Written by Bella | November 24th, 2016

Bersikap merendah diri, pelakon Anzalna Nasir merasa tidak selesa apabila ada pihak yang membandingkan gaun perkahwinannya yang viral sebelum ini dengan gaun perkahwinan Amyra Rosli.

Anzalna berpendapat setiap pereka fesyen mempunyai keunikan mereka tersendiri. Untuk makluman anda, gaun perkahwinan ibarat Barbie Doll Anzalna direka oleh Cosry manakala gaun perkahwinan Amyra adalah rekaan Rizman Ruzaini.

Setiap artis mempunyai pereka pilihan masing-masing dan mereka memberikan sentuhan terbaik mengikut cita rasa artis. Bagi saya, tidak patut mana-mana pihak membuat perbandingan.

Lagipun perkahwinan ini sekali dalam seumur hidup dan sudah tentu saat bahagia itu mahu dikenang selamanya. Saya percaya jika ia terus berlaku sedikit sebanyak akan membuatkan orang kecewa. Saya sendiri tidak dapat membayangkan perasaan jika baju saya tidak menjadi pilihan.

Buat Amyra pula, beliau sebenarnya tidak terasa hati ataupun mempunyai masalah apabila perbandingan itu dilakukan. Malah, Amyra akui beliau merasa bangga kerana gaun perkahwinan beliau disebut-sebut antara yang terbaik.

Jujurnya saya bangga dengan sentuhan Rizman Ruzaini sehingga gaun ini menjadi sebutan netizen. Selagi perbandingan itu bukan sesuatu yang buruk saya okey kerana pilihan yang dibuat adalah berdasarkan pandangan mereka yang melihat.

Pada pendapat kami kedua-duanya mempunyai kelas mereka tersendiri. Tidak perlu lah membuat perbandingan kerana “sentuhan” setiap pereka fesyen itu berbeza. Apa pula pendapat anda?

Sumber Berita : Harian Metro

36 responses to Jangan Bandingkan Gaun Perkahwinan Saya Dengan Amyra Rosli – Anzalna Nasir

  1. Anonymous says:

    FIRST

    0

    4
    • Anonymous says:

      nahhh bouncer br1m…rm 00.2 sen.

      7

      1
    • Anonymous says:

      amyra rosli.. air paip
      anzalna- evian.

      hahaahaha

      23

      9
      • Anonymous says:

        evian? what basis? ada kasta2 pulak. aku tgk amira ni mcm anak patung very pretty.

        14

        2
      • betul tak says:

        Kalau Amyra Rosli tu air paip…
        Ko mesti stok air pelimbah kat loji taik kan?

        6

        0
      • minah jambu - safety first says:

        kenape mesti orang2 kiwak ni nak banding2kan anzalna ngan amyra ? biar la dorang ngan majlis masing2 kenape ?? air lior ke air paip ke air evian ke mampos ke orang yg minom kt majlis amyra tu ? cakap macm orang cetek pemikiran pulak orang2 kiwak ni semua huh !!

        1

        1
      • Anonymous says:

        Dari segi ape??? Kalau rupa, mmg anzalna kalah sb amyra jauh lagi cantek…

        2

        1
    • kentang jenner says:

      dua dua cantik, tapi baju anzalna menang sbb design tu sgt lain dr yang lain, x pernah dibuat org, xpnah terfikir gaun pengantin mcm tu, tahniah cosry and anzalna jugak yang turut sama beri idea..mmg brilliant sgt design dia
      baju amyra pun cantik sgt dipakai lagi oleh org yang cantik tinggi kurus mcm barbie doll, homescreen fon pun letak gambar amyra pakai bj ni..mcm princess…

      9

      1
    • Anonymous says:

      anzalna dulu bohsia. anzalna amyra ni dulu x cantik mane pon, now make up artis kan belambak to netizen, korang bukan x cantik cuma belum kaya untuk cantkk

      25

      4
      • yoyo says:

        iols pnh jmp k anzalna.. ya ampun… mcm hantu tulang berjalan..rambut pn keras mcm nenek kebayan..haha… sume ttpu dgn gmbr lighting bla bla bla…

        2

        1
  2. Anonymous says:

    betul tu…gaun anzalna lagi cantik

    19

    1
  3. Dan says:

    jawapan Amyra mcm sentap la…

    17

    7
    • Anonymous says:

      aku baca ok je…part mana yang sentapnya…tapi kalau betul sentap pun, aku phm la, siapa x sentap kan dibanding2, igt kite bkn retis ni je ke tahu sentap…aku peminat amyra, tapi kalau ditanya mmg baju anzalna lagi cantik.tp kata orang, kdg2 you need to keep your opinion to yourself. dapat apa kalau banding2 kan baju kawen orang ni..bj myra pun cantik sgt tp baju anzalna mnang sbb baju dia unik dan xpnah dibuat org lagi kat malaysia ni.

