Jangan Gunakan Nama Saya Untuk Menipu – Mira Filzah

Hiburan

Jangan Gunakan Nama Saya Untuk Menipu – Mira Filzah

Kerana populariti Mira Filzah yang tiba-tiba melonjak naik, banyak pihak tidak bertanggungjawab telah membuka akaun media sosial palsu menggunakan nama Mira untuk mengaut keuntungan lebih-lebih lagi melalui Instagram review.

Advertisement

Sedar ia akan memburukkan namanya, Mira memberi amaran kepada mereka untuk tidak lagi memanfaatkan namanya demi tujuan tidak baik. Jelas Mira, tindakan itu adalah melampa dan tidak mahu peminatnya tertipu.

Ia mungkin perkara biasa dilalui bagi seseorang artis apalagi yang baru nak mencipta nama seperti saya. Awalnya saya tidak ambil pusing mengenai perkara itu kerana tidak mahu disifatkan mudah melatah.

Namun selepas memikirkan ada individu yang tidak bertanggungjawab meraih keuntungan dengan membuka akaun menggunakan nama saya di Instagram, ia saya kira sudah melampau.

Mira hanya mempunyai satu akaun instagram iaitu mfmirafilzah dan mempunyai lebih 800,000 pengikut buat masa ini. Akaun itu juga dikendalikan oleh Mira sendiri.

Ingin saya tegaskan di sini, saya hanya ada satu sahaja laman Instagram iaitu MFMIRAFILZAH yang mana akaun ini memang saya yang uruskan sendiri. Jadi kalau ada ternampak mana-mana page ataupun akaun lain yang menggunakan nama saya, sila abaikan.

Peminat harus berhati-hati dan tidak terpedaya dengan tawaran review daripada akaun Mira Filzah yang palsu. Mereka ini memang licik menggunakan nama artis untuk mencari mangsa.

Sumber Berita : mStar Online

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...