Selewat-lewatnya Rabu ini, kita bakal mendengar penjelasan daripada Hanez Suraya mengenai kontroversi dan kemelut yang sedang melanda dirinya. Agaknya apakah yang dibentangkan oleh Hanez ketika sidang media itu? Memang tak sabar menanti lebih-lebih lagi apabila Hanez menyatakan yang orang ramai terlalu cepat menjatuhkan hukuman terhadap dirinya.
Hanez juga menjelaskan yang dia bukan melarikan diri dan tidak tertekan dengan apa yang sedang terjadi. Kata Hanez menerusi portal GUA:-
Saya tidak mahu mengulas lanjut buat masa ini. Nantikan sidang media yang akan saya adakan selewat-lewatnya Rabu ini. Saya mohon semua untuk bersabar. Saya bukan nak melarikan diri tapi buat masa ini saya memang tak mahu memberikan komen. Harap semua faham.
Saya tak tertekan tetapi saya sedih. Orang di luar sana yang tidak tahu situasi sebenar begitu cepat menjatuhkan hukum. Saya tidak melatah sebab itu saya tidak respon kepada semua komen di Instagram. Sebab itu saya akan lakukan sidang media. Selepas itu, orang boleh menilai mana satu betul, mana satu salah.
Jangan dengar sebelah pihak. Berikan peluang untuk saya jelaskan nanti. Saya menerima semua jenis nasihat, negatif ataupun positif tapi bukanlah dengan cara menghina ataupun menghukum saya. Ada yang sampai jatuhkan hukum dengan mengatakan saya akan masuk neraka dan sebagainya
Kalau anda menjenguk ke laman Instagram Hanez Suraya, di situ anda akan dapat melihat hampir kesemua komen yang diberikan adalah berbentuk cacian dan hinaan kepada pelakon ini. Abang Nara memahami perasaan mereka yang memberikan komen sebegitu. Iyerlah, sekarang ini Hanez dilihat sebagai penghancur kebahagiaan rumah tangga orang. Siapa yang suka diperlakukan sebegitu? Namun anda perlu hati-hati kerana Hanez mungkin mem”block” mereka yang menghinanya. Kata Hanez:-
Kepada yang memberikan komen melampaui batas untuk saya di laman sosial, terima kasih kerana menghina saya. Saya terima dengan terbuka hati dan redha. Tetapi tolong hormat laman sosial saya. Saya ada hak untuk menyekat sesiapa yang bertindak memberikan komen yang melampau dan keterlaluan. Saya terima semua komen dan hujah yang diberikan dengan positif. Apa yang kurang, saya akan perbaiki
Apa pun Abang Nara tak sabar hendak menunggu sidang media yang bakal dilakukan oleh Hanez Suraya. Diharap Mr. R akan turun padang sekali. Barulah macho dan gentleman. Sama-samalah kita nantikan.