Jangan Bila Dah Tak Ada Baru Nak Buat Tribute Itu Ini – Zed Zaidi

Hiburan

Jangan Bila Dah Tak Ada Baru Nak Buat Tribute Itu Ini – Zed Zaidi

Makin lama makin bernas kata-kata yang terpacul daripada mulut Zed Zaidi. Abang Nara pun dah lama geram mengenai hal ini. Bila Zed Zaidi berkata yang kita perlu menghargai artis veteran ketika mereka masih hidup, memang Abang Nara setuju sangat-sangat.

zed zaidi

Advertisement

Tahukah anda yang semasa P.Ramlee masih hidup, beliau pernah dijemput hadir ke satu majlis di Malaysia. Yang menyedihkan, walaupun dijemput, tiada kerusi untuk beliau duduk. Memang sangat-sangat tidak dihargai. Namun bila dah meninggal dunia, barulah Malaysia sedar betapa berharganya Allahyarham P. Ramlee.

 pramlee

Kata Zed Zaidi kepada wartawan Sinar Harian:-

Kita kena peringati mereka semasa masih hidup, barulah mereka dapat rasa yang diri mereka masih dihargai. Janganlah bila sudah tidak ada baru nak buat tribute itu tribute ini.

Abang Nara sokong sangat-sangat kata Zed Zaidi. Jangan bila dah tak ada, barulah terasa kehilangannya. Sedangkan masa masih hidup, langsung tak dibuat apa-apa untuk membantu penderitaan yang dihadapi. Seelok-eloknya buatlah kedua-dua sekali. Masa hidup dan selepas tiada lagi di bumi ini. Tak gitu?

nuffnangx

P.S: Downloadlah Nuffnangx sekarang juga untuk memudahkan anda mengikut perkembangan BeautifulNara. Sangat sesuai untuk pengguna Android dan iPhone. More info sila layari www.nuffnangx.com.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...