-

Kalau boleh jangan kaitkan saya dengan Adira. Saya sudah tidak mahu sebarang cerita-cerita kami diungkit lagi. Cukup sampai di sini sahaja dan saya mahu serius dalam kerjaya dan mengulangi zaman kegemilangan saya.

aliff aziz
Diharap kali ini Aliff Aziz betul-betul fokus kepada kerjaya. Jangan tak sampai sebulan dua tup-tup dah ada cerita awek baru pulak. Kang orang naik muak dibuatnya. Sementara masih laku di pasaran ini, lebih baik Aliff Aziz kumpul duit banyak-banyak untuk bekalan. Tak gitu?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...