      12

      1
    • minah jambu say no to DRUG says:

      sape tk sentap kalau orang2 kiwak nak banding2 kan majlis dia ngan majlis orang lain !!! anzalna sendiri pon dh bukak mulot jangan bandingkn baju perkahwinan dia ngan baju perkahwinan amyra tk baca ke !!! kenape orang2 kiwak ni tk banding kan baju perkahwinan anzalna n amyra ngan baju perkahwinan datuk siti ???? cakap macm kerbau lembu huh !!

      1

      1
  4. lilo says:

    aku perasan rizman ruzaini makin tahun makin byk pulak kritikan baju rekaan dia. makin lapuk pun ada. ini komen ikhlas, bukan dengki pun. rekaan RR xde nafas baru gitu. ptotnya yang terasa tu pereka baju tu, yg dah kawin, g honeymoon sana, xyah amik pusing sgt.

    24

    1
  5. mata mata says:

    Dua2 cantik. Mmg ikut tema yg artis tu nak la wei. Sorang nak cam barbie mariposa dpt la ala2 camtu. Sorang lg nak cam ala2 disney cinderalla masa kawin. Mmg dpt la mcm cinderalla. Esok korang nak kawin tema zombi dpt la rupe zombi. Kesimpulannya ikot selera citarasa pengantin punya suka la

    58

    0
  6. Anonymous says:

    Pentingnya berita ni

    11

    1
  7. Anonymous says:

    Dah nama gaun fesyen inggeris mesti lah cantik.

    5

    3
  8. kingkong says:

    x baiknya jadi batu api mcm ni. ko gi check dgn ustaz sikit apa hukumnya mngadu dumba. ko dh byk sgt pahala ke nara. dh la tiap hari bergosip. aku ingatkan aje. x salah kan.

    3

    1
  9. Yekeni says:

    Untuk baju – Baju anzalna cantik
    Posing bergambar – Pose amyra cantik
    Hairdo – rambut amyra cantik

    Beauty lies in the eyes of the beholder

    18

    3
  10. Pakcik kesunyian says:

    X kisah dress mane cantik..yg aku kecewa dua2 dh kawin..pakcik stress kbyee

    9

    1
  11. Anonymous says:

    baju anzalna & amyra dua2 cantik…orangnya pun dua2 cantik……sy suka kedua2nya…comel..korang yang jelez

    8

    1
  12. abc says:

    tak payah gadoh la pasal gaun ni…baek ekau sambung buek kojo hahaha

    7

    0
  13. suzy says:

    amyra pon cantik tapi anzalna more wow… dengan pelamin yang cantik…good job kedua2 designer..

    2

    2
  14. noon says:

    both baju sangat cantik.
    tapi baju rizman ruzaini too overwhelming on amyra yg badan kecik.
    train panjang berjela sampai tenggelam pengantin sendiri.

    10

    0
  15. aydajebat says:

    Nak bandingkan Anzalna dgn Amyra nampak anzalna lagi berseri

    4

    2
  16. Nana says:

    Dua2 cantik….pendek kata ada duit semua jadi.x yah sebok hal org….ko mampu..

    1

    0
  17. Anonymous says:

    Lorr lawan baju spa cantik pulokkk….kain kapan x nak lawan spa cantik…2 2 x cantik pwon duit habis melayang ja pwon…besederhana kan lg bgus..

    7

    0
  18. KALAU ORANG says:

    mcm ni la…baju tu..masing2 sesuai dgn personaliti lembut dan rupa diaorang..kalau amyra pakai baju anzalna…sure tak ngam..mcm tak cun..sama juga anzalna..kalau dia pakai baju amyra… sure tak ngam…juga tak cun.. KALAU…Kalau..ok..

    1

    1
  19. Hamba Allah says:

    pasal gaun pengantin pun nk jd isu & perbandingan. Akak dulu kawin pakai gaun sewa je yg dah entah berapa org pakai. Alhamdulillah masih bahagia je rumahtangga bersama suami dan anak2.

    8

    0
  20. Saper2 je la says:

    Hihihiii udah x cukup koje dema ni sampai gaun pengantin org pn dibuat lawan banding2….kuno betoi kelaku niiihh!

    0

    0
  21. Kaki banding dgn jiran says:

    Xde keroje duk banding gaun kawen org.yg tukang duk banding tu..sbenarnya masa dia kawen dulu frust sbb tak dpt pakai gaun impian.mampu sewa songket zaman mak senah jer..tak gitu??tp bab banding membanding..kemain juara.seolah2 masa dia kawen dulu pakai gaun kawen ala2 kate middleton!

    0

    0
  22. cik tom says:

    dua2 gaun tu cantik..tapi ct lagi prefer gaun anzalna…

    0

    1
  23. johnny bravo says:

    Aku tengok gaun2 kawen ni semua lbh kurang je. Semua kembang ….Tapi kalau rupa, mmg amyra lagi lawa lah..

    1

    0