Written by AbangNara | June 29th, 2016

Gulp. Abang Nara tak tahu sama ada diri ini berani atau tidak untuk hadir ke Karnival Mega Raya yang akan berlangsung pada 2 – 3 Julai (Sabtu dan Ahad ini) yang akan berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam. Tahun ini Abang Nara dan family beraya di Kuala Lumpur, jadi masa itu memang ada nak pergi. Cuma Karnival Mega Raya yang bakal berlangsung kali ini terlalu awesome sehingga Abang Nara rasa diri ini akan kelabu mata tak tahu nak buat pilihan nak beli apa. Cuak jugak kalau pengsan tengah-tengah karnival sebab tengok harga kaw-kaw murah masa lelongan nanti.

karnival mega raya

Ok jom kita tengok apa yang akan ada di Karnival Mega Raya kali ini.

1. 500 orang pertama dapat goodie bag & duit raya

karnival mega raya

Mampu ke Abang Nara nak angkut anak bini untuk menjadi 500 orang pertama? Duit raya ngan goodie bag tue. Ok tak apalah. Bagi can kat orang-orang bujang berebut beratur. Kita yang dah tua nie datang lambat sikit tak apa. Hehehe.

2. Ada lebih 500 vendor

Masih mencari kasut, baju kurung, jubah, tudung, brooch, butang baju Melayu serta songkok untuk Aidilfitri? Korang datang je Karnival Mega Raya nie. Dengan lebih 500 vendor, confirm semua barang yang dicari akan dijumpai. Boleh kerat jari kalau tak jumpa.

3. Ada vendor All Star

vendor
Yeah!! Bayangkan anda tengah nak keluarkan duit bayar baju kurung sekali pandang depan, rupanya tukang kedai Rita Rudaini. Amboi, amboi, amboi. Syok gila kan? Karnival Mega Raya kali ini banyak vendor All Star yang akan memeriahkan lagi suasana. Sambil shopping, sambil selfie dengan diorang. Puas hati.

4. Ada jualan lelongan raya

Inilah yang pastinya ditunggu-ditunggu oleh semua yang bakal hadir ke Karnival Mega Raya. Lelongan raya yang menggila. Harga kaw-kaw punya diskaun. Tapi jiwa kena kental untuk tawar menawar harga. Confirm dapat beli dengan harga yang jauh lagi murah berbanding di tempat lain. Nasihat Abang Nara, kalau anda seorang awek, bawaklah abam sado untuk menjaga keselamatan anda.

5. Lebih 100 ribu tsunami rakyat Malaysia

karnival

Tak karnival lah namanya kalau yang datang sekadar 5, 6 ribu orang. Dijangkakan Karnival Mega Raya kali ini 100 ribu manusia akan membanjiri Stadium Malawati Shah Alam. Barulah meriah. Abang Nara kalau single lagi confirm akan pergi untuk ushar awek-awek. Hehehe. Korang ada berani ke nak merentasi lautan manusia ini nanti? Jumpa korang di Karnival Mega Raya 2-3 Julai ini di Stadium Malawti Shah Alam. Maklumat lanjut layari Facebook Karnival Mega.

TAGS:
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 responses to Jangan Datang Ke Karnival Mega Raya Kalau Hati Tak Cukup Kental Rentasi Lautan Manusia

  1. Anonymous says:

    da pegi pun episod 1 ;{}

    0

    0
  2. enter says:

    dah balik kampung daaaaaaaaaaaa

    0

    0